Zaman Prasejarah di Malaysia

 
 
3.5 Zaman Prasejarah di Malaysia
 
  • Penemuan tinggalan manusia Zaman Paleolitik 40 000 tahun dahulu.
  • Zaman Mesolitik dikenali sebagai Zaman Hoabinhian (ataupun Zaman Epi-Paleolitik), kerana unsur-unsur Zaman Mesolitik sebagaimana yang ditemukan di Eropah tidak ditemukan di Asia Tenggara.
 
Lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia
Zaman Tapak
40 000 SM
Paleolitik
Tingkayu, Sabah
Gua Niah, Sarawak
Kota Tampan, Perak
Lembah Mansuli, Sabah
12 000 SM – 2 800 SM
Mesolitik (Hoabinhian)
Jenderam Hilir, Selangor
Gua Madai, Sabah
Gua Cha, Ulu Kelantan
Bukit Tegun Lembu, Perlis
2 800 SM – 500 SM
Neolitik
Gua Kecil, Pahang
Sungai Tembeling, Pahang
Lubang Angin, Sarawak
Gua Tapadong, Sabah
Jenderam Hilir, Selangor
500 SM – 500 M
Logam
Sungai Tembeling, Pahang
Lembah Bernam, Selangor
 

Bukti penemuan Zaman Prasejarah:

1. Teknologi

Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik Zaman Neolitik Zaman Logam
Bengkel membuat peralatan batu di Kota Tampan, Perak dan Tingkayu, Sabah. Peralatan batu yang dilicinkan di Gua Senyum, Pahang. Peralatan batu di Hulu Perak. Peralatan logam yang ditemukan di Klang, Selangor.

2. Tembikar dan manik

  • Penemuan pelbagai jenis tembikar di Gua Niah, Sarawak.
  • Pelbagai jenis manik ditemukan di Kuala Selinsing, Perak dan di Lembah Bernam, Selangor.

3. Lukisan gua dan ukiran batu

  • Menggambarkan kehidupan harian manusia.
  • Penemuan lukisan gua di Gua Niah, Sarawak.
  • Penemuan ukiran “Batu Patung” di Kelabit Highlands, Sarawak.
  • Penemuan ukiran pada batu megalit di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.

4. Ekonomi

  • Bukti-bukti tinggalan menunjukkan 3 bentuk aktiviti:
    1. Aktiviti memburu dan mengutip hasil hutan
    2. Aktiviti penanaman padi
      • Lokasi:
        • di Hulu Tembeling, Pahang
        • di Jenderam Hilir, Selangor
        • di Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan
      • Penemuan pisau tembeling yang digunakan untuk menuai padi.
    3. Kegiatan perdagangan
      • Sistem pertukaran barang
      • Contoh barangan:
        • Loceng
        • Gendang gangsa

5. Kepercayaan

  • Dibuktikan melalui penemuan ideofak.
  • Bukti masyarakat mengamalkan kepercayaan dan memberikan penghormatan kepada orang mati.
  • Contoh pengebumian:
    1. Pengebumian Memanjang (Gua Cha, Kelantan)
    2. Pengebumian Melentur (Gua Gunung Runtuh, Perak)
    3. Pengebumian Keranda Kayu (Pantai Timur, Sabah)
    4. Kubur Kepingan Batu (Lembah Bernam, Selangor)
    5. Pengebumian Perahu (Kuala Selinsing, Perak)
    6. Pengebumian Tempayan (Sabah, Sarawak dan Kampung Limbongan, Terengganu)
  • Budaya megalit wujud dalam kepercayaan masyarakat Zaman Prasejarah