Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia

 
 
3.4 Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia
 

Antara aktiviti Zaman Prasejerah yang masih dilakukan hingga hari ini termasuk:

  1. Aktiviti pertanian
    • Jenis tanaman:
      1. Padi
      2. Gandum
      3. Barli
    • Sumber makanan penting manusia
    • Menjadi aktiviti komersial pada zaman moden
    • Dilakukan secara besar-besaran di ladang dengan menggunakan peralatan moden
  2. Memburu binatang
    • Dijalankan sebagai hobi
    • Menggunakan senjata yang lebih canggih, berlesen dan berdaftar
    • Perlu mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa
  3. Menternak binatang
    • Dijalankan secara komersial bagi menampung keperluan daging dan tenusu negara
  4. Peralatan
    • Hasil ciptaan inovasi yang banyak membantu kehidupan manusia
    • Contoh peralatan gangsa dan besi:
      • Pedang
      • Parang
      • Tombak
      • Cangkul
      • Keris
      • Kapak
    • Mesin moden dihasilkan
  5. Tembikar
    • Bekas makanan dan peralatan masakan
    • Peralatan dalam upacara ritual
    • Komoditi perdagangan
    • Industri labu sayong di Kuala Kangsar, Perak
    • Penemuan tembikar berkaki tiga Zaman Hoabinhian di Bukit Keplu, Kedah
  6. Ideofak
    • Pelbagai kaedah pengebumian mayat
    • Mayat dikebumikan bersama-sama pelbagai peralatan
    • Contoh:
      1. Gua Cha, Kelantan: Pengebumian memanjang. Kepala mayat diletakkan di atas “bantal” batu. Mayat juga disertai dengan bahan makanan dan terdapat ritual yang menampakkan kedudukan istimewa seseorang.
      2. Sabah: Mayat dimasukkan ke dalam keranda kayu dan disimpan di dalam gua batu kapur.
    • Penghormatan mayat masih diamalkan mengikut agama masing-masing
  7. Monumen dan seni bina
    • Kekal sebagai warisan sejarah
    • Perkembangan pembinaan baharu