Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia

 
 
3.2 Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia
 

Lokasi prasejarah wujud di dua kawasan iaitu:

  • Lembah sungai
  • Gua

Fungsi lokasi dan tapak terbahagi kepada:

  • tapak petempatan
  • perkuburan
  • bandar
  • kawasan perburuan
  • pembuatan alatan batu
 
 

Lokasi Zaman Prasejarah yang diiktiraf UNESCO di seluruh dunia

1. Gua Chauvet, Perancis

  • Diduduki oleh manusia silih berganti antara 30,000 SM hingga 27,000 SM.
  • Lukisan di dalam gua ini membuktikan penglibatan masyarakat prasejarah dalam aktiviti memburu binatang.

2. Altamira, Sepanyol

  • Bukti lukisan yang ditemukan di dalam gua Altamira menunjukkan kewujudan manusia Zaman Mesolitik.
  • Mereka hidup antara 35,000 hingga 11,000 SM.

3. Catal Huyuk, Turki

  • Diduduki oleh manusia Zaman Prasejarah antara 7,100 – 600 SM.
  • Aktiviti utama termasuklah pertanian, terutamanya penanaman barli dan gandum.

4. Stonehenge, Britain

  • Dibina antara 3,700 hingga 1,600 SM.
  • Binaan ini dikaitkan dengan upacara ritual dan tempat mengkaji bintang.

5. Bhimbetka, India

  • Tapak prasejarah di Bhimbetka, di bahagian tengah India ini berusia 30,000 SM.
  • Bukti di tapak ini menunjukkan kehidupan manusia prasejarah di India.

6. Zhoukoudian, China

  • Tapak ini berusia antara 18,000 hingga 11,000 SM dan ditemukan rangka manusia yang dinamakan Peking Man.

7. Shahr-i-Sokhta, Iran

  • Berusia antara 3,200 hingga 1,800 SM.
  • Bukti di tapak ini menunjukkan kehidupan masyarakat yang telah tersusun dengan kawasan perumahan, kawasan perkuburan dan kawasan pembuatan barangan harian.

8. Gobekli Tepe, Turki

  • Tapak ini diduduki oleh manusia pada 12,000 SM.
  • Ahli arkeologi berpendapat binaan batu di tapak ini mempunyai kaitan dengan upacara ritual.
 

Lokasi Zaman Prasejarah di Asia Tenggara

1. Ban Chiang, Thailand

  • Tapak Zaman Neolitik dan Zaman Logam, berusia antara 3,600 hingga 500 SM.
  • Manusia di Ban Chiang menjalankan aktiviti pertanian, pembuatan logam, tekstil, tembikar tanah dan kegiatan menternak binatang.

2. Lenggong, Malaysia – Penemuan rangka Perak Man

  • Tapak Zaman Prasejarah terpenting di rantau Asia Tenggara yang menunjukkan kehidupan manusia merentas Zaman Paleolitik, Hoabinhian dan Neolitik.
  • Rangka Perak Man yang berusia antara 11,000 hingga 10,000 SM merupakan bukti paling penting menunjukkan kehidupan manusia Zaman Prasejarah di negara ini.

3. Gua Liang Bua, Pulau Flores, Indonesia

  • Penemuan fosil dan sisa tulang yang berusia antara 94,000 hingga 12,000 SM yang dinamakan sebagai Flores Man atau Homo Floresiensis.
  • Tapak ini juga menunjukkan kehidupan manusia sejak Zaman Paleolitik hingga Zaman Logam.

4. Gua Padah-lin, Myanmar

  • Tempat tinggal manusia Zaman Prasejarah antara 13,000 SM hingga 11,000 SM.

5. Sa Hyun, Vietnam

  • Tapak Zaman Besi yang paling menonjol di Asia Tenggara.
  • Berusia antara 1000 SM hingga 200 M. Aktiviti utama ialah pembuatan tembikar.

6. Gua Tabon, Filipina

  • Tapak Zaman Prasejarah yang penting di Filipina yang dianggarkan berusia 47,000 SM.
  • Tinggalan rangka manusia berusia antara 22,000 hingga 24,000 tahun yang lalu ditemui di sini.