Pengertian Sejarah

 
1.1 Pengertian Sejarah
 
Pengertian sejarah merujuk tentang masyarakat dan peristiwa masa lalu yang diperoleh berdasarkan bukti.
 
Sejarah
Peristiwa yang berlaku pada masa lalu.
 
Sejarawan
Ahli sejarah yang menyelidiki rekod-rekod lalu dan memuatkan dapatan kajian mereka seperti dalam bentuk buku, monograf atau majalah.
 
Pengertian sejarah dari aspek bahasa
Bahasa Istilah Maksud
Bahasa Melayu

Syajaratun

(Perkataan Arab) Pokok

Sejarah Salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul
Kamus Dewan Sejarah
  • Asal usul (keturunan), salasilah
  • Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo
  • Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu
Bahasa Inggeris History Cerita tentang seseorang
Historia (Bahasa Yunani) Penyelidikan
 
1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
 
Sejarawan Pengertian Sejarah
Herodotus

Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.

E.H. Carr

Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.

Ibn Khaldun

Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.

Khoo Kay Kim

Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku.

Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang.

Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.

Muhd Yusof Ibrahim

Sejarah ialah masa lalu itu sendiri.

Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

 
1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah
 
Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
 
Istilah Definisi
Masa silam Rentetan peristiwa yang telah berlaku.
Kronologi
  • Pengkajian masa silam berdasarkan urutan masa.
  • Rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari awal hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus.
Dekad 10 tahun
Abad 100 tahun
Alaf 1 000 tahun
Sebelum Masihi (SM) Tahun-tahun sebelum kelahiran Nabi Isa AS.
Masihi (M) Tahun bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.
 
1.4 Sumber Sejarah
 
Sejarah ditulis berdasarkan kajian terhadap sumber sejarah yang membantu kita untuk mengetahui sesuatu peristiwa masa lalu.
 
Sumber Sejarah Definisi Contoh
Sumber primer
  • Sumber ini belum diolah atau diterbitkan
  • Bersifat asli
  • Belum ditafsir
  • Fosil
  • Artifak
  • Bukan artifak
  • Batu bersurat
  • Keterangan lisan
  • Dokumen rasmi
  • Manuskrip
  • Fail rasmi jabatan
  • Surat peribadi
  • Diari
Sumber sekunder
  • Bahan yang telah diolah dan diterbitkan
  • Bahan tersebar kepada umum
  • Buku
  • Akhbar
  • Majalah
  • Jurnal
  • Ensiklopedia
  • Risalah
 
Istilah Definisi
Artifak Peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan.
Bukan artifak Data arkeologi berkaitan dengan budaya manusia yang terdapat di bawah tanah dan di atas permukaan tanah, seperti dinding gua, dinding kota dan struktur binaan.
Fosil Tinggalan haiwan atau tumbuhan zaman prasejarah yang diawet dalam batuan.
Manuskrip Bahan tulisan tangan yang telah disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan dalam bentuk buku dan lain-lain.
Ensiklopedia Salah satu sumber sekunder. Bahan yang terkandung dalam ensiklopedia adalah berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih.
 
1.5 Penyelidikan dalam Sejarah
 
Terdapat tiga kaedah yang digunakan oleh sejarawan semasa melakukan penyelidikan sejarah.
 

1. Kaedah bertulis

  • Merupakan kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis.
  • Contoh sumber bertulis:
    1. dinding gua,
    2. dipahat pada batu,
    3. kulit kayu
    4. gading
    5. daun lontar
    6. catatan harian seseorang
    7. fail kerajaan
    8. catatan pengembaraan
    9. batu bersurat
 
Proses kaedah bertulis
  1. Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi
  2. Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut
  3. Menggunakan peralatan yang sesuai (penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta peralatan arkeologi)
  4. Menganalisis
 
  • Iktibar daripada kaedah bertulis:
    1. Mengetahui sejarah masa lalu dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan, keagamaan dan perubatan.
    2. Memperoleh maklumat daripada masyarakat tradisional di asia tenggara.
    3. Menyelidiki sejarah negara.
  • Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan tahun 1303 Masihi menceritakan perihal hukum Islam.
    • Bukti kepada kewujudan agama Islam di negara kita.
 

2. Kaedah lisan

  • Merupakan proses mendapatkan maklumat melalui temu bual.
  • Orang sumber ialah orang yang memberikan maklumat melalui perhatian dan pengalaman sendiri
  • Kelemahan kaedah lisan ialah adanya unsur tokok tambah.
  • Ahli sejarawan perlu memilih,mentafsir dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat.
  • Tiga tahap dalam kaedah lisan
    1. Persediaan
    2. Rakaman temu bual
    3. Memproses rakaman
 

3. Kaedah arkeologi

  • Merupakan kaedah saintifk untuk mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah menggunakan kaedah gali cari atau ekskavasi.
  • Contoh bahan tinggalan sejarah:
    • Fosil
    • Tembikar
    • Bahan logam
    • Binaan daripada batu
  • Langkah-langkah aktiviti gali cari di tapak penemuan:
    1. Perancangan grid sebelum kerja ekskavasi. Setiap petak diberikan nombor rujukan.
    2. Menandakan kawasan berdasarkan pelan.
    3. Ekskavasi dengan mencatatkan semua penemuan.
  • Langkah-langkah kerja di makmal arkeologi:
    1. Pemunggahan dan pengisihan mengikut jenis artifak atau lapisan tanah di tapak artifak dijumpai.
    2. Pembersihan dilakukan sebelum dikaji.
    3. Pengkatalogan bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan.
    4. Penganalisisan bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu artifak.
  • Kaedah arkeologi bawah air:
    • Kajian saintifk tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik.
 
1.6 Tafsiran dalam Sejarah
 
  • Faktor wujud perbezaan tafsiran
    • pemilihan sumber yang pelbagai
    • perbezaan pandangan
    • perbezaan ideologi
    • tujuan penulisan
  • Kepentingan tafsiran dalam sejarah
    • Menggalakkan penggunaan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh.
    • Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza.
    • Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis.
 
Contoh Tafsiran dalam Sejarah
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan

Pengkaji tempatan:

Penentangan peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang membebankan orang ramai.

Pengkaji Barat:

Pemberontakan
 
1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah
 
  • Mengenal asal usul
  • Mengambil iktibar dan pengajaran
  • Memupuk patriotisme
  • Mengukuhkan perpaduan
  • Membangunkan negara dan bangsa
  • Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah