Menyediakan Satu Rancangan Perniagaan

 
7.4 Menyediakan Satu Rancangan Perniagaan
 
Contoh Rancangan Perniagaan
 
KEGIATAN UTAMA/JENIS PERNIAGAAN: BARANGAN
BENTUK PERNIAGAAN: MILIKAN TUNGGAL
STATUS: BARU MULA BEROPERASI
 

1.0 PENGENALAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF

Kek Fizah Comel merupakan sebuah perniagaan berasaskan makanan. Kek Fizah Comel menjual kek sempena hari perkahwinan, ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan mengikut permintaan pelanggan. Pada peringkat awal, Kek Fizah Comel beroperasi di rumah yang terletak di kawasan perumahan di Bandar Tun Razak. Promosi produk ini dijalankan melalui risalah edaran dan aplikasi dalam talian di media sosial.

Kek Fizah Comel merupakan perniagaan berbentuk milikan tunggal dan telah mendaftar pada Disember 2015. Kek Fizah Comel diuruskan oleh Cik Hafizah iaitu pemiliknya sendiri. Cik Hafizah dibantu oleh seorang tenaga pekerja sebagai pembuat kek.

Antara perisa kek yang dijual ialah seperti caramel, moist butter, sponge, butter dan oreo cheese. Kek-kek yang dijual ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pelbagai perisa kek baharu akan ditambah bagi memenuhi permintaan pelanggan terutamanya untuk majlis-majlis perkahwinan. Antaranya seperti perisa cheese, carrot, red velvet, tiramisu dan pelbagai pilihan perisa lagi. Harga kek-kek tersebut amat berpatutan sesuai dengan keenakan rasa kek tersebut. Bilangan kek yang dapat dijual dalam sebulan lebih kurang 100 biji kek. Kebiasaannya pelanggan bagi Kek Fizah Comel terdiri daripada penduduk sekitar Cheras seperti kakitangan kerajaan, murid sekolah dan bakal pengantin.

Pada peringkat awal penubuhan perniagaan, sebanyak RM3,000 disediakan sebagai modal perniagaan bagi membiayai kos pembelian bahan dan alatan membuat kek. Hal ini kerana Cik Hafizah telah mempunyai pelbagai alat kelengkapan membuat kek di rumahnya sendiri. Modal permulaan tersebut diperolehi daripada simpanan sendiri.

 

2.0 PENGENALAN (TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN)

Kek Fizah Comel baharu sahaja beroperasi di Bandar Tun Razak. Bermula dengan modal permulaan yang kecil, Kek Fizah Comel dapat menyediakan kek yang beraneka pilihan kepada pelanggannya di samping menawarkan harga yang berpatutan dan dapat mengekalkan kualiti produknya. Sehubungan itu rancangan perniagaan ini disediakan bagi membolehkan perniagaan mengembangkan lagi perniagaan dengan mendapatkan pinjaman perniagaan yang bernilai RM25,000 dari institusi kewangan seperti bank untuk pembelian mesin dan peralatan membuat kek.

 

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Jadual di bawah menunjukkan maklumat berkaitan latar belakang perniagaan.

 

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK ATAU RAKAN KONGSI

Kek Fizah Comel merupakan perniagaan milikan tunggal. Berikut merupakan latar belakang
pemilik perniagaan.

 

5.0 KEDUDUKAN TAPAK PROJEK

Perniagaan Kek Fizah Comel beroperasi di alamat No. 10, Lorong Mewah 3, Bandar Tun Razak, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.

 

6.0 OBJEKTIF PROJEK

Sasaran jualan

Kek Fizah comel meletakkan anggaran harga sebiji kek ialah RM60 seunit. Berikut merupakan sasaran jualan kek bagi Kek Fizah Comel:

Sasaran untung

Berikut merupakan sasaran untung perniagaan bagi tempoh satu tahun. Margin untung perniagaan dijangkakan sebanyak 30% daripada sasaran jualan bulanan.

Sasaran

Kek Fizah Comel menyasarkan pelanggan dari kawasan kejiranan, butik pengantin, institusi pendidikan dan premis kedai sebagai sasaran tambahan perniagaan pada masa akan datang. Kek Fizah Comel berharap produk kek keluaran perniagaannya berpeluang memasuki premis-premis perniagaan seperti kafe, restoran dan hotel-hotel berdekatan.

 

7.0 RANCANGAN PENTADBIRAN

Perniagaan Kek Fizah Comel buat masa ini diuruskan oleh Cik Hafizah dan seorang tenaga kerja sebagai pembuat kek. Memandangkan permintaan produk kek semakin mendapat sambutan dalam kalangan penduduk setempat, perniagaan berhasrat untuk mengambil dua orang pengurus dan seorang pekerja tambahan bagi membantu untuk memenuhi permintaan pasaran. Berikut merupakan carta organisasi perniagaan yang dirancangkan:

Berikut merupakan jadual huraian tugasan bagi Kek Fizah Comel.

 

8.0 RANCANGAN OPERASI

Berikut merupakan carta alir bagi penyediaan kek mengikut tempahan pelanggan.

 

Waktu Operasi Perniagaan

Waktu operasi Kek Fizah Comel seperti berikut:

Susun Atur Ruang Operasi

Susun atur ruang operasi perniagaan Kek Fizah Comel seperti rajah di bawah:

Perbelanjaan Operasi Perniagaan

Jadual berikut menunjukkan perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan tambahan yang diperlukan oleh Kek Fizah Comel untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

Berikut merupakan senarai mesin dan kos yang diperlukan bagi tujuan permohonan pinjaman:

 

9.0 RANCANGAN PEMASARAN

Produk

Kek Fizah Comel menawarkan pelbagai pilihan kek agar pelanggan memperoleh kepuasan. Kek Fizah Comel turut mementingkan kualiti produk dengan menggunakan bahan-bahan mentah bermutu tinggi dan halal. Antara perisa kek yang dijual pada peringkat awal ialah seperti berikut:

  • Caramel cake
  • Moist butter cake
  • Sponge cake
  • Butter cake
  • Oreo cheese cake

Permintaan yang tinggi daripada butik-butik perkahwinan memberi cabaran bagi Kek Fizah Comel menghasilkan perisa yang baharu untuk memenuhi permintaan pelanggan sekaligus meningkatkan keuntungan perniagaan. Berikut merupakan sebahagian perisa baharu yang dihasilkan oleh Kek Fizah Comel:

  • Cheese cake
  • Carrot cake
  • Red velvet cake
  • Rainbow cake
  • Tiramisu cake

Harga

Perniagaan Kek Fizah Comel juga memberi potongan harga istimewa pada musim perayaan dan hari-hari tertentu seperti Hari Ibu dan Hari Guru. Harga yang ditawarkan adalah kompetitif dan sesuai dengan pasaran setempat.

Berikut merupakan senarai harga bagi kek-kek yang dikeluarkan oleh Kek Fizah Comel:

Promosi

Pelbagai kaedah promosi diguna pakai bagi menyebarkan maklumat produk seperti risalah dan medium talian seperti Facebook, Wechat, WhatsApp dan Telegram. Kek Fizah Comel menawarkan pakej istimewa khususnya kepada bakal-bakal pengantin. Selain itu, potongan harga istimewa turut diberi kepada pelanggan pada musim-musim perayaan dan hari-hari tertentu seperti Hari Ibu dan Hari Guru. Potongan diskaun 10-20% diberikan pada musim perayaan dan hari-hari tertentu.

Agihan

Lokasi perniagaan berhampiran dengan kawasan tumpuan ramai seperti kawasan perumahan, institusi pendidikan dan kawasan perniagaan secara tidak langsung menarik tumpuan orang ramai mendapatkan produk kek yang dipasarkan. Produk keluaran Kek Fizah Comel boleh diperoleh secara terus di premis perniagaan. Tempahan juga diterima satu hari sebelum acara berlangsung.

 

10.0 RANCANGAN KEWANGAN

Rancangan kewangan bagi Kek Fizah Comel seperti berikut:

 

11.0 PENUTUP

Kek Fizah Comel yakin dapat melangkah jauh dalam bidang perniagaan ini dengan meningkatkan kualiti produk bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Oleh itu, bantuan pinjaman sebanyak RM25,000 diperlukan bagi pembelian beberapa buah mesin yang akan digunakan dalam proses pengeluaran kek. Kek Fizah Comel yakin dapat menguasai pasaran pada masa hadapan.

 

12.0 LAMPIRAN

Berikut merupakan dokumen sokongan untuk permohonan kami:
a) Risalah produk
b) Kad perniagaan
c) Pelan lokasi
d) Sijil perakuan pendaftaran perniagaan
e) Lesen perniagaan