Kepentingan Menyediakan Rancangan Perniagaan

 
7.2 Kepentingan Menyediakan Rancangan Perniagaan
 

1. Memberi peluang kepada usahawan menilai projek yang dirancang dengan teliti

  • Sebarang kesilapan ketika menguruskan perniagaan dapat dikurangkan kerana rancangan perniagaan yang disediakan dijadikan sebagai garis panduan dalam hala tuju pengurusan perniagaan.

2. Merancang keperluan sumber perniagaan

  • Keperluan sumber perniagaan adalah seperti sumber manusia, sumber fizikal dan sumber pembiayaan.
  • Perancangan yang teliti dalam merancang dan mengagihkan keperluan sumber perniagaan dapat membantu perniagaan beroperasi dengan lebih sistematik dan lebih jelas.

3. Menjangka risiko dan masalah yang timbul semasa melaksanakan projek perniagaan

  • Risiko dan masalah yang bakal timbul dalam perniagaan seperti kekurangan modal dan pemilihan lokasi yang tidak strategik dapat dikurangkan.
  • Semasa menyediakan rancangan perniagaan, usahawan dapat meramal risiko dan masalah serta berusaha menangani risiko dan masalah tersebut dalam dunia perniagaan sebenar.

4. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang berdaya maju atau tidak

  • Gambaran bahawa projek yang dijalankan berpotensi berdaya maju dapat membantu menyakinkan pihak seperti pelabur, bank dan pihak berkepentingan untuk pelaburan atau pembiayaan.

5. Meyakinkan pihak pelabur atau bank

  • Kemampuan perniagaan untuk menjelaskan segala hutang perniagaan dapat ditunjukkan dengan melihat kos yang terlibat dan kadar keuntungan yang diperoleh.
  • Tanggapan positif pihak pelabur terhadap prestasi perniagaan dapat membantu perniagaan untuk memperoleh sumber kewangan yang diperlukan