3.7 |
Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan |
|
|
|
|
Analisis SWOT |
- Faktor dalaman
- Faktor luaran
- Ekonomi
- Sosiobudaya
- Teknologi
- Undang-undang
|
|
|
Kekuatan Persekitaran Dalaman |
Bermaksud sumber unik yang dimiliki oleh perniagaan yang boleh digunakan untuk mencapai visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan. |
|
|
Kelemahan Persekitaran Dalaman |
Merupakan halangan dan ketidakmampuan bertindak dengan baik dalam menyumbangkan pencapaian visi, misi dan objektif perniagaan. |
|
|
Sumber Manusia |
- Dalam aspek sumber manusia, setiap pekerja akan menjalankan tugas mengikut peringkat pengurusan, iaitu pengurusan atasan, pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan.
- Setiap pekerja akan menyumbangkan tenaga dan kepakaran berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.
- Kekuatan dan kelemahan dalam aspek ini bergantung pada tahap kuantiti dan kualiti pekerja.
|
|
|
Kewangan |
- Kewangan merupakan satu fungsi perniagaan yang berkaitan dengan sumber kewangan yang boleh diperoleh dan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.
- Pengurusan kewangan membantu perniagaan dan membelanjakan wang dengan cekap.
|
|
|
Contoh Sumber Kewangan |
- Modal Usahawan 1Malaysia (MUS1M-i).
- Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB).
- Dana Usahawan Muda (YEF).
|
|
|
Dasar Kewangan |
- Kerajaan yang berkaitan dengan sumber kredit, kadar faedah dan penawaran wang untuk mengawal ekonomi.
- Polisi kewangan boleh mempengaruhi hala tuju perniagaan termasuklah perancangan dalam visi, misi dan objektif.
|
|
|
Dasar Fiskal |
Melibatkan tindakan pihak kerajaan dalam mengawal keadaan ekonomi melalui perubahan kadar cukai dan perbelajaan kerajaan. |
|
|
Sosiobudaya |
- Setiap kaum membentuk amalan dan cara hidup tersendiri.
- Hal ini seterusnya akan mempengaruhi pembelian sesuatu produk yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan.
- Oleh itu, perniagaan perlu mengambil kira faktor pelanggan dalam penetapan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan.
|
|
|
Teknologi |
Bagi membolehkan perniagaan berdaya saing, perniagaan perlu mendapatkan dan menggunakan teknologi terkini. |
|
|
Undang-undang |
- Untuk perniagaan yang menjalankan operasi di luar negara, penetapan visi, misi dan objektif adalah berbeza dengan operasi perniagaan tahap domestik.
- Perniagaan tempatan yang beroperasi di luar tertakluk pada undang-undang luar negara yang berbeza antara negara.
- Oleh itu, cabaran perniagaan lebih besar kerana perlu berhadapan dengan undang- undang yang berbeza dari pelbagai negara.
- Faktor undang-undang sentiasa berubah ekoran tindakan kerajaan menggubal undang- undang dari semasa ke semasa.
- Oleh itu, perniagaan juga perlu melihat suasana ini dengan mengubah suai visi, misi dan objektif perniagaan.
|
|
|