17: Keunggulan Tokoh Islam

17  Keunggulan Tokoh Islam
Nama-nama Tokoh Riwayat Hidup
Salahuddin Al-Ayyubi
  • Nama Penuh: Yusuf bin Ayub bin Syazi
  • Tarikh Lahir: 532 H
  • Tarikh Meninggal Dunia: 589 H
  • Jawatan: Pemerintah bagi Kerajaan Al-Ayyubiyyah
  • Ketinggian Akhlak: 
  1. Menghormati para ulama.
  2. Berani mempetahankan agama
  3. Prihatin terhadap kebajikan rakyat
  • Guru yang tersohor: Ali bin Al-Hassan bin Hibat Allah bin Asakir Ad-Damsyiqi
Hasan Al-Banna
  • Nama Penuh: Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman Muhammad Al-Banna
  • Tarikh Lahir: 25 Sya'ban 1323 H / 14 Oktober 1906
  • Tarikh Meninggal Dunia: 1368 H / Februari 1949
  • Jawatan: Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin
  • Ketinggian Akhlak: 
  1. Memuliakan orang-orang yang wara' dan soleh.
  2. Gigih menggerakkan usaha dakwah.
  3. Berlapang dada apabila terdapat perbezaan pendapat.
  • Antara Guru yang Tersohor:
  1. Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna
  2. Syeikh Muhammad Zahran
Ahmad bin Ibrahim
  • Nama Penuh: Ahmad bin Muhammad Ibrahim
  • Tarikh Lahir: 15 Mei 1916
  • Tarikh Meninggal Dunia: 17 April 1999
  • Gelaran: Professor Emeritus Tan Sri Doktor
  • Pekerjaan: Pensyarah Kuliah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia
  • Ketinggian Akhlak: 
  1. Suka menyebarkan ilmu.
  2. Menjaga etika keadilan ketika mengendalikan kes perbicaraan.
  • Tahap Pendidikan:
  1. Victoria Bridge School, Singapura.
  2. Raffles Institution, Singapura.
  3. Raffles College, Singapura.
  4. University of Cambridge.

 

Nama Tokoh Sumbangan dalam Tamadun Islam
Salahuddin Al-Ayubi

 1. Ketenteraan:

  • Membebaskan Batul Maqdis daripada penguasaan Tentera Salib.

 2. Keilmuan:

  • Mengembalikan semula pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam sistem pendidikan.

 3. Pentadbiran:

  • Mengubah sebuah dewan di istana dengan menjadikan sebuah hospital yang dinamakan Al-Bimaristan Al-Atiq
  • Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit.
Hasan Al-Banna

 1. Hasil Karya:

  • Muzakiratu Ad-Da'wati Wa Ad-Da'iah
  • Risalatu At-Ta'alim
  • Al-Ma'thurat

 2. Organisasi:

  • Mengasaskan pertubuhan Ikhwanul Muslimin

 3. Antara Murid yang Masyhur:

  • Said Qutub
  • Yusuf Al-Qaradawi
  • Hasan Al-Hudaybi
  • Mustafa bin Husni As-Siba'ie
Ahmad bin Ibrahim

 1. Hasil Karya:

  • Buku-buku undang-undang keluarga Islam di Malaysia seperti Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia dan Family Law in Malaysia.
  • Pelopor jurnal hukum.
  • Menghasilkan Buku-buku Berkaitan dengan Undang-undang di Malaysia:
  1. Sistem Undang-undang Malaysia
  2. Islamic law in Malaysia

 2. Kehakiman:

  • Antaranya Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Syari'ah.

 3. Perundangan:

  • Anggota panel pengasas Kuliah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  • Pengasas dan penggubal enakmen Undang-undang Islam (Hudud dan Qisas) Kelantan pada tahun 1991

 

Iktibar daripada Keunggulan Tokoh
  1. .Kita hendaklah mencontohi keunggulan tokoh dalam menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan terhadap ilmu.
  2. Kita hendaklah bersifat cekal menyebarkan dakwah islamiyah agar masyarakat dapat memahami Islam yang sebenar.
  3. Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki agar dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
  4. Kita hendaklah berusaha untuk menjadi insan yang lebih berkualiti supaya dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.
  5. Kita hendaklah bekerjasama dalam pembangunan negara supaya negara dihormati di peringkat antarabangsa.