12: Perkahwinan

12  Perkahwinan
 
 Unit 1 : Maksud Perkahwinan
 Akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan menurut hukum syara'

Dalil

1. Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nur, Ayat 32 :

 ...وَأَنكِحُوا الأَيامىٰ مِنكُم وَالصّالِحينَ مِن عِبادِكُم وَإِمائِكُم

Maksud :

 Dan kahwinkanlah orang bujang dalam kalangan kamu dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan.

2. Abdullah ibn Mas'ud RA meriawayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

(Riwayah Abu Daud)

Maksud :

 Wahai Pemuda ! sesiapa yang berkemampuan dalam kalangan kamu menyediakan belanja kahwin, maka hendaklah berkahwin kerana berkahwin itu dapat menutup pandangan (daripada melihat maksiat) dan memelihara kemaluan (daripada melakukan zina). Sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa. Sesungguhnya puasa itu dapat mengurangkan hawa nafsu.

 
 
Hukum Berkahwin Huraian
Wajib Bimbang akan terjerumus dalam kemaksiatan sekiranya tidak kahwin dan mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin.
Sunat Mempunyai keinginan untuk berkahwin dan mampu menyediakan nafkah zahir dan batin.
Harus Tiada desakan atau halangan untuk berkahwin.
Haram Bertujuan untuk menzalimi atau memudaratkan pasangan.
Makruh mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberikan nafkah untuk pasangannya seperti menghidap mati pucuk atau berpenyakit.

Hikmah Perkahwinan
1.Memenuhi tuntutan batin yang merupakan fitrah manusia.
2.Memelihara diri daripada keruntuhan akhlak dan pelbagai gejala sosial yang boleh mencemarkan maruah.
3.Memelihara keturunan yang baik untuk generasi akan datang.
4.Mewujudkan ketenangan jiwa melalui hubungan cinta yang halal,
5.Menghindari perbuatan seks bebas yang boleh membawa jangkitan penyakit.
6.Menjalinkan hubungan persaudaraan antara kedua-dua belah keluarga suami dan isteri.

Golongan Wanita yang Haram Dikahwini Contoh

Keturunan

(Haram Selamanya)

  • Ibu
  • Nenek dan keatas
  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan
  • Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
  • Anak perempuan daripada adik-beradik lelakimatau adik-beradik perempuan sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu
  • Ibu saudara
  • Nenek saudara

Penyusuan

(Haram Selamanya)

  • Ibu susuan
  • Ibu bagi ibu susuan dan keatas
  • Ibu bagi suami ibu susuan dan keatas
  • Anak-anak ibu susuan
  • Adik-beradik susuan
  • Anak saudara daripada adik-beradik susuan
  • Adik-beradik ibu susuan
  • Adik beradik bagi suami ibu susuan

Persemendaan

(Haram Selamanya)

  • Ibu tiri dan keatas
  • Ibu mentua (nasab atau susuan)
  • Anak tiri apabila ibunya telah disetubuhi
  • Menantu perempuan dan kebawah
Haram Sementara
  • Mengahwini perempuan yang ada hubungan nasab dengan isteri dalam satu masa
  • Perempuan yang masih isteri orang
  • Perempuan musyrik sehingga dia masuk Islam
  • Isteri yang telah ditalak tiga sebelum dia berkahwin kemudian bercerai dan habis tempoh iddah dengan suami baharu

Rukun-rukun Nikah
  1. Bakal Suami'
  2. Bakal Isteri
  3. Wali 
  4. Dua Orang Saksi
  5. Lafaz Akad Nikah (Sighah) iaitu Ijab dan Qabul

1. Bakal Suami
Maksud Suami : Lelaki yang dikahwini oleh seseorang perempuan

     Syarat Bakal Suami :

  • Islam
  • Lelaki yang telah dikenalpasti
  • Bukan mahram kepada bakal isteri seperti mahram nasab, penyusuan atau persemendaan
  • Tidak dalam keadaan ihram haji atau umrah
  • Tidak mempunyai empat orang isteri dalam satu masa

2. Bakal Isteri
Maksud isteri : Perempuan yang akan dikahwini oleh seseorang lelaki.

   Syarat Bakal Isteri :

  • Islam
  • Perempuan yang telah dikenalpasti
  • Bukan mahram kepada bakal suami seperti mahram nasab, penyusuan atau persemendaan
  • Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
  • Bukan isteri orang atau dalam iddah talak raj'i

3. Wali
Maksud : Orang yang mempunyai kelayakan untuk menikahkan pengantin perempuan

    Syarat Wali :

  • Islam
  • Lelaki
  • Baligh
  • Berakal
  • Adil, iaitu tidak melakukan dosa besar atau tidak melakukan dosa kecil secara berterusan
  • Merdeka
  • Tidak dalam keadaan ihram haji atau umrah
  • Tidak dipaksa diwalikan
  • Tiada penyakit yang mencacatkan fikiran seperti nyanyuk atau gila
  • Mampu memelihara dan menguruskan harta  

    Susunan Wali ;

  1. Bapa
  2. Datuk sebelah bapa dan keatas
  3. Adik-beradik lelaki seibu sebapa
  4. Adik-beradik lelaki sebapa
  5. Anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki seibu sebapa
  6. Anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa
  7. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa
  8. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa
  9. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  10. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  11. Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  12. Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebelah bapa sebapa
  13. Wali Hakim

    ( 1 & 2 = Wali Mujbir)   ( 3 - 13 = Wali Bukan Mujbir)

    Sebab-sebab Perpindahan Wali Nasab kepada Wali Hakim :

  • Tidak mempunyai wali nasab
  • Wali nasab berada jauh melebihi 2 marhalah
  • Wali hilang dan tidak dapat dikesan
  • Saudara Baru (Muallaf) yang tiada wali nasab yang layak
  • Anak tidak sah taraf
  • Wali dalam ihram haji atau umrah
  • Wali enggan mewalikan pernikahan
  • Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan tersebut dan tiada wali lain yang setaraf ( sepupu lelaki yang akan mengahwini sepupu perempuan )

4. Dua Orang Saksi
Maksud Saksi : Orang yang menyaksikan dan boleh mengesahkan adak nikah

    Syarat Saksi :

  • Islam
  • Lelaki 
  • Baligh
  • Berakal
  • Adil
  • Pendengaran yang baik
  • Penglihatan yang baik
  • Merdeka

5. Lafaz Akad Nikah (Sighah)

Maksud : 

Ijab : Lafaz yang diucapkan oleh wali atau wakilnya

Contoh Ijab : "Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku..."

Qabul : Lafaz yang diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya

Contoh Qabul : "Aku terima nikahnya anak perempuanmu..."

    Syarat Lafaz Akad Nikah (Sighah) :

  • Menggunakan lafaz "kahwin" atau "nikah" atau terjemahan yang tepat daripada kedua-duanya.
  • Lafaz ijab dan qabul hendaklah jelas dan bukan secara qias.
  • Ijab dan qabul hendaklah berturutan dan tidak diselangi dengan perkataan lain.
  • Lafaz akad nikah hendaklah berkuat kuasa serta-merta kesanya.
  • Kelayakan wali dan bakal suami berkekalan sehingga selesai akad.
  • Tidak dibataskan dengan tempoh masa.

Perkara-perkara Berkaitan dengan Perkahwinan dalam Islam

    Ciri-ciri Pemilihan Calon Suami Isteri :

  • Penghayatan agama yang baik
  • Akhlak yang mulia
  • Keturunan yang baik
  • Sekufu (sama taraf dalam aspek agama dan kesolehan, pekerjaan, keturunan serta keilmuan)
  • Pasangan yang sihat 
  • Rupa paras yang baik

    Merisik dan Meminang :

  • Maksud Merisik : Proses sebelum meminang untuk mengenal pasti status bakal isteri.
  • Maksud Meminang : Lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri menurut uruf setempat.

   Terdapat 2 Cara Meminang :

  • Secara Terus Terang : "Aku ingin mengahwini kamu"
  • Secara Qias : " Saya ingin memetik bunga di taman"

    Hukum Melihat Perempuan yang hendak dipinang : SUNAT    

    Anggota yang Harus dilihat : Muka & Kedua Tapak Tangan

   Mahar :     

 Maksud :Pemberian yang bernilai atau berfaedah wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah.

 Hukum Mahar : WAJIB

 Hukum Menyebut Mahar : SUNAT

 Qadar Mahar : Mahar tidak mempunyai qadar yang tertentu dan tidak semestinya dalam bentuk tunai.

 Bentuk Mahar : Sesuatu yang bernilai atau berfaedah, sah dijadikan mahar seperti duit dan emas.

    Walimatul Urus :

  Maksud : Kenduri yang diadakan sempena perkahwinan.

  Hukum : SUNAT MUAKKAD.   

  Tujuan Pensyari'atan :

  • Mensyukuri nikmat Allah SWT atas perkahwinan yang didirikan. 
  • Merapatkan hubungan silaturrahim.
  • Menghebahkan perkahwinan kepada masyarakat untuk menghindarkan sebarang fitnah.

  Hukum Memenuhi Undangan Walimatul Urus : FARDHU AIN.

   Adab Walimatul Urus :

  • Tuan rumah tidak khususkan jemputan kepada orang kaya sahaja.
  • Memenuhi jemputan pada hari pertama sahaja sekiranya majlis lebih daripada sehari
  • Undangan hendaklah melahirkan kasih sayang dan merapatkan hubungan
  • Orang yang mengundang bukan orang yang zalim atau mempunyai harta haram
  • Tidak terdapat perkara mungkar seperti minum arak atau pergaulan bebas lelaki dan perempuan
 
Unit 2 : Kemahiran Keibubapaan

    Tanggungjawab Suami :

  1. Menyediakan segala keperluan asas untuk isteri dan anak-anak mengikut kemampuan suami.
  2. Memberikan kasih sayang, belas kasihan, serta nafkah batin bagi memenuhi keperluan isteri.
  3. Memberikan layanan yang baik kepada isteri seperti tutur kata yang baik dan keperluan yang sopan.
  4. Memberikan ilmu pengetahuan dan didikan agama secukupnya kepada isteri dan anak.
  5. Menyelesaikan mahar yang belum dijelaskan.

    Tanggungjawab Isteri :

  • Mentaati perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum syara;
  • Menjaga kehormatan diri dengan berpakaian menutup aurat, memelihara pandangan dan menjaga batas pergaulan ketika berada di luar rumah.
  • Menjaga kemuliaan, maruah dan harta suami.
  • Melakuka perkara yang menyenangkan hati suami.
  • Mendapat keizinan suami sebelum keluar rumah.

Tanggungjawab Suami Isteri dari Segi Aqidah, Ibadah dan Akhlak Huraian Tanggungjawab
Aqidah
  • Menerapkan didikan aqidah yang betul kepada anak-anak sejak mereka kecil.
  • Membentuk aqidah keluarga berdasarkan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Memupuk asas ketaqwaan yang mantap kepada anggota keluarga.
  • Memelihara aqidah keluarga daripada sebarang fahaman yang sesat.
Ibadah
  • Mendidik keluarga dengan memberi pengetahuan berkaitan dengan ibadah yang betul.
  • Memastikan anggota keluarga menunaikan tanggungjawab ibadah.
  • Mempraktikkan cara hidup bersyari'at dalam keluarga seperti solat berjemaah dan membaca Al-Quran.
  • Memelihara anggota keluarga daripada amalan yang menyeleweng.

Akhlak

  • Menunjukkan ahklak yang mulia agar menjadi contoh dalam keluarga
  • Menyemai sikap bekasih sayang sesama anggota keluarga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.
  • Bekerjasama melakukan urusan rumah tangga agar kebahagiaan dirasai setiap anggota keluarga.
  • Menegur anggota keluarga yang melakukan kemungkaran.