Aqidah

  • Dalam bab ini, anda akan dapat merumus kefahaman mengenai nama-nama Allah SWT, antaranya Ar-Raqiib dan Asy-Syahiid secara mengamalkan pengajarannya secara beradab dan istiqamah.
 

3.1

 Allah SWT Maha Mengawasi dan Maha Menyaksikan

 

  • Dalam subtopik ini, anda akan dapat memahami secara mendalam maksud nama Allah SWT, Ar-Raqiib dan Asy-Syahiid, menyatakan dalil naqli, serta merumuskan bukti dua nama tersebut dan menghubungkaitkannya dengan kehidupan seharian.
 
Maksud Ar-Raqiib
 Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk.

 

Dalil Naqli Nama Allah SWT, Ar-Raqiib

1. Allah SWT berfirman, dalam Surah Al-Maidah, ayat 117 :

 ۖ فَلَمّا تَوَفَّيتَني كُنتَ أَنتَ الرَّقيبَ عَلَيهِم ۚ وَأَنتَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ شَهيدٌ....

Maksud :

 Kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.

2. Abdullah bin As-Somit RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

أفْضَلُ الإيمان : أنْ تَعْلَمَ أَنَّ اللهَ مَعَكَ حَيثُ مَا كُنتَ

Maksud :

 Iman yang paling afdhal bahawa engkau mengetahui Allah bersamamu walau dimana pun engkau berada.

Sumber : online.anyflip.com
 
Bukti Allah SWT Bersifat Ar-Raqiib

1. Allah SWT Maha Mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah dan laranganNya.

 Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 52 :

 يَمِينُكَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ رَّقِيبًۭا...

Maksud :

Allah sentiasa mengawasi setiap sesuatu.

2. Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama manusia

 Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa, ayat 1 :

 إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا....

Maksud :

 Allah sentiasa mengawasi kamu.


 
 
 
Maksud Asy-Syahiid
 Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk serta sesuatu pun yang tersembunyi daripadaNya.

 

Dalil Naqli Nama Allah SWT, Asy-Syahiid

1. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An'am, ayat 19 :

 

 ... قُل أَيُّ شَيءٍ أَكبَرُ شَهادَةً ۖ قُلِ اللَّهُ ۖ شَهيدٌ بَيني وَبَينَكُم

Maksud : 

 Bertanyalah, " Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" katakanlah, Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu.

2. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

(Riwayah Al-Bukhari)

Maksud ;

 Sesungguhnya seorang lelaki daripada Bani Israil telah meminta daripada salah seorang mereka untuk meminjam wang sebanyak 1000 dinar. Maka dia pun mengatakan : " Datangkan kepadaku seorang saksi agar dia menyaksikan bahawa kamu telah meminjam daripadaku seribu dinar. Maka lelaki tersebut pun menjawab : " Cukuplah hanya Allah menjadi saksi "...


 
 
Bukti Allah SWT Bersifat Asy-Syahiid

1. Allah SWT menjadi saksi perutusan Rasulullah SAW ke atas umatnya

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Fath, ayat 28 :

Maksud :

 Dialah yang mengutus rasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, supaya dia memenangkannya ke atas segala bawaan agama yang lain, dan cukuplah Allah menjadi Saksi.

2. Allah SWT Maha Menyaksi dan Menghitung segala amal perbuatan manusia.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mujadalah, ayat 6

Maksud :

 Semasa mereka semua dibangkitkan hidup semula oleh Allah, lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan Allah menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.

3. Allah SWT sahaja yang menjadi saksi atas segala perkara yang nyata atau yang tersembunyi.

Allah SWT berfirman dalam Surah Fussilat, ayat 53 :

Maksud :

 Belumkah cukup bagi mereka bahawa tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

4. Allah SWT menjadi saksi pembohongan orang-orang munafik.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafikun, ayat 1 :

Maksud :

 Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata : "Kami mengakui bahawa engkau sebenar-benarnya Rasulullah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasulnya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.


 
 
 
3.2  Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

 

  • Dalam subtopik ini, anda akan mendalami mengenai aqidah ahli sunnah wal jamaah dari segi takrif, sejarah prinsip akidah, aliran-aliran yang bertentangan serta perbezaan pandangan dengan aliran aqidah yang lain dalam sesuatu isu ataupun permasalahan.
 
Takrif Ahli Sunnah Wal Jamaah
 Kumpulan majoriti umat islam yang memahami dan berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah menerusi para sahabat dan tabi'in serta tabi' tabi'in dalam prinsip aqidah, syariah dan akhlak.

 

Prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
1.Iman ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal dengan perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman.
2.Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah SWT, namun manusia diberi pilihan atau kehendak untuk melakukan atau tidak serta dihitung baginya dosa dan pahala.
3.Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib seperti yang diwahyukan dalam Al-Quran dan As-Sunnah antaranya termasuklah persoalan-persoalan kubur hari akhirat, titian sirat, mizan, malaikat, jin dan sebagainya.
4.Meyakini bahawa syurga dan neraka telah wujud, sebelum dijadikan makhluk. Kewujudan syurga dan neraka adalah kekal selama-lamanya.
5.Syafaat Rasulullah SAW adalah dengan izin tuhannya, termasuklah syafaat baginda untuk pelaku dosa besar kerana mereka masih dikira beriman.
6.Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah SWT dan merupakan rahmat Allah kepada manusia.

 

Aliran yang Bertentangan dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Sejarah

Syiah 

Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abu Talib dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah dan berkeyakinan bahawa hanya Ahlul Bait sahaja yang layak memegang jawatan khalifah.

Khawarij

Kumpulan pengikut Saidina Ali bin Abu Talib yang berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Tahkim

Mu'tazilah

Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil Bin 'Atho' setelah berlaku perbezaan pendapat antara beliau dengan gurunya iaitu Hasan Al-Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar.

 

Aliran Prinsip Utama

Syiah

  1. Meyakini bahawa Al-Imamah merupakan rukun agama dan telah ditentukan oleh Allah SWT melalui lisan rasulNya secara nas.
  2. Meyakini bahawa imam-imam adalah maksum, iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar.
  3. Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan sehingga disamakan dengan Rasulullah.
  4. Mengamalkan At-Taqiyyah iaitu menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan menempatkan sesuatu yang berbeza dengan hakikat sebenarnya.
  5. Menambah nama Saidina Ali RA dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW.

Khawarij

  1. Jawatan khalifah atau imam hendaklah diserahkan pemilihannya kepada rakyat untuk memilih sesiapa sahaja daripada kaum muslimin yang layak.
  2. Mereka menyatakan bahawa Saidina Ali telah melakukan dosa besar serta kufur kerana bersetuju mengadakan Majlis Tahkim.
  3. Wajib keluar menentang pemimpin atau khalifah yang tidak adil.
  4. Beriktiqad bahawa orang yang melakukan maksiat dikira berdosa besar dan kafir.

Mu'tazilah

  1. At-Tauhid : Menafikan sifat ma'ani pada zat Allah SWT.
  2. Al-Adl : Meyakini manusia bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan mereka sama ada baik atau buruk tanpa ditentukan oleh Allah.
  3. Al-Wa'du Wal Wa'iid : Meyakini bahawa Allah SWT wajib memberikan balasan baik kepada orang yang taat dan ancaman azab kepada orang yang melakukan maksiat.
  4. Al-Manzilah Bainal Manzilain ; Meyakini bahawa pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal dalam neraka.
  5. Al-Amru Bil Makrufi Wannahyu 'Anil Mungkar : Meyakini bahawa menyeru kebaikan dan mencegah keburukan  adalah wajib ditegakkan dalam keadaan apa sekalipun.

 

Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Aliran yang Bertentangan Dengannya Tentang Beberapa Isu
Isu Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Lain
Adakah Al-Quran makhluk? Meyakini bahawa Al-Quran ialah Kalamullah yang bersifat qadim (sedia ada). Mu'tazilah: Mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk yang bersifat hadis (baru).
Melihat Allah SWT Meyakini bahawa semua orang beriman dapat melihat Allah SWT di akhirat kelak. Mu'tazilah : Mengatakan mustahil makhluk boleh melihat Allah kerana Allah tidak menyerupai makhluk.
Pelaku dosa besar Pelaku dosa besar tetap dikira sebagai mukmin, bukan kafir dan dihukum fasik jika tidak bertaubat.

Khawarij : Pelaku dosa besar diangap kafir.

Mu'tazilah ; Pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal dalam neraka.

Qada' dan Qadar Meyakini bahawa setiap perkara baik dan buruk datang daripada Allah dan Allah mengurniakan manusia akal untuk berfikir dengan berikhtiar untuk memilih antara baik dengan buruk Mu'tazilah : Meyakini bahawa setiap perkara baik dan buruk datangnya daripada manusia semata-mata. 
Kedudukan Iman Mempercayai bahawa iman boleh bertambah dan berkurang bergantung pada amal soleh dan maksiat yang dilakukan. Khawarij dan Mu'tazilah : Iman tidak boleh bertambah dan berkurang. Iman ada apabila melakukan kebaikan dan iman hilang apabila melakukan kemungkaran.

 

Kepentingan Ahli Sunnah Wal Jamaah
1.Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan.
2.Memelihara kesucian agama Islam.
3.Menjamin keamanan negara.
4.Mengelak umat islam daripada terjebak dengan ajaran sesat.
5.Membersihkan aqidah daripada sebarang bentuk kekeliruan.
6.Menghindarkan umat islam daripada pandangan yang melampau.
7.Mendapat keredhaan Allah SWT.