07: Setiap Orang ialah Pemimpin

7  Setiap Orang ialah Pemimpin
 
 
Baca Hadis dengan Betul

   

: عَنْ عَبْدِ الله بْنِ عُمَرَ يَقُولُ : سَمِِعْتُ رَسُولَ الله يَقُول سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ  صَلَّى الله علَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول
 
 كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، الإِمَامُ رَاعٍومسْؤولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ،  وَالرَّجُلُ رَاعٍ فيِ أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَاعِيَّتِةِ،وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فيِ بَيْتِ زَوْجِهَا و مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا، وَالْخَادِمُ رَاعٍ فيِ مَالِ سَيِّدِهِ وَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ،   قَالَ: وَحَسِبْتُ أَنْ قَدْ --قَالَ: وَالرَّجُلُ رَاعٍ فيِ مَالِ أَبِيهِ ومَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه  --وَكُلُّكُمْ رَاعٍ ومَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه (متفق عليه)

 

 

Potongan Hadis Maksud

 كُلُّكُمْ رَاعٍ

 Setiap kamu ialah pemimpin

وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

 Dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepimpinannya

الإِمَامُ رَاعٍومسْؤولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

 Imam itu ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya

وَالرَّجُلُ رَاعٍ فيِ أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَاعِيَّتِةِ

 Dan lelaki itu ialah pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya

وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فيِ بَيْتِ زَوْجِهَا و مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا

 Dan perempuan itu ialah pemimpin dalam rumah tangganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya

وَالْخَادِمُ رَاعٍ فيِ مَالِ سَيِّدِهِ وَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

 Dan pekerja itu ialah pemimpin bagi harta majikannya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya

 قَالَ: وَحَسِبْتُ أَنْ قَدْ قَالَ: وَالرَّجُلُ رَاعٍ فيِ مَالِ أَبِيهِ ومَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه

 Dia berkata: Aku menyangka bahawa sesungguhnya bahawa baginda juga bersabda:

وَالرَّجُلُ رَاعٍ فيِ مَالِ أَبِيهِ ومَسْئُولٌ عَنْ

 Dan lelaki itu ialah pemimpin bagi harta benda ayahnya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya

وَكُلُّكُمْ رَاعٍ ومَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه

 Dan kamu semua ialah pemimpin, dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.
 

 

Tanggungjawab setiap individu Huraian Tanggungjawab
Pemimpin
  • Berlaku adil & menghapuskan kezaliman
  • Menegakkan syariat Islam
  • Menyusun sistem pentadbiran yang cekap & amanah
  • Menyediakan infrastruktur yang lengkap
  • Bersikap toleransi terhadap orang bawahan
Suami
  • Memberikan nafkah kepada anggota keluarga
  • Memberikan didikan agama kepada isteri & anak-anak
  • Memberikan perlindungan & menjaga keselamatan anggota keluarga
  • Melayan & bergaul dengan isteri & anak-anak dengan baiknya
Isteri
  • Mentaati suami & menunaikan haknya
  • Menjaga maruah diri, suami & keluarga
  • Memelihara & mendidik anak-anak
  • Menguruskan rumah tangga
Pekerja
  • Mengikut arahan ketua
  • Bekerja dengan penuh integrasi
  • Bekerja mengikut prosedur yang ditetapkan
  • Melaksanakan tugasan dengan sempurna
Anak
  • Berbakti kepada ibu bapa sewaktu mereka masih hidup atau telah meninggal dunia
  • Sentiasa mendoakan mereka
  • Sentiasa membantu mereka dengan sebaiknya
  • Sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa & menyambung silaturrahim dengan rakan-rakan mereka

 

Pengajaran Hadis
1.Kita hendaklah menyedari bahawa setiap individu berperanan sebagai pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
2.Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin dengan adilnya & amanah.
3.Kita hendaklah memelihara & melindungi anggota keluarga agar selamat di dunia & di akhirat.
4.Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala urusan keluarga & rumahtangga agar kekal harmoni.
5.Kita hendaklah sentiasa bersikap amanah dalam pekerjaan supaya rezeki diberkati
6.Kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa semasa mereka hidup atau meninggal dunia kerana jasa mereka tidak terbalas
7.Kita hendaklah mencontohi sunnah Rasulullah dalam segala aspek kepimpinan kerana baginda ialah contoh ikutan yang terbaik