06: Kepelbagaian Bangsa dalam Islam, Surah At-Taubah, Ayat 19-20

 
6  Kepelbagaian Bangsa dalam Islam
 

Baca dengan Betul, Lancar, Bertajwid dan Fasih

Surah Al-Hujurat, Ayat 13

يا أَيُّهَا النّاسُ إِنّا خَلَقناكُم مِن ذَكَرٍ وَأُنثىٰ وَجَعَلناكُم شُعوبًا وَقَبائِلَ لِتَعارَفوا ۚ إِنَّ أَكرَمَكُم عِندَ اللَّهِ أَتقاكُم ۚ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ خَبيرٌ(١٣)


 
 
Potongan Ayat Maksud

يا أَيُّهَا النّاسُ إِنّا خَلَقناكُم مِن ذَكَرٍ وَأُنثىٰ

Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan,

وَجَعَلناكُم شُعوبًا وَقَبائِلَ لِتَعارَفوا 

 Dan kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa & berpuak-puak, supaya kamu saling berkenalan,

إِنَّ أَكرَمَكُم عِندَ اللَّهِ أَتقاكُم 

Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah dalam kalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa,

إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ خَبيرٌ

 Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya.

 
 
Sebab Turun Ayat
  • Menurut Ibnu 'Abbas RA, Rasulullah SAW meminta Saidina Bilal Bin Rabbah RA melaungkan azan semasa pembukaan Kota Mekah.
  • Terdapat sahabat yang telah memandang rendah kepada Saidina Bilal RA.
  • Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW perbuatan para sahabat tersebut lalu Rasulullah SAW memanggil mereka & bertanyakan tentang tindakan mereka
  • Lalu turunlah ayat ini.

           ( الجَامِع لأَحْكامِ الْقُرْآن )

 

Kandungan Ayat
  1. Tuntutan saling mengenali dalam kalangan pelbagai bangsa
  2. Keutamaan taqwa

 

1. Tuntutan Saling Mengenali dalam Kalangan Pelbagai Bangsa
  • Menjalin perpaduan dan perhubungan harmoni.
  • Mengiktiraf kemuliaan dan harga diri manusia tanpa mengira rupa paras dan etnik.
  • Menjalin hubungan dengan orang bukan islam selagi mereka tidak memusuhi islam
  • Menggalakkan integrasi dan kerjasama yang akan saling melengkapi antara satu sama lain.

 

2. Keutamaan taqwa
  • Manusia adalah sama di sisi Allah SWT.
  • Allah SWT tidak melihat jantina atau bangsa tetapi Allah SWT memandang hati dan amalan hambaNya.
  • Meyakini kekuasaan Allah SWT melalui makhluk ciptaanNya sebagai asas keimanan kepada Allah SWT.
  • Menunaikan hak sesama manusia walaupun berbeza kaum dan budaya kerana perkara itu merupakan sebahagian daripada perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan.

 

Pengajaran Ayat
  1. Kita hendaklah saling bekerjasama untuk membina kehidupan yang harmoni.
  2. Kita hendaklah menghormati kepelbagaian budaya supaya wujud persefahaman dalam kalangan masyarakat.
  3. Kita hendaklah berusaha untuk membaiki supaya menjadi insan bertaqwa.