01: Surah At-Taubah, Ayat 128-129

 

1  Surah At-Taubah, Ayat 128-129
 
 
Baca dengan betul, lancar, bertajwid dan fasih

 لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌۭ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ (١٢٨)

فَإِن تَوَلَّوا فَقُل حَسبِيَ اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ العَرشِ العَظيمِ (١٢٩)

 

 

Potongan Ayat Maksud

 لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌۭ مِّنْ أَنفُسِكُمْ

 Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul daripada kalangan kamu sendiri (iaitu Muhammad SAW )

عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ

 Terasa berat olehnya penderitaan yng kamu alami

حَرِيصٌ عَلَيْكُم

 Dia sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu

بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ

 Sangat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman

فَإِن تَوَلَّوا

 Kemudian jika mereka berpaling ingkar

فَقُل حَسبِيَ اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ

 Maka katakanlah, "cukuplah bagiku Allah (tiada tuhan yang layak disembah) melainkan Dia

عَلَيهِ تَوَكَّلتُ

 KepadaNya aku berserah diri

وَهُوَ رَبُّ العَرشِ العَظيمِ

 Dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar
 
 
Intisari Ayat
1. Allah SWT telah mengutuskan Rasul daripada kalangan manusia.
2. Rasulullah sangat menginginkan kebaikan di dunia dan di akhirat buat umatnya
3. Allah SWT sangat mengasihi hambaNya
4. Umat Islam perlu bertawakkal sepenuhnya kepada Allah SWT
5 .Seluruh makhluk di langit dan di bumi berada di bawah kekuasaan Allah