Wasatiyyah Menjamin Kecemerlangan Umat

25  Wasatiyyah Menjamin Kecemerlangan Umat
Maksud dan dalil wasatiyyah
  • Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap tindakan
  • Dalil:
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَـٰكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا 
source: Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 KSSM
 
Empat Keserdehanaan Wasatiyyah
  1. Kesederhanaan
Maksud Melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas dan mematuhi syarat
Aspek
  • Menunaikan tugas dengan sempurna dan penuh bertanggungjawab
  • Memenuhi syarat dalam menunaikan tugas, mematuhi arahan dan prosedur dalam menjalankan tugas
  • Melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi

       2. Keseimbangan

Maksud Memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara sempurna dalam semua keadaan
Aspek

Rohani:

  • Melaksanakan ibadah fardhu dan sunat dengan istiqamah
  • Menghayati Al-Quran dan berzikir dengan bersungguh-sungguh

Jasmani:

  • Mengambil makanan yang baik dan seimbang untuk menjaga kesihatan tubuh badan
  • Berehat setelah penat bekerja supaya badan kembali cergas dan bertenaga

Akli:

  • Menjauhi barang larangan yang boleh merosakkan akal seperti dadah dan arak
  • Menggunakan akal sebaik-baiknya untuk meningkatkan ilmu

       3. Keadilan

Maksud Meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana, masa dan tempat
Aspek
  • Menunaikan hak kepada mereka yang berhak menerimanya
  • Mengambil pendekatan pertengahan dan seimbang secara hikmah antara dua perkara yang ekstrem

       4. Kecemerlangan

Maksud Pendekatan yang terbaik dalam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berkeyakinan teguh pada Allah SWT
Ciri-ciri
  • Melakukan kebaikan seperti memakmur bumi, membangunkan negara dan membasmi kemiskinan
  • Mencegah diri daripada melakukan kezaliman, kefasikan dan kekejaman
  • Menggunakan kekayaan dunia untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT
 
Hikmah melaksanakan prinsip wasatiyyah
  • Syiar Islam dapat ditegakkan dengan menyempurnakan akhlak dan nilai-nilai murni
  • Pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dapat diwujudkan kerana adanya kestabilan politik
  • Ekonomi masyarakat yang stabil dapat dijana keran tiada berlaku pembaziran
  • Tahap pendidikan masyarakat dapat ditingkatkan mengikut keperluan negara