21: Keunggulan Tokoh Empat Mazhab

21 Keunggulan Tokoh Empat Mazhab
 
Riwayat Hidup Tokoh Empat Mazhab
Al-Imam Abu Hanifah
  • Nama Penuh: Nu'man Bin Thabit Al-Kufi
  • Tarikh Lahir: 80 Hijrah di Kufah
  • Tarikh Wafat: 150 Hijrah
  • Kuniyah: Abu Hanifah
  • Keperibadian:
    • Sangat memuliakan ilmu pengetahuan.
    • Kuat beribadah seperti sentiasa melakukan qiamullail, berpuasa sunat dan selalu khatam al-Quran.
    • Seorang yang pemurah dan penyayang.
    • Tidak terpengaruh dengan tawaran pangkat dan kedudukan.
  • Antara guru yang tersohor:
    • Hammad Bin Abi Sulaiman
    • Ata' Bin Yasar
    •  'Amru Bin Dinar
Al-Imam Malik
  • Nama Penuh: Malik Bin Anas Al-Madani
  • Tarikh Lahir: 83 Hijrah di Madinah
  • Tarikh Wafat: 179 Hijrah
  • Kuniyah: Abu Abdullah
  • Keperibadian:
    • Mencintai Rasulullah sehingga tidak sanggup menunggang kuda dalam kota Madinah kerana menghormati jasad Rasulullah SAW yang dimakamkan di sana.
    • Menghormati dan mencintai ilmu dengan berpegang teguh pada prinsip "murid mencari guru".
    • Memuliakan majlis pengajian hadis Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.
    • Sanggup berkorban harta demi menuntut ilmu.
  • Antara guru yang tersohor:
    • Nafi' Al-Madani
    • Muhammad Bin Syihab Az-Zuhri
    • Yahya Bin Said Al-Ansari
Al-Imam As-Syafi'ie
  • Nama Penuh: Muhammad Bin Idris As-Syafi'ie
  • Tarikh Lahir: 150 Hijrah di Ghazzah
  • Tarikh Wafat: 204 Hijrah
  • Kuniyah: Abu Abdullah
  • Keperibadian:
    • Sanggup tinggal bersama-sama dengan kaum Arab Badwi demi menguasai bahasa Arab, kesusasteraan dan kebudayaan Arab.
    • Sanggup bermusafir jauh demi kecintaannya terhadap ilmu.
    • Berani menegakkan kebenaran ketika difitnah oleh puak syiah dan ketika berdepan dengan Khalifah Harin Ar-Rasyid.
    • Sangat pemurah kepada fakir miskin walaupun hidupnya sederhana.
    • Tinggi sifat warak dan kuat beribadah.
  • Antara guru yang tersohor:
    • Imam Malik Bin Anas
    • Sufian Bin Uyainah
    • Muslim Khalid Al-Zanji
Al-Imam Ahmad Bin Hanbal
  • Nama Penuh: Ahmad Bin Muhammad Bin Hanbal
  • Tarikh Lahir: 164 Hijrah di Baghdad
  • Tarikh Wafat: 241 Hijrah
  • Kuniyah: Abu Abdullah
  • Keperibadian:
    • Sentiasa menuntut ilmu walaupun telah mendapat gelaran imam yang termasyhur.
    • Memiliki sifat pemaaf yang sangat tinggi.
    • Banyak membaca dan menghafaz al-Quran sejak berusia sembilan tahun.
    • Kuat beribadah nawafil.
    • Sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan akidah.
  • Antara guru yang tersohor:
    • Al-Imam As-Syafi'ie
    • Abu Yusuf Al-Qadhi
    • Hammad Bin Khalid
 
Sumbangan Tokoh dalam Tamadun Islam
 Al-Imam Abu Hanifah
  • Hasil Karya
    • الفَرَائِض (Al-Faraid)
    • الفِقْهُ الأَكْبَر (Al-Fiqhul Akbar)
    • العَالِمُ وَالْمُتَعَلِّمُ (Al-Alimu Wa Al-Muta'allim)
  • Mengasaskan mazhab berdasarkan:
    • Fatwa para sahabat (Aqwalus Sohabi)
    • Qias
    • Istihsan
    • Ijma'
    • 'Uruf
  • Murid yang terkenal:
    • Abu Yusuf
    • Muhammad Bin Al-Hasan Al-Syaibani
    • Zufar Bin Al-Huzail
  • Mazhab Hanafi tersebar:
    • Di seluruh Asia Tengah dan Eropah
Al-Imam Malik
  • Hasil Karya
    • الموطاء (Al-Muwatta)
  • Mengasaskan mazhab berdasarkan:
    • Amalan penduduk Madinah
    • Qias
    • Masalihul Marsalah
  • Murid yang terkenal:
    • Al-Imam As-Syafi'ie
    • Abdullah Bin Abdul Hukum
    • Abdul Rahman Bin Qasim
  • Mazhab Maliki tersebar:
    • Di Mesir, Andalus, Tunisia dan Afrika 
Al-Imam As-Syafi'ie
  • Hasil Karya
    • الرِسَالة (Al- Risalah)
    • الأم (Al-Umm)
    • المُسْنَد (Al-Musnad)
  • Mengasaskan mazhab berdasarkan:
    • Ijma' 
    • Qias                          
    • Istidlal
  • Murid yang terkenal:
    • Ahmad Bin Hanbal
    • Abu Ya'qub Yusuf Bin Yahya Al-Buwaithi
    • Abu Ibrahim Ismail Bin Yahya Al-Muzni
  • Mazhab Syafi'ie tersebar:
    • Di Mesir, Iraq, Parsi, Syria, Malaysia, Cina, Indonesia, Brunei, Pakistan dan India
Al-Imam Ahmad
  • Hasil Karya
    • المُسْنَد (Al-Musnad)
    • التَّارِيخ (At-tarikh)
    • العلَّة (Al-Illah)
  • Mengasaskan mazhab berdasarkan:
    • Fatwa sahabat 
    • Qias
    • Istishab
  • Murid yang terkenal:
    • Al-Imam Hasan Bin Musa
    • Al-Imam Hanbal Bin Ishak
    • Al-Walid Bin Muslim
  • Mazhab Hanbali tersebar:
    • Di Baghdad, Mesir, Najad
 
Iktibar daripada Golongan Tokoh
  • Kita hendaklah menghormati perbezaan pandangan antara mazhab supaya masyarakat hidup harmoni.
  • Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari supaya hidup diberkati Allah SWT.
  • Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki agar dapat memberi manfaat kepada manusia sejagat.
  • Kita hendaklah mencontohi kegigihan dan kesabaran mazhab dalam menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan terhadap ilmu.