Muamalat Islam

 
16  Muamalat Islam
Maksud Muamalat Islam
  • Hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual beli, sewaan, simpanan dan sebagainya
  • Hukum: Harus
 
Dalil Naqli Muamalat Islam

وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟

(Surah Al-Baqarah: Ayat 275)

      

 
Matlamat Pensyariatan Muamalat dalam Islam
  1. Menunjukkan keadilan Allah SWT dalam mengatur urusan kehidupan manusia
  2. Mengiktiraf pemilikan harta melalui akad yang sah
  3. Menjaga kepentingan penjual dan pembeli serta penyewa dan pemilik
  4. Segala urusan dalam muamalat Islam bertepatan dengan matlamat syariat Islam
 
Kepentingan Memahami Dan Mengamalkan Muamalat Islam
  • Dalil naqli tuntutan beramal dengan muamalat Islam
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَـٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَـٰرَةً عَن تَرَاضٍ      مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
  • Dalil naqli ancaman tidak beramal dengan muamalat Islam

وَيْلٌ لِلْمُطَفِّفِينَ (١) الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ (٢) وَإِذَا كَالُوهُمْ أَوْ وَزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ (٣) أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ (٤) لِيَوْمٍ عَظِيمٍ (٥) يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ (٦)

  • Contoh keprihatinan nabi dan sahabat dalam Islam menjaga muamalat Islam

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

  • Perbandingan antara muamalat Islam dengan konvensional
Muamalat Islam Konvensional
Bersumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah          Bersumberkan teori dan pemikiran manusia semata-mata
Mengharamkan riba Mengamalkan riba
Bebas daripada unsur judi dan gharar Mengandungi unsur judi dan gharar
Berteraskan keimanan kepada Allah SWT Berteraskan keuntungan kekayaan
 
Unsur yang diharamkan dalam muamalat Islam
  • Riba
Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang. Contoh: Iman berhutang daripada ilham sebanyak RM100.00 dengan syarat iman mesti membayar lebih dari kadar hutang tersebut
  • Gharar
Kesamaran dalam urusan muamalat yang tidak dibenarkan oleh syarak. Contoh: Menjual burung liar di udara
  • Judi
Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga. Contoh: Mempertaruhkan wang dalam sesuatu perlumbaan
  • Dharar
Setiap perkara yang membawa kerosakan. Contoh: Melakukan transaksi barang terlarang seperti senjata api kepada kanak-kanak
 
Maksud akad dalam muamalat Islam
  • Bahasa: Ikatan, simpulan
  • Istilah: Ijab dan qabul dalam urusan perniagaan dan kewangan
 
Rukun dan syarat akad
  1. Pihak yang berakad: Penjual, pembeli
  2. Sesuatu yang diakadkan: Harga, barang
  3. Sighah: Ijab, Qabul
 
Syarat-syarat akad dalam muamalat Islam
  • Pihak yang berakad
  1. Penjual dan pembeli mestilah baligh, berakal dan mampu memelihara dan mengurus hartanya
  2. Melibatkan dua pihak dan bebas membuat pilihan
  • Perkara yang diakadkan
  1. Mestilah wujud ketika akad berlaku
  2. Barang atau perkhidmatan yang diakadkan adalah halal
  3. Dapat diserahkan ketika akad
  • Sighah
  1. Lafaz ijab dan qabul adalah sepadan
  2. Lafaz ijab dan lafaz qabul tidak diikat dengan syarat tertentu
  3. Lafaz ijab dan lafaz qabul dalam satu pertemuan
 
 
Jenis akad dalam muamalat Islam
  1. Pertukaran
  • Jual beli
Maksud Suatu akad pertukaran barang dengan barang dengan persetujuan penjual dan pembeli
Contoh Membeli makanan di kantin sekolah dengan duit
  • Sewaan
Maksud Akad bagi menyerahkan sesuatu yang bermanfaat yang boleh diberikan secara sewa dengan pembayaran tertentu
Contoh Sewaan rumah

       2. Kebajikan

  • هِبَة
Maksud Memberikan sesuatu secara percuma dengan rela hati kepada orang lain ketika pemberi masih hidup
Contoh Memberikan sebuah rumah kepada anak
  • قَرْض
Maksud Memberikan hutang wang kepada orang lain tanpa sebarang imbuhan (faedah) dan perlu membayar kembali dengan jumlah yang sama
Contoh Memberikan pinjaman wang RM100.00 untuk kegunaan peribadi
  • وَقَف
Maksud Mewakafkan harta yang dapat diambil manfaatnya serta kekal fizikalnya (ainnya), untuk penggunaan yang baik serta bertujuan mendapat keredhaan Allah SWT
Contoh Mewakafkan rumah untuk pusat penjagaan anak-anak yatim
  • وَدِيعَة
Maksud Memberikan sesuatu barang kepada orang lain agar dapat disimpan dan dipelihara seperti yang sepatutnya
Contoh Simpanan wang

       3. Perkongsian

  • مُشَارَكَة
Maksud Akad yang menetapkan sesuatu harta atau perniagaan yang dikongsi bersama oleh dua orang atau lebih
Contoh Perkongsian untuk menubuhkan syarikat perniagaan
  • مُضَارَبَة
Maksud Akad yang dilakukan oleh pemodal dengan menyerahkan modalnya kepada pengusaha agar dapat dibahagikan antara mereka
Contoh Pemodal memberikan RM10 000.00 kepada pengusaha untuk perniagaan buah-buahan, dan kadar keuntungan yang dipersetujui 60% untuk pengusaha dan 40% untuk pemodal

       4. Agen

  • وَكَالَة
Maksud Mewakilkan pekerjaan tertentu yang boleh dikerjakan kepada orang lain
Contoh Arsyad mewakilkan Syafiq untuk menjual sebuah rumahnya dan Syafiq akan dibayar imbuhan yang dipersetujui

       5. Jaminan

  • كَفَالَة
Maksud Jaminan yang diberikan oleh penjamin kepada orang yang dijamin atas sesuatu transaksi
Contoh Muhammad menjadi penjamin kepada Ahmad yang membuat pembiayaan daripada sebuah bank
  • رَهْن
Maksud Menggadaikan sesuatu barang sebagai jaminan terhadap hutang
Contoh Maimunah menggadaikan gelang emas kepada bank bagi mendapatkan pinjaman daripada bank