Kemuliaan Berdikari

9  Kemuliaan Berdikari
 
Baca Hadis dengan Betul

: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ:

لأَنْ يَحْتَطِبَ أَحَدُكُمْ حُزْمَةً عَلَى ظَهْرِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ أَحَدًا فَيُعْطِيَهُ أَوْ يَمْنَعَهُ

Maksud: Jika seseorang daripada kamu mengumpul kayu api dan menanggungnya di atas belakangya (untuk dijual) pasti lebih baik daripada dia meminta-minta kepada seseorang, lalu orang itu memberi kepadanya atau menolaknya.

Potongan Hadis Maksud
أَنْ يَحْتَطِبَ أَحَدُكُمْ حُزْمَةً عَلَى ظَهْرِهِ Jika seseorang daripada kamu mengumpul kayu api dan menanggungnya di atas belakangya (untuk dijual)
خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ أَحَدًا Pasti lebih baik daripada dia meminta-minta kepada seseorang
فَيُعْطِيَهُ أَوْ يَمْنَعَهُ Lalu orang itu memberi kepadanya atau menolaknya.
 
Konsep Berdikari
  • Berdikari bermaksud berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain.
  • Contoh berdikari:
    • Menggunakan potensi diri yang dikurniakan oleh Allah seperti kekuatan tubuh badan dan kecerdikan akal.
    • Membebaskan diri daripada bergantung pada pihak lain demi memelihara maruah dan kemuliaan diri.
    • Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan.
    • Berazam dengan hemah yang tinggi untuk meningkatkan kualiti diri masyarakat dan Negara.
    • Meyakini kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu tugas.
 
Imej ini menunjukkan carta alir yang menerangkan ‘Kelebihan Berdikari.’ Carta ini dibahagikan kepada empat kategori utama: Agama, Ekonomi, Pendidikan, dan Kemasyarakatan. Setiap kategori mempunyai penerangan ringkas: 1. **Agama**: Menjadikan Islam dipandang tinggi kerana umatnya rajin berusaha. 2. **Ekonomi**: Mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal. 3. **Pendidikan**: Melahirkan modal insan yang berkeupayaan tinggi melalui penerokaan ilmu dan kemahiran. 4. **Kemasyarakatan**: Memperkasakan daya saing masyarakat untuk mempertingkatkan taraf kehidupan.
 
Amalan
Doa Memohon Keluasan Rezeki

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاك

Maksud: Ya Allah, cukupkan untukku dengan rezeki yang halal tanpa yang haram dan tidak bergantung kepada rezeki daripada sesiapa selainMu.

Pengajaran Hadis
  • Kita hendaklah memandang mulia kepada pekerjaan yang halal walaupun hasilnya sedikit.
  • Kita hendaklah mencari ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik.
  • Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan mengikut keupayaan agar hidup dirahmati.