7: Dakwah Pemacu Kemajuan

7  Dakwah Pemacu Kemajuan
Baca dengan betul, lancar dan bertajwid

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًۭا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحًۭا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ ٣٣

(Fussilat : 33)

 
Maksud Dakwah

Maksud dakwah adalah menyeru supaya melakukan perkara yang diperintah oleh Allah SWT dan meninggalkan larangannya

 
Tuntutan Ayat
  • Berdakwah
mengajak dan menyeru manusia supaya takut kepada Allah SWT dengan pendekatan terbaik
  • Beramal Soleh
Amalan soleh ialah perbuatan baik yang dilakukan mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Menjadikan Islam sebagai cara hidup
melaksanakan ajaran Islam dalam semua bidang kehidupan
 
Pengajaran ayat
  • Kita hendaklah berdakwah mengikut keupayaan masing-masing kerana dakwah ialah sunnah Rasulullah
  • Kita hendaklah beramal soleh supaya menjadi contoh kepada orang lain
  • Kita hendaklah menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna