6: Larangan Mempersendakan Agama

6  Larangan Mempersendakan Agama
Baca dengan betul, lancar dan bertajwid

وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِۦٓ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌۢ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِىٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَآ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ أُبْسِلُوا۟ بِمَا كَسَبُوا۟ ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ

(سوره الأنعام , 6: اية 70)                                                                                                                                                                                        

 
Bentuk perbuatan mempersendakan agama
  1. Berasa bangga mempersendakan nama Allah SWT
  2. Mengejek dan menghina sunnah Rasulullah
  3. Menghina golongan ulama' dan orang soleh
  4. Mentafsir Al-Quran mengikut hawa nafsu dan logik akal semata-mata
  5. Menyanjung perbuatan maksiat
  6. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal
 
Cara menjaga kesucian Islam
  • Memperkasakan program keilmuan berbentuk bimbingan di semua lapisan masyarakat
  • Mencontohi keperibadian mulia Rasulullah SAW
  • Meningkatkan kualiti ibadah fardu dan sunnah
  • Mengamalkan tuntutan amar ma'ruf nahi mungkar
 
Kesan mempersendakan agama
  • Boleh membatalkan iman
  • Tidak dipandang oleh Allah SWT diakhirat
  • Tidak mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat
 
Pengajaran ayat
  • Kita hendaklah menjauhkan diri daripada golongan yang mempersendakan agama
  • Kita hendaklah sentiasa memberikan peringatan kepada orang yang mempersendakan agama berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Kita hendaklah menyedari perbuatan mempersendakan agama akan diazab oleh Allah SWT
  • Kita hendaklah mempertahankan kesucian Islam dengan pendekatan yang terbaik