5: Memahami Sunnatullah

5  Memahami Sunnatullah
Baca dengan betul, lancar dan bertajwid

قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ (١٣٧)
هَـٰذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ (١٣٨)
وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ (١٣٩)

(Surah Ali Imran ayat 137-139)

 
 
Sebab turun ayat 139
  • Ibn 'Abbas RA berkata: Ketika para sahabat Nabi Muhammad SAW mengalami kekalahan dalam perang uhud, lalu Rasulullah SAW berdoa: "Ya Allah janganlah engkau biarkan mereka menewaskan kami, ya Allah tiada daya melainkan  kekuatanmu, ya Allah tiada lagi yang akan menyembahmu kecuali kumpulan kami ini, maka bantulah kami". Lalu turunlah ayat ini
(وهبة الزحيلي, التفسير المنير)
 
Konsep Sunnatullah
  • Sunnatullah bermaksud sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap semua makhluk dan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut
 
Sunnatullah meliputi perkara berikut
  • Sunnatullah bersifat tetap dan kekal dengan izin Allah

                      سُنَّةَ ٱللَّهِ فِى ٱلَّذِينَ خَلَوْا۟ مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ ٱللَّهِ تَبْدِيلًا

  • Sunnatullah merangkumi semua makhluk

                      ۩ وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلَـٰلُهُم بِٱلْغُدُوِّ وَٱلْـَٔاصَالِ

Sunnatullah berasaskan konsep sebab, musabbab dan akibat

أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُزْجِى سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُۥ ثُمَّ يَجْعَلُهُۥ رُكَامًا فَتَرَى ٱلْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَـٰلِهِۦ وَيُنَزِّلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن جِبَالٍ فِيهَا مِنۢ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِۦ مَن يَشَآءُ وَيَصْرِفُهُۥ عَن مَّن يَشَآءُ ۖ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِۦ  يَذْهَبُ بِٱلْأَبْصَـٰرِ

 
Kepentingan mengkaji sejarah umat terdahulu

Dapat mengenal pasti sebab kejayaan umat terdahulu

Contoh Sebab kejayaan Akibat
  • Kaum Nabi Yusuf AS
  • Menyimpan bekalan semasa musim menuai atas nasihat nabi Yusuf
  • Selamat menghadapi kemarau panjang 7 tahun

Dapat mengetahui sebab kemusnahan umat terdahulu

Contoh Sebab kemusnahan Akibat
  • Kaum Lut (Umat Nabi Lut)
  • Ingkar perintah Allah dan mengamalkan homoseks
  • Bumi diterbalikkan

Dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan dengan berpegang teguh pada akidah yang benar dan berakhlak mulia

 
Kesan Memahami Sunnatullah
  • Merancang strategi dengan teliti dalam setiap tindakan
  • Menerima ketetapan Allah SWT dengan bersikap positif
  • Membentuk jati diri dan semangat jihad yang tinggi
 
Pengajaran Ayat
  • Kita hendaklah meyakini bahawa Allah SWT telah mengatur kehidupan manusia bersesuaian dengan peraturan dan ketetapan
  • Kita hendaklah menjadi pengembara di muka bumi supaya dapat mengetahui dan menyelidiki sunnatullah
  • Kita hendaklah menjaga keimanan agar beroleh kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT