3: Hukum Mad Silah, Mad Lazim dan Qalqalah

3  Hukum Mad Silah, Mad Lazim dan Qalqalah
Mad Silah
  • Mad yang terdapat selepas huruf ha' dhomir (ه) yang bergaris kasrah (bawah) atau berbaris dhommah (depan).
 
Mad Silah Qasirah Mad Silah Towilah
  • Ha' dhamir (ه) terletak diantara dua huruf berbaris bertemu huruf hija'iyah selain ء pada dua kalimah berlainan
  • Cara bacaan: 2 harakat

Contoh: ولايئوده حفظهما

  • Ha' dhamir  (ه) terletak antara dua huruf berbaris bertemu dengan ء pada dua kalimah berlainan
  • Cara bacaan: 4 atau 5 harakat

Contoh: يحسب أن ما له أخلده

 
Mad Lazim
  • Huruf mad bertemu dengan huruf yang bertanda sukun ketika bacaan secara wasal atau waqaf.
  • Cara bacaan: 6 harakat
 
Kalimi
  • Huruf mad bertemu dengan huruf bertanda sukun dalam satu kalimah.
 
Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf Mad Lazim Kalimi Muthaqal
  • Huruf mad bertemu dengan huruf bertanda sukun yang tidak bersyaddah dalam satu kalimah dan tidak dibaca secara idgham

Contoh:  ءَآلْـَٔـٰنَ

  • Huruf mad bertemu dengan huruf bertanda sukun yang bersyaddah dalam satu kalimah dan dibaca secara idgham

Contoh:   وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

 
Harfi
  • Huruf mad yang terdapat pada فواتح السور bertemu huruf yang bertanda sukun yang ejaannya jadi hukum mad asli
 
Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Mad Lazim Harfi Muthaqal
  • Huruf mad yang terdapat pada فواتح السور bertemu huruf bertanda sukun yang tidak dibaca secara idgham

Contoh: الٓمٓ

  • Huruf mad yang terdapat pada فواتح السور bertemu huruf bertanda sukun yang dibaca secara idgham

Contoh: صٓ

 
Qalqalah
  • Bunyi lantunan ketika menyebut huruf qalqalah
  • ب, ج, د, ق, ط
 
Qalqalah Sughra Qalqalah Kubra
  •  Huruf qalqalah yang berbaris sukun pada pertengahan atau pada hujung kalimah ketika bacaan secara wasal
  • Cara bacaan: bunyi lantunan yang rendah ketika menyebut huruf qalqalah yang berbaris sukun

Contohnya: فِى جِيدِهَا حَبْلٌ مِّن مَّسَدٍۭ

  • Huruf qalqalah yang berbaris sukun atau sukun yang mendatang berada pada hujung kalimah ketika bacaan secara waqaf
  • Cara bacaan: bunyi lantunan kuat ketika menyebut huruf qalqalah ketika waqaf

Contohnya: قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

                   

 
 Qalqalah Akbar
  • Huruf qalqalah yang berbaris syaddah pada hujung kalimah ketika bacaan secara waqaf
  • Cara bacaan: bunyi lantunan lebih kuat ketika menyebut huruf qalqalah ketika waqaf

Contohnya: تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ