26: Adab Berkomunikasi

26  Adab Berkomunikasi
 
 
 
1. Maksud Komunikasi
Bahasa Perhubungan
Istilah Perhubungan antara dua individu atau lebih secara langsung atau melalui perantaraan seperti e-mel, surat, radio, dan telefon
 
 
2. Prinsip Komunikasi Islam
1. Qaulan Sadida

Kata-kata yang

  • benar
  • jujur
  • tidak berbohong
  • tidak berbelit-belit
2. Qaulan Baligha

Kata-kata yang

  • efektif
  • tepat mengenai sasaran
  • memberi kesan kepada jiwa
3. Qaulan Ma'rufa

Kata-kata yang

  • baik
4. Qaulan Karima

Kata-kata yang

  • mulia
5. Qaulan Layina

Kata-kata yang

  • lemah-lembut
6. Qaulan Maysura

Kata-kata yang

  • mudah difahami
 
 
3. Adab Berkomunikasi
1. Tidak melalaikan daripada melakukan ibadah dan tanggungjawab
  • Menjaga solat
  • Tugasan
  • Perintah ibu bapa
2. Menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan
  • Kata-kata yang penuh hikmah
  • Mengandungi nasihat yang baik
Menjauhi perdebatan dan gurauan yang berlebihan
3. Kesesuaian masa dan tempat

Mengelak penggunaan gajet semasa

  • Di masjid
  • Menunggang motorsikal
  • Kunjungan hari raya
4. Memastikan kesahihan maklumat
  • Mengamalkan prinsip "siasat sebelum sebar"
  • Tidak mencetuskan maklumat palsu
  • Menjauhi perkataaan dusta dan bohong
.5 Tidak menyebarkan fitnah dan membuka aib

Menghindarkan

  • gosip
  • kutukan
  • mengadu domba
  • memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak digemari
 
 
4. Hikmah Beradab ketika Berkomunikasi
Hikmah terhadap Individu 1. Meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat membezakan antara baik dengan buruk.
2. Melahirkan individu yang berakhlak muia yang dapat menjadi contoh kepada orang lain.
3. Dapat menyelesaikan masalah dengan mudah kerana saling bertolak ansur.
4. Mendapat keredhaan Allah SWT kerana mengamalkan adab yang mulia.
5. Dipandang tinggi oleh masyarakat lain kerana berperibadi unggul.
Hikmah terhadap Masyarakat 1. Hidup dalam keadaan aman dan harmoni kerana sifat persamaan yang ditunjukkan.
2. Menjauhi salah faham supaya masyarakat dapat hidup bersatu-padu.
3.
  • Menimbulkan kemesraan
  • Mengukuhkan perpaduan
kerana saling bertoleransi.
4. Dapat bertukar-tukar pendapat supaya masyarakat maju dan makmur.