25: Syukur Penyubur Iman

25  Syukur Menyubur Iman
 
 
1. Maksud Syukur
Bahasa Pujian
Istilah Menzahirkan pujian kepada Allah SWT terhadap nikmat yang dikurniakan serta mematuhi semua perintahNya
 
 
2. Dalil Naqli Berkenaan Sifat Bersyukur
Surah Al-Baqarah, ayat 152 Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur. فَاذْكُرُوْنِيْٓ اَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا لِيْ وَلَا تَكْفُرُوْنِ ࣖ  
Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah RA Seorang yang makan dan dia bersyukur atas nikmat itu, maka dia diberi pahala sama seperti orang berpuasa yang sabar.

إِنَّ لِلطَّاعِمِ الشَّاكِرِ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ مَا لِلصَّائِمِ الصَّابِرِ

(رواية البخاري)

 
 
3. Contoh Sifat Bersyukur Rasulullah SAW
 
1. Rasulullah SAW berqiamulail sebagai tanda bersyukur
  1. Baginda SAW solat malam hingga kedua-dua kakinya bengkak
  2. Saidatina Aisyah bertanya "Mengakap Engkau melakukan hal ini, wahai Rasulullah, sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang?"
  3. Baginda menjawab "أَفَلَا أَكُونَ عَبْدًا شَكُورًا." ("Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?")
2. Sebutlah "Jazakallah Khair"
  1. Rasulullah SAW sentiada menyeru umatnya supaya sentiasa bersyukur
  2. Sama ada sesama manusia atau kepada Pencipta
  3. Usamah bin Zaid RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa yang diberikan sesuatu kebaikan, maka katakan kepada orang yang berbuat baik itu "Jazakallah khair" ("Semoga Allah SWT membalasmy dengan kebaikan")
  4. Sesungguhnya hal tersebut membuktikan kesungguhnya dalam berterima kasih
 
 
4. Cara dan Contoh Bersyukur
Melalui hati 1. Yakin bahawa nikmat yang diterima adalahdaripada Allah SWT
2. Ingat dan memuji Allah SWT
3. Bersangka baik dengan Allah SWT
4. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT
Melalui lisan 1. Sebut dan memuji Allah SWT dengan berzikir
2. Berdoa agar Allah SWT mengurniakan sifat syukur
3. Menghapuskan terima kasih kepada manusia
4. Bercakap perkara-perkara yang baik
Melalui perbuatan 1. Menunaikan amalan-amalan fardhu dengan tekun dan istiqamah
2. Memperbanyakkan amalan bersedekah
3. Melakukan suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangannya
4. Melakukan sujud syukur nikmat atau terlepas daripada musibah
 
 
5. Ciri-ciri Orang yang Bersyukur
 
  1. Rajin dan tekun beribadah
  2. Bersngka baik dengan kejayaan orang lain
  3. Sentiasa berasa qana'ah dengan kurniaann Allah SWT
  4. Menjadi seorang yang pemurah
  5. Sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT
 
 
 
6. Hikmah Bersyukur
1. Hidup dalam keredhaan dan rahmat Allah SWT kerana sentiasa beramal soleh
2. Dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana kesungguhan menjalankan perinta Allah SWT
3. Dimurahkan rezeki dan bertambah nikmat kerana sentiasa redha dengan qadha' dan qadar Allah SWT
4. Selamat daripada azab Allah SWT kerana bertambahnya keimanan dalam diri