24: Qanaah Hiasan Peribadi

24  Qana'ah Hiasan Peribadi
 
 
 
1. Maksud Qana'ah
Bahasa Redha
Istilah Berasa cukup dan redha dengan nikmat kurniaan Allah SWT
 
 
2. Dalil Naqli Berkenaan Sifat Qana'ah
Hadis Rasulullah SAW, daripada Abdullah bin 'Amru RA Sesungguhnya berjayalah orang yang memeluk Islam, dan dikurniakan rezeki yang mencukup dan Allah SWT menjadikannya redha dengan nikmat pemberianNya.

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ الله تَعَالَى
بِمَا آتَاه

(رواية مسلم)

Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah RA Kekayaan itu bukanlah dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah dengan kaya jiwa (hati yang selalu berasa cukup).

لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى
النَّفْسِ

(متفق عليه)

 
 
3. Contoh Sifat Qana'ah Rasulullah SAW
 
1. Rasulullah SAW baring di atas tikar daun
  1. Saidina Umar bin Al-Khattab RA pernah menemui Nabi SAW
  2. Baginda sedang berbaring di atas tikar daun tanpa beralaskan apa-apa, hingga berbekas badannya
  3. Saidina Umar RA menangis melihat keadaan Rasulullah SAW
  4. Nabi SAW bertanya "Mengapa kamu menangis wahai Ibn Al-Khattab?"
  5. "Wahai Rasulullah SAW, Kisra dan Qaisar menetap di istana mereka yang megah, adakah begini keadaanmu wahai Rasulullah?"
  6. Baginda menjawab " Tidakkah engkau redha bagi mereka dunia dan bagi kita akhirat?"
2. Rasulullah SAW dan keluarganya tidak makan mewah
  1. Rasulullah SAW sekeluarga tidak pernah makan makanan yang mewah seperti roti yang diperbuat daripada gandum halus, apatah lagi makan hingga kekenyangan
  2. Pernah berbulan-bulan di rumah baginda tiada sesuatu untuk di masak
  3. Apabila Saidatina Aisyah RA ditanya "Apakah yang menjadi makanan kalian?"
  4. Beliau menjawab "Dua benda hitam", iaitu kurma dan air
 
 
4. Ciri Sifat Qana'ah
 
  1. Beriman dengan sesungguhnya bahawa Allah SWT bersifat Ar-Razzaq
  2. Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT
  3. Sentiasa sabar dan redha menerima ketentuan Allah SWT
  4. Hidup secara bersederhana dan tidak boros
  5. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup
  6. Selalu bertawakkal kepada Allah SWT
  7. Tidak iri hati terhadap nikmat yang dimiliki orang lain
 
 
 
5. Salah Faham tentang Sifat Qana'ah
1. Tidak berdrama atau bersedih dengan alasan belum menjadi kaya
2. Malas berusaha untuk meningktakan kesejahteraan hidup dengan alasan sudah suratan takdir
3. Tidak berusaha memberikan sumbangan kepada negara sebaliknya memikirkan tentang sumbangan negara kepada diri sendiri
 
 
6. Hikmah Bersifat Qana'ah
1. Kehidupan menjadi tenteram

Hadis:

  • Orang yang dengki: orang yang paling banyak berduka
  • Orang yang bersifat qana'ah: orang yang paling tenang dalam kehidupan
2. Kemuliaan diri terpelihara
  • Kehormatan seseorang mukmin adalah pada solat malam
  • Kemuliaannya adalah pada ketidakbergantungannya kepada manusia
3. Memupuk sifat sabar dan syukur

Pesanan Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah RA:

  • Jadilah orang yang wara'
    • Jadilah sebaik-baik ahli ibadah
    • Jadilah orang qana'ah
      • Engkau akan menjadi seorang yang paling bersyukur
4. Kasih sayang sesama anggota masyarakat menjadi erat
  • Orang bersifat qana'ah memiliki rasa tanggungjawab terhadap masyarakat
  • Hadis:
    • Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri