23: Pemaaf Melunakkan Hati

23  Pemaaf Melunakkan Hati
 
 
 
1. Maksud Pemaaf
Bahasa Melepaskan atau membebaskan
Istilah Melepaskan seseorang daripada kesalahan dan membebaskan daripada hukuman
 
 
2. Dalil Naqli
Surah Al-Baqarah, ayat 237 ...dan perbuatan kamu memberi kemaafan itu lebih hampir kepada taqwa...

...

وَاَنْ تَعْفُوْٓا اَقْرَبُ لِلتَّقْوٰىۗ   

...

Surah Al-Imran, ayat 134 Iaitu orang yang mendermakan (hartanya) pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya serta orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah menyayangi orang yang melakukan kebaikan. الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ فِى السَّرَّۤاءِ وَالضَّرَّۤاءِ وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَۚ 
Hadis Rasulullah SAW, daripada Abdullah bin 'Amru Kasihilah sesama kamu, nescaya kamu akan dikasihi, dan maafkanlah (kesalahan manusia) nescaya kamu akan diampunkan Allah SWT...

ارْحَمُوا تُرْحَمُوا وَاغْفِرُوا يَغْفِرِ الله لَكُمْ ...

(رواية أحمد)

 
3. Contoh Sifat Pemaaf Rasulullah SAW
 
1. Rasulullah SAW dan penduduk Kota Tha'if
  1. Usaha dakwah Rasulullah SAW ke negeri Tha'if telah ditolak secara terang oleh pemimpin Qabilah Thaqif yang menghuni Kota Tha'if
  2. Baginda telah dihina dan dilontar dengan batu sehingga berdarah dan luka teruk
  3. Allah SWT telah mengutus malaikat Jibril dan malaikat penjaga gunung untuk meinmpakan gunung ke atas penduduk Tha'if
  4. Baginda menjawab "Wahai Jibril, jangan lakukannya! Biarlah aku bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah SWT akan melahirkan daripada zuriat mereka orang-orang yang beriman kepada Allah SWT".
  5. Baginda mendoakan penduduk Tha'if "Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui".
  6. Rasulullah SAW sentiasa berlapang dada memaafkan kesalahan orang lain.
2. Habbar dan Zainab RA
  1. Habbar telah memanah unta yang dinaikki oleh Saidatina Zainab RA semasa dalam perjalanan ke Madinah sehingga menyebabkan unta itu jatuh
  2. Saidatina Zainah RA terhembun dari atas unta hingga gugur kandungannya
  3. Habbar datang menemui Rasulullah SAW di Madinah untuk memohon maaf
  4. Baginda memaafkannya
  5. Habbar memeluk Islam
 
4. Adab dan Cara Memohon dan Memberi Kemaafan
 
Memohon Kemaafan Memberi Kemaafan
  • Bersegera memohon maaf
  • Bertemu muka dan bersalaman
  • Mengaku kesalahan tanpa alasan
  • Memulangkan hak atau abarang diambil
  • Berazam tidak mengulangi kesalaan
  • Ikhlas memohon kemaafan
  • Memaafkan kesalahan tanpa diminta
  • Melupakan kesalahan orang terhadapnya
  • Berdoa memohon hidayah dan keampunan untuk orang yang melakukan kesalahan
  • Bersangka baik terhadap orang yang memohon kemaafan
  • Mengelakkan diri daripada bersifat dendam
  • Ikhlas memberi kemaafan
 
5. Hikmah Bersikap Pemaaf
 
Kepada Individu Kepada Masyarakat
  1. Memberi ketenangan jiwa
  2. Disenangi oleh orang lain
  3. Mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT
  4. Menzahirkan keunggulan peribadi muslim
  1. Hidup dalam suasana harmoni
  2. Mengangkat imej umat Islam
  3. Mewujudkan sikap toleransi dalam kalangan masyarakat
  4. Menarik minat orang bukan muslim untuk mendalami Islam