22: Tokoh Sahabat

22  Tokoh Sahabat
 
 
1. Bilal bin Rabah RA (Tokoh Keilmuan)
 
1.1 Riwayat Hidup Bilal bin Rabah
 
Nama Bilal bin Rabah RA
Kuniyah Abu Abdullah
Nama ibu Hamamah
Asal Habsyah
Wafat
Tempat Damsyik
Tahun 20 Hijrah
Zaman Khalifah Umar Al-Khattab
Usia 63 tahun
Bukti keimanan 1. Antara 7 orang yang terawal Menzahirkan keislaman
2. Tetap beriman walaupun diseksa
  • Oleh tuannya, Umaiyah bin Khalaf
  • Sehingga dibeli dan dibebaskan
    • Oleh Abu Bakar As-Siddiq.
  Dilantik menjadi mu'azzin pertama dalam Islam
4. Banyak menyertai peperangan
  • Badar
  • Uhud
 
1.2 Iktibar daripada Keimanan Bilal bin Rabah
 
No. Subjek Isi Huraian
1. Kita hendaklah mempertahankan akidah Islam
  • dengan segala kekuatan
  • agar tidak mudah terpesong daripada ajaran yang sebenar.
2. menjauhkan diri daripada fahaman yang sesat, menyeleweng dan melampau.
3. memainkan peranan aktif dalam aktiviti keagamaan agar ajaran Islam yang sebenar dapat ditingkatkan.
 
 
2. Mu'az bin Jabal RA (Tokoh Keilmuan)
 
2.1 Riwayat Hidup Mu'az bin Jabal RA
 
Nama Mu'az bin Jabal RA
Kuniyah Abu Abdul Rahman
Nama ibu Hind binti Sahl
Keturunan
  • Bani Salmah
  • Golongan Ansar
Wafat
Tempat Syam
Tahun 18 Hijrah
Zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab
Usia 33 tahun
Bukti keilmuan 1. Antara sahabat yang paling alim

dalam ilmu:

  • halal & haram
  • Al-Quran
2. Dilantik oleh Rasulullah SAW sebagai pakai rujuk
  • Al-Quran & feqah
  • Di Mekkah dan Yemen
3. Salah seorang sahabat yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah SAW
4. Abu Bakar dan Umar RA melantiknya sebagai penasihat

urusan hukum hakam agama

5. Abu Bakar dan Umar RA mengiktiraf keilmuannya dalam bidang feqah
 
2.2 Iktibar daripada Keilmuan Mu'az bin Jabal RA
 
No. Subjek Isi Huraian
1. Kita hendaklah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang alim dalam bidang yang dipelajari.
2. mengamalkan ilmu yang dipelajari agar menjadi umat yang cemerlang.
3. menyebarkan ilmu yang dipelajari
  • agar dapat dimanfaatkan oleh orang lain
  • agar menjadi saham akhirat yang berkekalan.
 
 
3. Abdul Rahman bin 'Auf RA (Tokoh Ekonomi)
 
3.1 Riwayat Hidup Abdul Rahman bin 'Auf RA
 
Nama Abdul Rahman bin 'Auf RA
Kuniyah Abu Muhammad
Nama ibu Asy-Syifa' binti 'Auf bin Abd bin Al-Harith
Keturunan
  • Bani Zuhrah bin Kilab
  • Golongan Muhajirin
Wafat
Tempat Madinah
Tahun 32 Hijrah
Zaman Khalifah Uthman RA
Usia 72 tahun
Tempat dikebumikan Al-Baqi'
Bukti ketokohan 1. Berusaha dengan kemahiran dan modal yang ada

Tanpa mengambil kesempatan daripada ihsan orang lain

Contoh:

  • Tawaran sejumlah wang yang banyak oleh Sa'ad bin Al-Rabi'
2. Keuntungan yang diperoleh Dikongsi dengan orang lain
3. Hartawan yang bersikap zuhud dan tawadhu'
 
3.2 Iktibar daripada Abdul Rahman bin 'Auf RA dalam Bidang Ekonomi
 
No. Subjek Isi Huraian
1. Kita hendaklah berniaga dengan jujur dan amanah agar rezeki diberkati Allah SWT.
2.

mengeluarkan 

  • zakat
  • sedekah
  • infak
  • wakaf
untuk meransang perkembangan ekonomi Islam.
3.

berusaha untuk

  • menjadi pemilik perniagaan
  • pengeluar produk
kerana usaha ini ialah jihad ekonomi.
 
 
4. Khalid bin Al-Walid RA (Tokoh Kepahlawanan)
 
41. Riwayat Hidup Khalid Al-Walid RA
 
Nama Khalid bin Al-Walid RA
Kuniyah Abu Sulaiman
Nama ibu Lubayah As-Sughra binti Al-Harith ibn Harb
Keturunan Bani Makhzum
Wafat
Tempat Hams
Tahun 21 Hijrah
Zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab RA
Usia 60 tahun
Bukti Kepahlawanan 1. Banyak menyertai peperangan pada zaman Rasulullah SAW
  • Mu'tah
  • Fatah Mekkah
  • Hunain
2.

Dalam peperangan Mu'tah

  • Semua penglima sudah syahid
  • Beliau mengambil initiatif untuk memimpin tentera Islam
  • Strategi peperangan telah membawa kemenangan
  • Beliau digelar "Saifullah" (pedang Allah) oleh Rasulullah SAW
3. Abu Bakar RA melantiknya sebagai penglima

Menentang nabi-nabi palsu

  • Musailamah Al-Kazzab
    • Perang Yamamah

Menentang tentera Parsi

  • Perang Zat As-Salasil

Menentang tentera Rom

  • Perang Yarmuk
 
4.2 Iktibar daripada Kepahlawanan Khalid bin Al-Walid RA
 
No. Subjek Isi Huraian
1. Kita hendaklah bersedia berkorban mempertahankan agama Islam.
2. menyusun strategi dengan baik agar memperoleh kejayaan.
3. berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkan ajaran Islam yang sebenar.