13: Beriman kepada Hari Akhirat

 
13  Beriman Kepada Hari Akhirat
 
 
1. Maksud Beriman Kepada Hari Akhirat
 
Yakin kewujudan hari kehancuran seluruh alam semesta dan kebangkitan semua yang kekal abadi untuk menerima pembalasan sama ada syurga atau neraka
 
 
 
2. Dalil Naqli Kewajiban Neriman Kepada Hari Akhirat
Surah An-Nisa’, ayat 136 Wahai orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan kepada kitab yang diturunkan kepada rasulNya, serta kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesiapa yang ingkar kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, dan hari kemudian, makan sesungguhnya dia telah sangat jauh tersesat. يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اٰمِنُوْا بِاللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ وَالْكِتٰبِ الَّذِيْ نَزَّلَ عَلٰى رَسُوْلِهٖ وَالْكِتٰبِ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ ۗوَمَنْ يَّكْفُرْ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلٰلًا ۢ بَعِيْدًا
 
3. Nama Lain Bagi Hari Akhirat
 
  1. Yaumul Qiamah
  2. Yaumud Din
  3. Yaumul Hisab
 
4. Perkara yang Berkaitan dengan Hari Akhirat
 
4.1: Pahala dan Dosa
Pahala Dosa

Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT

kepada orang yang mematuhi perintahNya

dan meninggalkan laranganNya

Surah Al-Imran, ayat 148:

  • Terdapat pahala dunia dan pahala akhirat
  • Allah SWT mengasihi orang yang berbuat kebaikan

Balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT

kepada orang yang melanggar laranganNya

Surah Al-Imran, ayat 11:

  • Orang yang mendustakan kalam Allah SWT akan diseksa, kerana dosa-dosa mereka
 
4.2: Kematian dan Alam Barzakh
Kematian Alam Barzakh

Perpisahan antara roh dengan jasad

Surah Al-Imran, ayat 185:

  • Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati

Alam pemisah antara dunia dengan akhirat

  • Selepas berlaku kematian
  • Roh manusia ditempatkan di sini

Surah Al-Mu’minun, ayat 100:

  • Alam barzakh adalah tempat kita sehingga hari kebangkitan semula
 
4.3: Tanda Kecil dan Tanda Besar Hari Kiamat

4.3.1: Tanda-tanda kecil:

  1. Kurang bilangan para ulama'
  2. Kejahilan berleluasa
  3. Tersebarnya perzinaan dan arak
  4. Banyak binaan bangunan pencakar langit
  5. Amanah dikhianati
  6. Banyak berlaku perperangan
  7. Negara Arab dipernuhi sungai dan taman menghijau
  8. Orang jahil dilantik menjadi pemimpin
 
4.3.2: Tanda-tanda besar:
 
No. Tanda-tanda besar Huraian
1.

Kemunculan Imam Mahdi

  • Nama sebenar: Muhammad bin Abdullah
  • Keturununan Rasulullah SAW
  • Untuk memimpin umat Islam
2. Keluarnya dajjal
  • Mengaku dirinya sebagai Tuhan
  • Menyesatkan manusia
3. Turunnya Nabi Isa AS
  • Akan membunuh dajjal
  • Mematahkan salib
  • Membunuh khinzir
  • Menghapuskan jizyah
  • Memerintah dunia dengan aman
4. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  • Melakukan kerosakan dan keganasan di bumi
  • Sehingga mereka dibinasakan oleh Allah SWT
    • Dengan wabak penyakit yang terkena pada tengkuk mereka
5. Matahari terbit dari sebelah barat Tanda pintu taubat ditutup
6. Keluar makhluk "Dabbah Al-Ardh"
  • "Binatang yang melata"
  • Pada waktu dhuha
7. Keluar asap "Ad-Dukhan" Meliputi manusia seluruhnya
8. Berlaku gempa bumi Di timur, barat dan semenanjung Tanah Arab
9. Keluar api dari negeri Yemen Menghalau manusia ke tempat perhimpunan di Syam
 
4.4: Kemusnahan Alam dan Kebangkitan Semula
Kemusnahan alam Kebangkitan semula

Kemusnahan seluruh ciptaan Allah SWT

  • Langit dan bumi, dan semua makhluk
  • Berlaku selepas tiupan sangkakala pertama, ditiup oleh Malaikat Israfil

Kehidupan semula makhluk yang telah mati

  • Apabila ditiup sangkakala kali ke-2 oleh Malaikat Israfil

Surah Az-Zumar, ayat 68:

  • Apabila tiupnya sangkakala pertama
    • Matilah makhluk-makhluk di langit dan bumi
    • Kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah
  • Kemudian ditiup sangkakala kedua
    • Serta-merta mereka bangun berdiri, menunggu
 
4.5: Perhimpunan di Mahsyar
Mahsyar

Tempat perhimpunan semua makhluk yang dihidupkan semula dan dibangkitkan daripada kubur mereka

Surah Qaf, ayat 44:

  • Pada hari bumi terbelah untuk mereka segera keluar
  • Perbuatan menghimpunankan mereka di Padang Mashsyar adalah mudah bagi Allah SWT
 
4.6: Hisab
"Hisab" / perhitungan amalan

 

Perbicaraan terhadap amalan manusia

  • Setelah menerima buku catatan amalan
  • Sama ada dari sebelah kanan atau kiri, mengikut amalan masing-masing

Surah Al-Ghasyiah, ayat 25-26

  • Sesungguhnya Allah SWT telah kembalikan mereka
  • Sesungguhnya Allah SWT akan menghitung amalan mereka
 
4.7: Mizan
Mizan

Penimbang amalan

  • Disediakan oleh Allah SWT
  • Menimbang amalan baik dan buruk manusia
  • Keputusan timbangan menentukan tempat seseorang, sama ada syurga atau neraka

Surah Al-Qariah, ayat 6-9:

  • Ada orang yang berat timbangan amalan baik
    • Dia berada dalam hidup yang senang-lenang
  • Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baik
    • Tempat kembalinya adalah neraka ‘hawiyah’
 
4.8: Titian Sirat
Sirat

Titian

  • Merentang di atas neraka
  • Antara mahsyar menuju ke syurga

Riwayat Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:

  • Sirat direntangkan di antara dua belah tiang neraka
  • Rasulullah SWT orang yang pertama, bersama umatnya yang akan menyeberanginya
 
4.9: Syurga dan Neraka
Syurga Neraka

Tempat yang penuh dengan nikmat

  • Disediakan untuk golongan yang beriman dan beramal soleh

Surah Al-Baqarah, ayat 82:

  • Orang yang beriman dan beramal soleh:
    • Ahli syurga
    • Kekal di dalamnya

Tempat yang dipenuhi dengan azab

  • Disediakan untuk golongan kekafiran dan orang yang melanggar perintah

Surah Al-Baqarah, ayat 39:

  • Orang kafir dan orang yang mendustakan Al-Quran:
    • Ahli neraka
    • Kekal di dalamnya

Nama-nama syurga:

  1. Jannatul Firdaus
  2. Jannatul Ma'wa
  3. Jannatul Naim
  4. Jannatu 'Adni
  5. Darus Salam
  6. Darul Khuldi
  7. Darul Muqamah
  8. Darul Muttaqin
  9. Darul Qarar
  10. Maqamun Amin

Nama-nama neraka:

  1. Jahannam
  2. Lazha
  3. Huthamah
  4. Sa'ir
  5. Saqar
  6. Jahim
  7. Hawiyah
  8. Nar As-Samum
  9. Sijjin
  10. An-Nar
 
5. Kesan Beriman Kepada Hari Akhirat
Aqidah 1. Meninggalkan maksiat kerana yakin bahawa segala amalan akan dibentangkan dan dihisab pada hari akhirat.
2. Akan segera bertaubat setelah melakukan maksiat supaya dapat mengelakkan diri daripada api neraka Allah SWT.
Ibadah 1. Sentiasa memperbanyakkan amalan soleh kerana yakin bahawa Allah SWT akan menghitung amalan manusia.
2. Mematuhi syariat Islam dalam semua bidang kehidupan supaya dapat masuk ke dalam syurga Allah SWT.
Akhlak Islamiah 1. Bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan supaya mudah melalui titian sirat.
2. Bersifat amanah dalam sesuatu pekerjaan kerana yakin setiap amalan akan ditimbang oleh Allah SWT.
3. Sanggup berkorban masa, harta dan jiwa supaya dapat menerima suratan amalan dengan tangan kanan.