12: Beriman kepada Rasul

12  Beriman Kepada Rasul
 
 
 
UNIT 1: KONSEP KENABIAN
 
1.1: Maksud Beriman Kepada Rasul
 
  • Meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan para nabi dan rasul kepada umat manusia
  • Meyakini pengutusan 25 orang rasul yang disebut dalam Al-Quran secara khusus
 
 
 
1.2: Pengertian Nabi dan Rasul
Nabi Rasul

Lelaki pilihan Allah SWT

Dikurniakan wahyu

Tidak diperintah untuk menyampaikannya kepada orang lain Diperintah untuk menyampaikan kepada umat
 

Kewajiban Setiap Muslim untuk beriman kepada Rasul

  • 25 orang rasul yang disebut dalam Al-Quran
  • Bermula dari Nabi Adam AS hingga Nabi Muhammad SAW
  • Semua membawa ajaran tauhid dan seruan untuk mentauhidkan Allah SWT
 
1.3: Dalil Naqli Beriman kepada Rasul
Surah Al-Baqarah, ayat 285 Rasulullah SAW telah beriman kepada apa-apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhan, dan juga orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya dan para rasulNya. (katanya) “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lan daripada rasul-rasulNya”... اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهٖ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ  كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖۗ  لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهٖ ۗ
Hadis Rasulullah SAW, daripada Saidina Umar Al-Khattab ...bahawa kamu beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhirat, dan kamu beriman kepada qadar Allah terhadap perkara yang baik dan buruk.

...أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ

(متفق عليه)
 

1.4: Sifat-sifat Nabi: Wajib, Mustahil, Harus

Sifat Wajib Sifat Mustahil

Siddiq

Benar dalam percakapan dan perbuatan

Kazib

Bohong percakapan atau perbuatan

Amanah

Amanah, jujur, terpelihara daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT

Khianat

Melakukan larangan Allah SWT

Tabligh

Menyampaikan suatu ajaran Allah SWT yang diwahyukan kepada mereka

Kitman

Menyembunyikan wahyu walaupun sedikit

Fathonah

Bijaksana semasa dakwah dan memberikan keterangan dan hujah

Baladah

Bodoh
 

Sifat harus:

  • Memiliki sifat manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat kenabian dan kerasulan mereka
    • Makan, tidur, berkahwin, suka, duka, sihat, letih, sakit
 
1.5: Hikmah Rasul Dipilih dalam Kalangan Manusia
No. Hikmah Huraian
1. Menunjukkan contoh ikutan yang sempurna
  • kerana rasul lebih mengetahui keperluan manusia
  • manusia tidak boleh menolaknya dengan alasan ‘tidak mampu’
2. Menunjukkan kemuliaan mausia
  • yang dipilih sebagai khalifah di muka bumi
  • berbanding dengan makhluk lain
3. Manusia lebih mudah beriman kepada rasul apabila dapat membuktikan kerasulan melalui mukjizat
4. Menjadi ujian kepada manusia

sama ada:

  • mengakui kebenaran rasul yang diutuskan
  • mendustakan kebenaran rasul yang diutuskan
 
1.6: 'Ismah Rasul
Maksud 'Ismah Rasul
Bahasa Terpelihara daripada sesuatu yang buruk
Istilah

Pemeliharaan Allah SWT terhadap para rasul daripada melakukan dosa dalam apa bentuk sekalipun, sama ada dosa besar atau kecil

 
1.7: Mukjizat
Maksud Mukjizat
Bahasa

Yang melemahkan

Istilah Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran dan kerasulan mereka
 
Jenis Mukjizat
Jenis mukjizat Hissiyyah Maknawiyyah

Dapat dikesan dengan pancaindera

Difahami dengan pemikiran dan pemerhatian berdasarkan ilmu

Tempoh kekal
  • Tidak berkekalan
  • Mukjizat berlaku/diberi ketika rasul tersebut masih hidup
Kekal (khalidah) hingga ke hari kiamat
Contoh
Rasul Mukjizat
Nabi Salleh AS Seekor unta yang sempurna sifatnya keluar daripada batu
Nabi Musa AS
  • Tongkatnya bertukar menjadi ular yang menelan jelmaan ular tukang sihir firaun
  • 12 mata air terpancar daripada batu yang dipukul dengan tongkatnya
Nabi Isa AS
  • Membuat burung daripada tanah, yang hidup dengan izin Allah SWT apabila ditiup
  • Menyembuhkan orang buta dan sopak setelah menyapu dengan tangannya
Nabi Muhammad SAW
  • Peristiwa Isra’ dan Mi’raj
  • Membelah bulan dengan isyarat tangan sehingga penduduk Mekkah dapat melihatnya dengan jelas

Al-Quran

  • Sentiasa membuktikan kebenaran Rasulullah SAW dan ajaran Islam
 
1.8: Ulul 'Azmi
Maksud Ulul 'Azmi

Rasul yang mempunyai kecekalan dan ketabahan hati untuk menghadapi ujian dalam dakwah

 
1.8.1: Rasul-Rasul Ulul 'Azmi
No. Rasul Ujian Kecekalan
1. Nabi Nuh AS
  • Berdakwah selama 950 tahun
    • Tetapi hanya sebahagian kecil umatnya beriman
    • Kebanyakkan umatnya kufur, termasuk isteri dan seorang anaknya
2. Nabi Ibrahim AS
  • Dijatuhkan hukuman bakar oleh Namrud
  • Dihalau daripada tanah air sendiri
  • Diperintah oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya (Nabi Ismail AS)
3. Nabi Musa AS
  • Berhadapan dengan Firaun yang zalim
  • Berhijrah ke Palestin
    • Bersama Bani Israel yang degil dan ingkar
4. Nabi Isa AS
  • Ditentang oleh orang Yahudi
    • Sehingga mereka merancang untuk membunuhnya
      • Allah SWT menyelamatkan baginda dengan mengangkatnya ke langit
5. Nabi Muhammad SAW
  • Berhadapan tenteangan
    • Musyrikin Quraisy di Mekkah
    • Yahudi dan munafiqin di Madinah/Yathrib
 
1.8.2: Tugas-tugas Rasul
No. Tugas Huraian
1. Menjadi saksi terhadap manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT
2. Menyampaikan berita
  • orang beriman: gembira
  • orang kafir: sengsara
3. Menjadi contoh teladan yang terbaik
  • kepada umat manusia
  • dalam semua aspek kehidupan
4. Menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata
 
1.8.3: Kesan beriman kepada Rasul
No. Kesan Huraian
1. Bersyukur kepada Allah SWT

kerana mengutuskan rasul

untuk membimbing manusia ke arah kebenaran
2. Mencintai dan memuliakan rasul

yang membawa rahmat daripada Allah SWT

dan menyampaikannya dengan penuh kesabaran
3. Mencontohi Rasulullah SAW dalam semua aspek kehidupan
4. Mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kerana mematuhi ajaran Rasulullah SAW
 
UNIT 2: SIRAH RINGKAS 25 RASUL
 
No. Rasul Sirah
1. Nabi Adam AS
  • Nabi yang pertama
  • Digelar “Abu Basyar” sebagai manusia yang pertama dicipta
  • Berhadapan dengan iblis yang cuba menyesatkan baginda hingga ke anak cucunya
2. Nabi Idris AS
  • Generasi ke-5 keturunan Nabi Adam AS
  • Kelebihan:
    • Pandai dalam ilmu penulisan
    • Pandai dalan ilmu jahitan
3. Nabi Nuh AS
  • Berdakwah selama 950 tahun
    • Hanya sebahagian kecil daripada umatnya beriman
  • Membina bahtera untuk menyelamatkan orang beriman daripada banjir besar
4. Nabi Hud AS
  • Diutuskan kaum: ‘Ad di Ahqaf, Yemen
  • Akibat kaum menolak dakwah: angin “sarsar” yang sangat sejuk dan kencang
5. Nabi Salleh AS
  • Diutuskan kaum: Thamud, di Hijr, Arab Saudi
  • Mukjizat: mengeuarkan seekor unta daripada celah batu
    • Kaum Thamud membunuh unta tersebut
  • Akibat kaum: dimusnahkan dengan suara pekikan dari langit
6. Nabi Ibrahim AS
  • Digelar “Abu An-Nabiyya”
    • Ramai nabi dan rasul lahir daripada keturunannya
  • Berhadapan dengan Namrud (raja yang kafir dan zalim), di Babylon, Iraq
  • Membawa isteri dan anaknya (Nabi Ismail AS) ke semenanjung Tanah Arab dengan perintah Allah SWT
  • Ujian Allah SWT: Diperintah untuk menyembelih Nabi Ismail (berumur remaja)
    • Peristiwa yang menjadi syiar dalam ibadah korban
7. Nabi Luth AS
  • Anak saudara Nabi Ibrahim AS
  • Diutuskan kaum: Sa’adom, di kawasan Laut Mati, Jordan
    • Mengamalkan jenayah liwat
  • Akibat kaum:
    • Diturunkan hujan batu
    • Menterbalikkan bumi
8. Nabi Ismail AS
  • Dihantar ke bumi Mekkah oleh bapanya
    • Bersama ibunya (Saidatina Hajar)
    • Ketika masih kecil
  • Membantu bapanya membina Kaabah
Keturunannya melahirkan Nabi Muhammad SAW
9. Nabi Ishak AS
  • Dilahirkan oleh Saidatina Sarah, isteri pertama Nabi Ibrahim AS
  • Diutuskan kaum: Kan’an, Palestin
  • Keturunannya melahirkan nabi dan rasul Bani Israel
10. Nabi Yaaqob AS
  • Anak kenapa Nabi Ishak AS
  • Maksud namanya
    • “Israel”
    • “hamba Allah”
  • Dikurniakan 12 orang putera yang mengembangkan keturunan Bani Israel
    • Keturunannya adalah asal usul Bani Israel
11. Nabi Yusuf AS
  • Anak Nabi Yaaqob AS
  • Dilahirkan di Iraq
  • Kelebihan:
    • Ketampanan paras rupa
    • Ilmu mentafsir mimpi
  • Mentafsirkan mimpi raja Mesir
    • Peristiwa kemarau yang akan berlaku
      • Dapat menyelamatkan ekonomi Mesir
12. Nabi Syuib AS
  • Keturunan Nabi Ibrahim AS
  • Diutuskan kaum: Madyan
    • Mengamalkan penipuan dalam urusan sukatan dan timbangan ketika jual beli
  • Akibat kaum: gempa bumi
13. Nabi Ayob AS
  • Keturunan Nabi Ibrahim AS
  • Ujian:
    • Kehilangan harta
    • Kematian anak
    • Sakit yang lama
  • Berkat kesabaran: Allah SWT menyembuhkan penyakitnya
14. Nabi Zulkifli AS
  • Anak Nabi Ayob AS
  • Namanya disebut dalam Al-Quran bersama Nabi Ismail AS, Nabi Idris AS, Nabi Ilyas AS
  • Antara nabi yang tinggi kesabarannya ketika berdakwah
15. Nabi Musa AS
  • Dilahirkan di Mesir, waktu Firaun melancarkan arahan untuk bunuh semua anak lelaki Bani Israel
    • Allah SWT mengilhamkan ibunya, Maryam untuk menghanyutkannya ke Sungai Nil
  • Berdakwah kepada Firaun supaya beriman kepada Allah SWT
    • Firaun menentangnya dan pengikutnya
    • Mengejarnya hingga ke Laut Merah
    • Nabi Musa AS diwahyukan untuk memukul laur dengan tongkatnya
      • Laut terbelah menjadi laluan yang selamat untuknya dan pengikutnya
16. Nabi Harun AS
  • Saudara Nabi Musa AS
  • Kelebihan:
    • Kepetahan berbicara
  • Dilantik sebagai pembantu Nabi Musa AS dalam berdakwah
17. Nabi Daud AS
  • Keturunan Nabi Yaaqob AS
  • Menjadi raja di Palestin
  • Kelebihan:
    • Suara yang merdu
    • Kemahiran melembutkan besi
  • Terkenal dengan amalan berpuasa selang sehari
18. Nabi Sulaiman AS
  • Anak Nabi Daud AS
  • Kelebihan:
    • Menguasai angin, jin dan haiwan dalam pemerintahannya
  • Kehebatannya: menawan empayar Saba’
19. Nabi Ilyas AS
  • Keturunan Nabi Harun AS
  • Diutuskan kaum: Bani Israel yang menyembah berhala Ba’al
  • Dakwahnya ditentang:
    • Mereka membuat perancangan membunuh baginda
  • Akibat kaum: kemarau yang panjang
20. Nabi Ilyasa AS
  • Sahabat setia Nabi Ilyas AS
    • Setelah Nabi Ilyas AS wafat, baginda dilantik sebagai rasul
    • Menyambung perjuangan Nabi Ilyas AS
21. Nabi Yunus AS
  • Diutuskan kaum: Nainawa di Iraq
  • Dakwahnya diingkari
  • Baginda keluar dari Nainawa dengan menumpang sebuah kapal yang sarat dengan muatan
    • Kapal tersebut dilanda taufan di tengah laut
    • Undian dilakukan untuk mengurangkan beban kapal
    • Baginda dicampakkan ke dalam laut dan ditelan oleh ikan nun
    • Baginda sentiasa bertasbih kepada Allah SWT ketika dalam perut ikan nun
      • Allah SWT mengeluarkannya
      • Baginda kembali semula ke kaumnya untuk berdakwah
22. Nabi Zakaria AS
  • Keturunan Nabi Daud AS
  • Diutuskan kaum: Bani Israel di Palestin
  • Dikurniakan anak: Nabi Yahya AS ketika usianya sudah lanjut
  • Membesarkan Saidatina Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa AS)
  • Wafat kerana dibunuh raja yang zalim
23. Nabi Yahya AS
  • Anak Nabi Zakaria AS
  • Ibu baginda, Asyia binti Imran: saudara perempuan Saidatina Maryam
  • Dihukum bunuh bersama bapaya kerana menentang raja yang zalim
24. Nabi Isa AS
  • Rasul terakhir dari Bani Israel
  • Mukjizat:
    • Dilahirkan tanpa bapa
    • Kebolehan bercakap ketika masih bayi
      • Untuk mempertahankan kebenaran ibunya
    • Diangkat oleh Allah SWT ke langit
      • Ketika peristiwa cubaan membunuh baginda
  • Menyeru kaumnya untuk mengesakan Allah SWT
    • Pengikut setianya digelar “Al-Hawariyyun”
25. Nabi Muhammad SAW
  • Keturunan Quraisy: kabilah yang paling mulia daripada keturunan Nabi Ismail AS
  • Gelaran baginda:
    • Al-Amin
    • Khatam An-Nabiyyin
    • Sayyidul Mursalin
  • Diutuskan kepada seluruh umat manusia hingga ke akhir zaman
  • Mukjizat terbesar: Al-Quran