11: Allah S.W.T Maha Kaya Pengurnia Rezeki

11  Allah SWT Maha Kaya Pengurnia Rezeki
 
 
UNIT 1: AL-GHANI
 
1.1: Maksud Al-Ghani
Maksud Al-Ghani
Bahasa Tidak memerlukan kepada yang lain
Istilah Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Kaya dan tidak memerlkan kepada sesuatu yang lain
 
1.2: Dalil Naqli Nama Allah SWT Al-Ghani
Surah Muhammad, ayat 38 ...dan Allah jua yang Maha Kaya dan kamulah yang memerlukan (kurniaanya)...

...

وَاللّٰهُ الْغَنِيُّ

وَاَنْتُمُ الْفُقَرَاۤءُ

...

Surah Luqman, ayat 12 ...dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada diriNya, dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyuku, maka sesungguhnya Allah Maha kaya lagi Maha Terpuji.

...

وَمَنْ يَّشْكُرْ فَاِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهٖۚ وَمَنْ كَفَرَ فَاِنَّ اللّٰهَ غَنِيٌّ حَمِيْدٌ  

 

1.3: Bukti Allah SWT Al-Ghani

  1. Allah SWT menguasai seluruh makhluk di langit dan di bumi
  2. Semua makhluk sentiasa berhajat kepada Allah
  3. Allah SWT tidak berhajat kepada ketaatan makhluk
  4. Allah SWT mencukupkan keperluan makhluk dengan kurniaannya
 
UNIT 2: AR-RAZAQ
 
2.1: Maksud Ar-Razaq
Maksud Ar-Razaq
Bahasa Amat baik memberi rezeki
Istilah Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Pemberi Rezeki, Dia yang menjadikan rezeki dan mengurniakan kepada seluruh makhluk
 
2.2: Dalil Naqli Allah SWT Ar-Razaq
Surah Az-Zariat, ayat 58 Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja yang memberi rezeki, lagi yang Maha Kuat, kukuh kekuasaanNya. اِنَّ اللّٰهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِيْنُ  
 

2.3: Bukti Nama Allah SWT Ar-Razaq:

  1. Allah SWT memberi rezeki kepada seluruh makhluknya, i.e. manusia, haiwan, jin, tumbuh-tumbuhan
  2. Allah SWT berkusa melapangkan dan menyempitkan rezeki hamba-hambaNya
  3. Allah SWT berjanji menambahkan rezeki kepada hamba yang bersyukur