|
2.1 |
Sedekah Kunci Kebaikan |
|
|
Standard Pembelajaran:
- Membaca hadis dengan betul
- Menyatakan terjemahan hadis
- Menyatakan maksud sedekah
- Menjelaskan amalan sedekah yang dinyatakan dalam hadis
- Menerangkan kelebihan beramal dengan amalan sedekah yang dinyatakan dalam hadis
- Merumuskan pengajaran hadis dan menghubung kaitannya dengan kehidupan
- Proaktif memberi khidmat kepada orang lain secara beradab dan istiqamah
|
|
Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: |
|
|
Setiap sendi ditubuh badan manusia ialah sedekah baginya |
كُلُّ سُلَامَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ
|
Setiap hari yang terbit padanya matahari |
كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ
|
Kamu berlaku adil terhadap dua orang (yang bertelingkah) ialah sedekah |
تَعْدِلُ بَيْنَ
الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ
|
Dan kamu membantu seseorang menaiki tunggangannya |
وَتُعِينُ الرَّجُلَ فِي دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا
|
Atau kami mengangkat barang-barang ke atas tunggangannya ialah sedekah |
أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ
صَدَقَةٌ
|
Dan perkataan yang baik ialah sedekah |
وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ
|
Dan setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat ialah sedekah |
وَكُلُّ خُطْوَةٍ تَمْشِيهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ
|
Dan kamu mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan ialah sedekah. |
وَتُمِيطُ
الْأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ.
|
|
|
(متفق عليه) |
|
Maksud sedekah |
Bahasa |
Pemberian |
Istilah |
Sesuatu pemberia yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT |
|
|
**Semua perkara baik adalah sedekah |
|
Amalan sedekah yang dinyatakan dalam hadis dan kebaikannya: |
|
Amalan |
Kebaikan |
1. Berlaku adil dalam tindakan
2, Mendamaikan orang yang bertelingkah
|
- Menghalang kedua-dua pihak daripada melanggar perintah Rasulullah SAW (tidak berterusan bertelingkah sehingga 3 hari)
- Mententeramkan kedua-dua belah pihak
|
3. Membantu orang menaiki kenderaan
4. Membantu orang mengangkat barang ke dalam kenderaan
|
- Memberi keselesaan kepada orang yang memerlukan bantuan
- Meringankan beban orang lain
- Contoh orang yang boleh dibantu:
- warga emas
- pesakit
- ibu mengandung
- orang kurang upaya
|
5. Mengucapkan perkataan yang baik |
- Menenangkan hati pendengar
- Menampilkan imej dan peribadi yang disenangi
- Menyuburkan budaya komunikasi yang berkesan
- Mengelakkan berlakunya pertelingkahan
|
6. Berjalan untuk menunaikan solat |
- Menuju ke masjid dalam keadaan berwudhu'
- Meningkatkan darjat
- Dihapuskan dosa
- Diberi cahaya sempurna di dalam kegelapan akhirat kerana berjalan dalam kegelapan subuh
- Berpeluang melaksanakan sedekah yang lain
- Mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan
- Dapat mengamalkan gaya hidup sihat
|
7. Mengalihkan sesuatu yang berbahaya dijalan |
- Menunjukkan keimanan kepada Allah SWT
- Mengurangkan risiko kemalangan
- Memberikan keselesaan kepada pengguna yang lain
|
|
|
Lima tingkatan sedekah
- Bersedekah dengan duit
- Jika tidak mampu: bekerja sehingga mampu untuk bersedekah
- Jika tidak mampu: membantu orang yang dalam kesusahan
- Jika tidak mampu: menyuruh kepada kebaikan
- Jika tidak mampu: menahan diri daripada melakukan keburukan
|
|
Pengajaran Hadis: |
|
Subjek |
Isi |
Huraian |
Sebagai umat Islam, kita hendaklah |
sentiasa memanfaatkan masa, tenaga dan kemahiran yang ada untuk membantu orang lain |
agar menjadi orang bertaqwa. |
mendamaikan orang yang bertelingkah |
kerana setiap mukmin bersaudara. |
membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barang-barangnya |
agar Allah SWT meringankan urusan kita. |
sentiasa bercakap hal-hal yang baik |
kerana itu merupakan tanda keimanan kita kepada Allah SWT dan hari akhirat. |
sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid |
kerana amalan besar fadhilatnya. |
berusaha untuk mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan |
agar tidak memudharatkan orang lain. |
|
|