09: Sedekah Kunci Kebaikan

9  Sedekah Kunci Kebaikan
 
 
 
Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
   
Setiap sendi ditubuh badan manusia ialah sedekah baginya

كُلُّ سُلَامَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ

Setiap hari yang terbit padanya matahari

كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ

Kamu berlaku adil terhadap dua orang (yang bertelingkah) ialah sedekah

تَعْدِلُ بَيْنَ

الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ

Dan kamu membantu seseorang menaiki tunggangannya

وَتُعِينُ الرَّجُلَ فِي دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا

Atau kami mengangkat barang-barang ke atas tunggangannya ialah sedekah

أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ

صَدَقَةٌ

Dan perkataan yang baik ialah sedekah

وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ

Dan setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat ialah sedekah

وَكُلُّ خُطْوَةٍ تَمْشِيهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ

Dan kamu mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan ialah sedekah.

وَتُمِيطُ

الْأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ.

 
(متفق عليه)
 
Maksud sedekah
Bahasa Pemberian
Istilah Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
 
**Semua perkara baik adalah sedekah
 
Amalan sedekah yang dinyatakan dalam hadis dan kebaikannya:
 
Amalan Kebaikan

1. Berlaku adil dalam tindakan

2, Mendamaikan orang yang bertelingkah

  • Menghalang kedua-dua pihak daripada melanggar perintah Rasulullah SAW (tidak berterusan bertelingkah sehingga 3 hari)
  • Mententeramkan kedua-dua belah pihak

3. Membantu orang menaiki kenderaan

4. Membantu orang mengangkat barang ke dalam kenderaan

  • Memberi keselesaan kepada orang yang memerlukan bantuan
  • Meringankan beban orang lain
  • Contoh orang yang boleh dibantu:
    • warga emas
    • pesakit
    • ibu mengandung
    • orang kurang upaya
5. Mengucapkan perkataan yang baik
  • Menenangkan hati pendengar
  • Menampilkan imej dan peribadi yang disenangi
  • Menyuburkan budaya komunikasi yang berkesan
  • Mengelakkan berlakunya pertelingkahan
6. Berjalan untuk menunaikan solat
  • Menuju ke masjid dalam keadaan berwudhu'
    • Meningkatkan darjat
    • Dihapuskan dosa
  • Diberi cahaya sempurna di dalam kegelapan akhirat kerana berjalan dalam kegelapan subuh
  • Berpeluang melaksanakan sedekah yang lain
    • Mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan
  • Dapat mengamalkan gaya hidup sihat
7. Mengalihkan sesuatu yang berbahaya dijalan
  • Menunjukkan keimanan kepada Allah SWT
  • Mengurangkan risiko kemalangan
  • Memberikan keselesaan kepada pengguna yang lain
 
 
Lima tingkatan sedekah
 
  1. Bersedekah dengan duit
  2. Jika tidak mampu: bekerja sehingga mampu untuk bersedekah
  3. Jika tidak mampu: membantu orang yang dalam kesusahan
  4. Jika tidak mampu: menyuruh kepada kebaikan
  5. Jika tidak mampu: menahan diri daripada melakukan keburukan
 
 
 
Pengajaran Hadis:
 
Subjek Isi Huraian
Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa memanfaatkan masa, tenaga dan kemahiran yang ada untuk membantu orang lain agar menjadi orang bertaqwa.
mendamaikan orang yang bertelingkah kerana setiap mukmin bersaudara.
membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barang-barangnya agar Allah SWT meringankan urusan kita.
sentiasa bercakap hal-hal yang baik kerana itu merupakan tanda keimanan kita kepada Allah SWT dan hari akhirat.
sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid kerana amalan besar fadhilatnya.
berusaha untuk mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan agar tidak memudharatkan orang lain.