06: Generasi Unggul

6  Generasi Unggul
 

Surah At-Taubah : 100
100. Dan orang yang terdahulu, iaitu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan)

وَالسّٰبِقُوْنَ الْاَوَّلُوْنَ

Dalam kalangan orang Muhajirin dan Ansar

مِنَ الْمُهٰجِرِيْنَ وَالْاَنْصَارِ

Serta orang yang mengikuti mereka dengan kebaikkan

وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْهُمْ بِاِحْسَانٍۙ

Allah meredhai mereka dan mereka pulak meredhainya.

رَّضِيَ اللّٰهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ

Allah juga menyediakan untuk mereka syurga-syurga

وَاَعَدَّ لَهُمْ جَنّٰتٍ

Yang mengalir di bawahnya sungai-sungai

تَجْرِيْ تَحْتَهَا الْاَنْهٰرُ

Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

خٰلِدِيْنَ فِيْهَآ اَبَدًا ۗ

Itulah kemenangan yang besar.

ذٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمُ

 
Maksud Sahabat
Bahasa Yang mendampingi
Istilah Sesiapa yang berjumpa dengan Rasulullah SAW dan beriman kepadanya serta meninggal dunia dalam Islam.
 

Antara sahabat Rasulullah SAW adalah golongan Muhajirin dan Ansar:

Muhajirin Ansar
Penduduk Mekah

Penduduk Madinah

  • Qabilah Aus
  • Qabilah Khazraj
Beriman kepada Rasulullah SAW Beriman kepada Rasulullah SAW
Berhijrah ke Madinah dan tinggal di sana Membantu Rasulullah SAW dan golongan muhajirin ketika tiba di Madinah

Contoh:

  • Hamzah bin Abdul Mutalib
  • Abdullah bin Mas’ud
  • Ammar bin Yasir
  •  Asma’ binti Abu Bakar

Contoh:

  • 'Ubadah bin As-Samit
  • Sa'ad bin Ar-Rabi'
  • Anas bin Malik
  • Ummu Sulaim binti Milhan 
 

Pengiktirafan Allah SWT terhadap para sahabat:

  1. Diredhai Allah SWT
  2. Dijanjikan kemenangan
  3. Dipuji sifat lemah-lembut dan kasih sayang sesama mereka
  4. Allah SWT meningkatkan darjat para sahabat yang membelanjakan harta dan berjuang di jalan Allah SWT
 

Pengajaran Ayat:

Subjek Isi Huraian
Sebagai umat islam, kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba dalam urusan kebaikan agar kita menjadi seperti As-Sabiqun Awalun.
bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat kurniaan-Nya dengan menjauhi larangan supaya kita beroleh kesejahteraan yang berpanjangan.
mengelakkan diri daripada membenci dan menghina para sahabat kerana mereka ialah golongan yang diredhai Allah SWT.
berusaha dengan menjadikan amalan para sahabat sebagai contoh ikutan supaya mendapat syurga yang abadi.