04: Pancaindera Yang Dimanfaatkan

4  Pancaindera Yang Dimanfaatkan
 
 

Surah Al-A'raf : 179
179. Sesungguhnya Kami jadikan untuk penghuni neraka jahanam

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ

Ramai daripada golongan jin dan manusia.

كَثِيْرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْاِنْسِۖ

Mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami (ayat Allah SWT) dengannya

لَهُمْ قُلُوْبٌ لَّا يَفْقَهُوْنَ بِهَاۖ

Mereka mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat (bukti keesaan Allah SWT) dengannya

  وَلَهُمْ اَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُوْنَ بِهَاۖ

Serta yag mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) dengannya.

وَلَهُمْ اٰذَانٌ لَّا يَسْمَعُوْنَ بِهَاۗ

Mereka itu (diumpamakan) seperti binatang ternakan

اُولٰۤىِٕكَ كَالْاَنْعَامِ

Bahkan mereka lebih sesat lagi.

بَلْ هُمْ اَضَلُّ  ۗ

Mereka itulah orang yang lalai.

اُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْغٰفِلُوْنَ

 

Penghuni neraka:

  • Sebahagian besar adalah jin dan manusia
  • Semuanya bergantung kepada amalan mereka:
Masuk Syurga Masuk Neraka

Manusia yang beramal dengan:

  • Amalan baik
  • Berlandaskan keimanan kepada Allah SWT

Manusia yang beramal dengan:

  • Amalan buruk
  • Kufur kepada Allah SWT
 

Keadaan penghuni neraka:

  1. Diseret beramai-ramai ke neraka dalam keadaan tertiarap di atas mukanya
  2. Ingin hidup semula kerana tidak tertanggung dengan azab dan ingin melakukan amal soleh
  3. Muka menjadi hitam-legam akibat pendustaan mereka terhadap Allah SWT
  4. Orang yang menyeleweng dari jalan yang benar menjadi bahan bakar api neraka
  5. Orang munafiq dan kafir kekal di dalam neraka selama-lamanya atas kekufuran
 

Cara mencari kebenaran dengan memanfaatkan pancaindera:

Pancaindera Melakukan perkara ma'ruf Mencegah kemungkaran
Hati
  • Memahami ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasulullah SAW
  • Mengambil iktibar daripada tanda-tanda kebenaran Allah SAW sebagai pencipta melalui kejadian alam semesta
  • Berusaha membetulkan salah faham kandungan ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasulullah SAW
  • Berusaha menyedarkan manusia supaya tidak lalai daripada merenung tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang ada pada alam semesta
Mata
  • Melihat ciptaan Allah SWT untuk menambahkan keimanan
    • Contoh: gunung-ganang, laut
  • Berusaha menjauhkan diri daripada melihat perkara-perkara haram
Telinga
  • Mendengar ayat-ayat Al-Quran, hadith Rasulullah SAW dan zikir-zikir untuk menenangkan jiwa
  • Berusaha mengelakkan diri daripada mendengar perkara-perkara yang negatif
 

Pengajaran ayat:

Subjek Isi Huraian
Sebagai umat islam, kita hendaklah melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya supaya dijauhkan daripada neraka jahanam.
memanfaatkan hati, mata dan telinga kerana semuanya ialah amanah Allah SWT kepada manusia.

menzahirkan kelebihan manusia berbanding binatang ternakan dengan memanfaatkan pancaindera

untuk kebaikan di dunia dan akhirat.
mengelakkan diri daripada menjadi orang yang lalai agar tidak diazab oleh Allah SWT.