24: Riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w

24  Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW

Biodata Nabi Muhammad SAW
Nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim
Nama lain Ahmad, AlMahi, AlHasyir,AlA'qib
Tarikh dan Tempat Lahir 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah, di Mekah
Kuniyah Abu-Alqasim
Ibu  Aminah binti Wahab
Ibu Susuan Thuwaibah Al-Aslamiyah, Halimah As-Sa'diah
Pengasuh Asy-Syaima, Ummu Aiman
Isteri
  • Khadijah binti Khuwailid
  • Saudah binti Zama'h
  • Aisyah binti Abu Bakar
  • Hafsah binti Umar
  • Zainab binti Khuzaimah
  • Juwairiyah binti Al-Harith
  • Zainab binti Jahsyi
  • Ummu Salamah binti Abu Umayyah
  • Sofiyyah binti Huyai
  • Ummu Habibah binti Abu Sufyan
  • Maimunah binti Al-Harith
  • Mariah Al-Qibtiyah
Anak Al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kalthum, Fatimah
Tarikh dan Tempat Wafat 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah di Madinah

 

Kronologi Peristiwa Penting sebelum Kerasulan
Umur Peristiwa
Selepas kelahiran Baginda dipelihara oleh Halimatus Sa'diyah di perkampungan Bani SA'ad yang jauh daripada unsur negatif
2- 4 tahun Dada baginda dibelah oleh malaikat Jibril
4-6 tahun
  • Nabi Muhammad tinggal dengan ibu baginda
  • Ketika umur 6 tahun, baginda dibawa melawat kubur bapa baginda di Madinah
  • Ibu baginda meninggal di Abwak dalam perjalanan pulang ke Mekah
6-8 tahun
  • Nabi Muhammad dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Mutalib sehingga datuk baginda meninggal dunia
  • Selepas itu, nabi tinggal dengan bapa saudara baginda, Abu Thalib
12 tahun
  • Nabi Muhammad ikut Abu Talib ke Sham
  • Di pertengahan jalan, Abu Talib mendapat nasihat daripada Buhaira Ar-Rahib ketika di bandar Busra, sempadan Sham supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi
20 tahun
  • Baginda bersama-sama bapa-bapa saudara baginda menyaksikan Hilf Al-Fudhul, iaitu perjanjian untuk membela orang yang teraniaya dalam perniagaan
  • Baginda mengembala kambing bersama-sama dengan saudara sususan di perkampungan Bani Sa'as kemudian di Mekah

 

Iktibar
Nabi Muhammad SAW dididik oleh Allah SWT dengan kehidupan yang mencabar sebagai persediaan untuk dilantik menjadi seorang rasul yang agung

 

Berdagang ke Sham (25 Tahun)
  • Nabi Muhammad SAW berkecimpung dalam perniagaan diluar Kota Mekah Al-Mukarramah
  • Baginda berurusan dengan Saidatina Khadijah RAnha, seorang wanita Quraisy yang sangat berharta dan berhati mulia
  • Rasulullah membawa barang dagangan Saidatina Khadijah ke Sham dibantu oleh Maisarah, seorang pekerja lelaki Saidatina Khadijah
  • Semasa di Sham, Nabi Muhammad SAW menjalankan perniagaan dengan penuh jujur dan amanah
  • Akhirnya Nabi Muhammad SAW membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda

 

Iktibar
  • Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah Nabi Muhammad SAW seorang yang:
    • Menunaikan amanah
    • Mempunyai kerjaya
    • Mendapat kepercayaan masyarakat
    • Menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana

 

Berkahwin dengan Saidatina Khadijah RA (25 Tahun)
  • Sekembali Rasulullah kali kedua dari Sham, Saidatina Khadijah memutuskan untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW
  • Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan akhlak yang diceritakan Maisarah sudah cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi Muhammad SAW
  • Saidatina Khadijah menghantar salah seorang kawan rapatnya, Nafisah binti Munabbih untuk menyatkan hasrat beliau kepada Nabi Muhammad SAW
  • Nabi Muhammad SAW menerima hasrat mulia tersebut dan meminang Saidatina Khadijah RAnha melalui bapa saudaranya Amru bin Asad
  • Hasil perkahwinan dengan Saidatina Khadijah dikurniakan enam orang anak

 

Iktibar

Antara akhlak mulia Nabi Muhammad SAW yang menarik perhatian Saidatina Khadijah termasuklah:

  • Jujur
  • Menjaga adab dan batas pergaulan
  • Menghormati keluarga

 

Peristiwa Peletakan Hajarul Aswad (35 tahun)
  • Mekah dilanda banjir besar hingga meruntuhkan dinding Ka'bah
  • Qabilah Arab berpakat untuk membaik pulih Ka'bah
  • Nabi Muhammad SAW turut serta membantu
  • Ketika sampai masa untuk meletakkan semula Hajarul Aswad di penjuru Ka'bah, berlaku perebutan antara ketua qabilah sehingga hampir berlaku pertumpahan darah
  • Akhirnya Abu Umaiyah, seorang yang dihormati dalam kalangan qabilah Arab mengajukan cadangan yang diterima sebulat suara
  • Mereka bersedia menerima keputusan orang pertama yang masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu
  • Dengan takdir Allah, orang pertama yang memasukinya ialah Nabi Muhammad SAW
  • Semua yang melihat Nabi Muhammmad SAW masuk ke masjid berkata "Dialah As-Sadiq Al-Amin (orang yang benar lagi amanah)
  • Nabi Muhammad SAW menghamparkan ridak (selendang) baginda kemudian meletakkan hajarul aswad di tengah-tengahnya
  • Baginda meminta ketua-ketua qabilah memegang hujung ridak tersebut dan membawanya beramai-ramai ke penjuru Ka'bah
  • Lalu baginda mengambil hajarul aswad dan meletakkannya di tempat asal
  • Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan semua yang hadir berpuas hati

 

Iktibar

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad SAW:

  • Bersifat tawaduk
  • Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan
  • Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab
  • Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana
  • Mendamaikan kehidupan masyarakat

 

Peristiwa Penting selepas Kerasulan
Umur Peristiwa
40 tahun
  • Menerima wahyu pertama
  • Baginda bersendirian di gua hirak untuk beribadah dan memikirkan cara menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliyah
  • Baginda didatangi malaikat Jibril dalam bulan Ramadhan
  • Jibirl memeluk Nabi Muhammad SAW tiga kali dan menyuruh baginda membaca namun bagind menjawab baginda tidak tahu
  • Jibril mengajar wahyu pertama
  • Baginda menjalankan tugas dakwah setelah menerima perintah daripada Allah dengan gigih dan sabar
  • Dakwah yang disampaikan baginda mendapat sambutan masyarakat Arab terutama hamba abdi dan golongan yang lemah
  • Ada juga yang menentang dakwah Nabi Muhammad SAW

 

Iktibar

Pengajaran yang dapat diambil:

  • Tidak suka dengan kesesatan masyarakat
  • Beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT untuk memohon petunjuk
  • Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah
  • Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah
51 tahun
  • Israk dan Mikraj
  • Nabi Muhammad dibawa pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin
  • Dalam perjalanan, baginda ditunjukkan dengan pelbagai gambaran yang akan berlaku kepada umat baginda
  • Baginda menjadi imam solat kepada para nabi di Masjidil Aqsa
  • Baginda dibawa mikraj merentas tujuh lapisan langit sehingga ke Sidratul Muntaha
  • Baginda menghadap Allah dan menerima kefardhuan solat lima waktu
  • Baginda turun ke Mekah sebelum subuh dan menceriakan pengalaman baginda kepada penduduk Mekah

 

Iktibar

Peristiwa Israk Mikraj memberikan iktibar bahawa Nabi Muhammad SAW:

  • Menjalani Israk Mikraj dengan roh dan jasad
  • Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti ajaran para rasul sebelum baginda
  • Menerima kefardhuan solat secara terus daripada Allah SWT sebagai ibadah yang paling utama dalam Islam
  • Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan kebenaran

 

53 tahun
  • Hijrah ke Madinah dan pembentukan Islam
  • Orang Kafir menghalang dakwah Nabi Muhammad menerusi pelbagai cara
  • Sahabat diseksa dan dibunuh
  • Nabi Muhammd mendapat perintah daripada Allah bersama-sama sahabat untuk berhijrah ke Yathrib
  • Berlaku 13 tahun selepas kerasulan
  • Nabi Muhammad menyahut perintah Allah dengan mengharungi pelbagai ujian bersama-sama Saidina Abu Bakar
  • Baginda singgah di Quba dan bina masjid pertama
  • Akhirnya mereka berjaya sampai ke Madinah dengan selamat menerusi perancangan yang rapi
  • Baginda membina pemerintahan berteraskan wahyu
  • Baginda membina masjid Nabawi, mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, menggubal piagam Madinah sebagai asas pembentukan negara
  • Baginda bersama-sama kaum Muhajirin dan Ansar menghadapi tentangan musuh yang cuba menggugat keamanan Madinah dengan semangat juang yang hebat
  • Antara peperangan yang di[impin oleh Nabi Muhammad SAW termausklah peperangan Badar, Uhud, Khaibar,pembukaan Mekah dan Hunain

 

Iktibar

Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa hijrah dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW:

  • Nabi Muhammad sanggup berkorban demi mengakkan agama Allah
  • Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan penuh amanah
  • Baginda membentuk pemerintahan yang adil berteraskan wahyu
  • Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam terbaik

 

63 tahun
  • Kewafatan Rasulullah SAW
  • Dhuha, Isnin 12 Rabiul Awal, tahun 11 Hijrah
  • Nabi Muhammad SAW dijemput menemui Allah di rumah Saidatina Aisyah
  • Berita duka kewafatan Nabi Muhammad kekasih Allah menggemparkan penduduk Madinah
  • Jasad baginda dimakamkan di rumah Saidatina Aisyah

 

Iktibar
  • Nabi Muhammad SAW diutuskan Allah untuk memimpin manusia ke jalan yang benar
  • Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan demi ketinggian Islam
  • Baginda membentuk tamadunyang seimbang dan sempurna yang menjadi asas kecemerlangan tamadun hari ini
  • Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi Muhammad SAW yang tiada tolok banding