15: Beriman kepada Allah s.w.t

15  Beriman kepada Allah s.w.t

Maksud Iman

Bahasa: Membenarkan

Istilah: Membenarkan dengan hati bahawa Allah SWT Maha Pencipta, Pemilik, Pentadbir Alam dan Yang Berhak Disembah. Keyakinan ini dikuatkan dengan pengakuan lisan dan disempurnakan dengan kepatuhan kepada suruhan dan larangan Allah 

 

Rukun Iman
Beriman kepada Allah
Beriman kepada malaikat
Beriman kepada kitab
Beriman kepada rasul
Beriman kepada hari kiamat
Beriman kepada qada dan qadar

 

Maksud Beriman kepada Allah SWT yang Maha Pencipta, Pemilik, Pentadbir Alam dan yang berhak disembah
  • Allah yang mencipta dan memiliki alam ini sepenuhnya
  • Hanya Dia yang berkuasa mentadbir alam ini
  • Seluruh alam berada dalam kekuasaannya

 

Dalil Naqli

وَلِلّٰهِ مُلْكُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا يَخْلُقُ مَا يَشَاۤءُ وَاللّٰهُ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

(17: ٱلمائدة)

Dan milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa yang Dia Kehendaki. Dan Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.

(Al-Maidah: 17)

 

Kecintaan Mutlak kepada Allah SWT
 Seorang yang meyakini bahawa Allah Tuhan Maha Pencipta, Pemberi Rezeki dan Pentadbir Alam akan mengabdikan diri kepada Allah dan meletakkan kecintaan yang mutlak kepada Allah 
Ciri-ciri Orang Beriman Kesan Beriman
Mengesakan Allah SWT dalam ibadah
  • Mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT
  • Ikhlas dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT
Takut kepada Allah SWT
  • Menjauhi perkara mungkar
  • Bertaubat kepada Allah SWT atas dosa yang dilakukan
Mengesakan Allah SWT dalam berdoa
  • Yakin kepada kekuasaan Allah SWT
  • Berikhtiar dan bertawakal kepada Allah SWT
Cinta yang mutlak kepada Allah SWT
  • Taat dan patuh segala perintah Allah SWT
  • Berkorban demi ketinggian agama Allah SWT