08: Sabar Menghadapi Dugaan Kehidupan

8  Sabar Menghadapi Dugaan Kehidupan

Al-Baqarah Ayat 155-156 
 155.

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar,

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ وَالْاَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ

 156.

(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji‘un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).

اَلَّذِيْنَ اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ ۗ قَالُوْٓا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَۗ

 

Contoh Musibah
Perasaan takut
Kelaparan dan kebuluran
Kehilangan harta benda
Kematian orang yang disayangi
Kekurangan hasil tanaman

 

Cara Menghadapi Musibah Menurut Islam
Yakin dengan sepenuh hati bahawa musibah yang dihadapi ialah ketentuan dan takdir Allah SWT
Berbaik sangka dengan Allah bahawa setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya
Sentiasa tabah dan sabar serta mengharapkan pahala daripada Allah
Muhasabah diri dan berusaha menningkatkan ibadah seperti solat sunat, membaca Al-Quran dan berzikir

Banyakkan berdoa sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW, iaitu

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. اللَّهُمََّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Terjemahan: "Sesungguhnya kita milik Allah, dan sesungguhnya hanya kepada Allah kita dikembalikan. Ya Allah, berikanlah pahala dalam musibahku ini dan berikanlah ganti kepadaku yang lebih baik daripadanya."

(H.R Muslim)

 

Hikmah Di Sebalik Ujian
Menguji tahap keimanan manusia
Membezakan antara mukmin dengan kafir
Mendapat kesejahteraan dan rahmat Allah 
Mendapat petunjuk daripada Allah
Meningkatkan kekuatan dan megangkat darjat manusia
Mendapat kesejahteraan dan rahmat Allah

 

Pengajaran Ayat
Umat Islam hendaklah yakin bahawa setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya
Orang yang beriman perlulah menghadapi musibah dengan sabar dan tabah serta bertawakkal kepada Allah SWT
Kita seharusnya tidak mudah putus asa apabila menerima sesuatu ujian
Orang yang beriman mesti melazimi amalan berdoa ketika ditimpa musibah
Kita perlu meyakini balasan syurga dan pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambaNya yang sabar