16: Solatlah Sebelum Kamu Disolatkan

 
16   Solatlah Sebelum Kamu Disolatkan
 
Pengertian Solat Jenazah
Solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup terhadap orang Islam yang telah meninggal dunia.
 
  • Hukum: Fardu kifayah
  • Cara melaksanakan: Suant dilakukan secara berjemaah dan sah dilakukan secara bersendirian.
 
Gambar ini menunjukkan panduan niat solat jenazah. Di tengah-tengah, terdapat teks ‘Niat Solat Jenazah’. Di sekelilingnya, terdapat empat kotak yang mengandungi teks berikut: 1. ‘Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki’ 2. ‘Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan’ 3. ‘Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak lelaki’ 4. ‘Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan’ Di bahagian atas gambar, terdapat logo ‘Pandai’. Latar belakang gambar berwarna putih dengan beberapa corak berwarna biru
 

 

 
Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki
  • أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

    “Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
 
Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan
  • أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

    “Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
 
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki
  • أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

    “Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
 
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
 
Kaifiat Melaksanakan Solat Jenazah
 
  1. Berdiri bagi yang mampu.
  2. Berniat dalam hati ketika melafazkan takbiratul ihram.
  3. Membaca Al-Fatihah.
  4. Takbir yang ke-2.
  5. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W:
    • ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ

      Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, limpahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad S.A.W. (dan tambahkanlah kemuliannya) dan (limpahkanlah rahmat) kepada keluarga junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W.
  6. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W:
  7. Takbir yang ke-3.
  8. Berdoa untuk jenazah:
    • Jenazah lelaki.
      • أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

        Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya.
      • Jenazah perempuan.
        • اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

          Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya.
  9. Takbir yang ke-4
  10. Berdoa untuk jenazah:
    • Jenazah lelaki.
      • للَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ 

        Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah engkau hampakan kami daripada mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah engkau sesatkan kami sepeninggalannya dan ampunilah kami dan si mati.
    • Jenazah perempuan.
      • اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهَا

        Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah engkau hampakan kami daripada mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah engkau sesatkan kami sepeninggalannya dan ampunilah kami dan si mati.
  11. Memberi salam.
 
Rumusan
 
  • Umat Islam dituntut melaksanakan solat jenazah kerana solat inin merupakan tanggungjawab muslim yang hidup terhadap muslim yang meninggal dunia.
  • Amalan ini dapat melahirkan rasa keinsafan dalam diri.