15: Solat Sunat Aidilfitri dan Solat Sunat Aidiladha

15  Solat Sunat Aidilfitri dan Solat Sunat Aidiladha

 

Solat Sunat Aidilfitri Solat Sunat Aidiladha
Solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada 1 Syawal  bermula daripada terbit matahari dan berakhir apabila gelincir matahari Solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada 10 Zulhijjah bermula pada terbit matahari dan berakhir apabila gelincir matahari
 
  • Hukum : Sunat muakkad ( Sunat yang dituntut)
  • Cara melaksanakan: Sunat dilakukan secara berjemaah dan sah dilakukan secara bersendirian
  • Waktu afdal menunaikannya ketika matahari naik pada kadar segalah

 

 Panduan Solat Sunat Aidilfitri dan Aidiladha

  • Niat:
Solat Sunat Aidilfitri

صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini makmuman lilla’hi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala

 
Solat Sunat Aidiladha

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Bahasa rumi: Usalli sunnatan aidil adha rak’ataini makmuman lilla’hi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala

 
  • Rakaat Pertama:
    1. Bermula dengan takbiratul ihram serta niat.
    2. Membaca doa iftitah.
    3. Melafazkan takbir sebanyak 7 kali dan diselangi dengan bacaan tasbih: 
      • سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

    4. Membaca surah Al-Fatihah.
    5. Membaca surah (disunatkan membaca surah al-A'la).
    6. Menyempurnakan rakaat pertama sehinggan selesai.
  • Rakaat Kedua:
    1. Dimulai dengan takbir Intiqalat (takbir dipermulaan takbir kedua).
    2. Melafazkan takbir sebanyak 5 kali dan diselangi dengan bacaan tasbih.
    3. Membaca surah Al-Fatihah.
    4. Membaca surah (disunatkan membaca surah Al-Ghasyiyah).
    5. Menyempurnakan rakaat kedua sehinggan selesai.

Hikmah Solat Sunat Hari Raya:

  • Menunjukkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan umat Islam.
  • Mengagungkan kebesaran Allah.
  • Mengeratkan silaturrahim.
  • Mendidik diri supaya berdisiplin.
  • Menegakkan syiar Islam.
  • Menambah ilmu pengetahuan.
  • Melahirkan rasa syukur atas nikmat kurniaan Allah.

Rumusan:

  • Solat sunat dua hari raya mengandungi banyak hikmah dan sangat dituntut dalam Islam sehingga Rasullulah S.A.W. tidak pernah meninggalkannya.