14: Ibadah Puasa Pada Bulan Ramadan

 
14   Ibadah Puasa Pada Bulan Ramadan
 
Pengertian Puasa
Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat dan syarat-syarat tertentu.
 
Hukum Puasa
Wajib kepada orang yang cukup syarat.
 
Dalil Naqli
 

يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (Surah Al-Baqarah: Ayat 183)

 
Syarat Wajib Puasa
Islam
Berakal
Baligh
Mampu puasa
 
Syarat Sah Puasa
Islam
Mumaiyyiz
Berakal
Suci daripada haid, nifas dan wiladah
 
Rukun Puasa
  • Niat puasa hendaklah dilakukan pada malam hari hingga sebelum terbit fajar.
  • Lafaz niat puasa: نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ 
  • Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
  • Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka
 

 

 
Gambar ini menunjukkan infografik tentang sunat puasa. Terdapat lima amalan sunat yang disarankan: 1. Bersahur 2. Mentakhirkan sahur 3. Menyegerakan berbuka 4. Disunatkan berbuka dengan ruthab atau tamar 5. Berdoa sebelum berbuka Di tengah-tengah infografik terdapat ikon mentol lampu dengan tanda semak di dalamnya. Terdapat juga dua lampu hiasan di sebelah kiri atas gambar.
 
Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa
Gila, mabuk, atau pengsan sepanjang hari
Murtad
Memasukkan sesuatu kedalam rongga terbuka
Mengeluarkan air mani dengan sengaja
Haid, nifas, dan wiladah
Makan dan minum dengan sengaja
Muntah dengan sengaja
Melakukan jimak di siang hari
 
Hikmah puasa
 
Rohani
Meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan banyak melakukan amal kebaikan
Memupuk sifat mahmudah, seperti sabar dan jujur
Mencegah pelbagai penyakit
Merasai sebahagiaan penderitaan orang yang susah
 

 

 
Jasmani
Mendisiplinkan diri 
Mendidik diri mengawal hawa nafsu
Merehatkan organ dalam, menurunkan kadar lemak dan tekanan darah
 
Rumusan
 
  • Amalan puasa yang dilakukan dengan ikhlas dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan memberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.