5: Kefahaman Surah Al-Ma'un

 
5   Kefahaman Surah Al-Ma'un
 
Maksud Surah
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ(١)
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, فَذَٰلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلْيَتِيمَ(٢)
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ(٣)
 maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang - فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ(٤)
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ(٥)
orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ(٦)
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan وَيَمْنَعُونَ ٱلْمَاعُونَ(٧)
 
Surah Al-Ma'un
 
  • Diturunkan di mekah dan mengandungi 7 ayat
  • Surah yang ke-107
  • Al-Maun bermaksud Allah akan memberikan balasan terhadap orang yang tidak memberikan pertolongan kepada yang berhak menerimanya
 
Ciri-Ciri Orang yang Mendustakan Agama
 
  • Menindas dan zalim terhadap anak yatim
  • Tidak menggalakkan bersedakah terhadap orang miskin
 
Ciri-ciri Orang yang Ditimpa Kecelakaan Besar
 
  • Lalai dalam menunaikan solat
  • Orang yang suka menunjuk-nunjuk (riak)
 

 

 
Imej ini menunjukkan ilustrasi tentang kepentingan Surah Al-Maun. Di tengah-tengah, terdapat teks ‘Kepentingan Surah Al-Maun’. Di sekelilingnya, terdapat empat kotak dengan teks berikut: 1. ‘Lakukankan sesuatu amalan demi keredhaan Allah’ dengan ikon idea. 2. ‘Sentiasa berbuat baik terhadap anak yatim’ dengan ikon hati. 3. ‘Elakkan diri dari sifat-sifat tercela’ dengan ikon bintang. 4. Gambar seorang kanak-kanak mengangkat kedua-dua tangannya ke atas. Di sudut kiri atas, terdapat logo ‘Pandai’.