3: Hafazan: Surah Asy-Syarh

 
3  Hafazan Surah Al-Insyirah
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (١)
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ (٢)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ (٣)
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (٤)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا (٥)
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا (٦)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ (٧)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب (٨)