2: Tilawah Surah Ad-Duha

 
2   Tilawah Surah Ad-Duha
 
Maksud Surah
Demi waktu dhuha, وَٱلضُّحَىٰ(١)
Dan malam apabila ia sunyi-sepi - وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ(٢)
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik) مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ(٣)
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ(٤)
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ(٥)
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًۭا فَـَٔاوَىٰ(٦)
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? وَوَجَدَكَ ضَآلًّۭا فَهَدَىٰ(٧)
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? وَوَجَدَكَ عَآئِلًۭا فَأَغْنَىٰ(٨)
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ(٩)
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ(١٠)
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ(١١)
 

 

 
Imej ini memaparkan nota mengenai Surah Ad-Duha. Terdapat tajuk ‘Surah Ad-Duha’ di dalam kotak biru gelap. Di bawah tajuk, terdapat tiga poin penting yang ditulis dalam warna putih: 1. Duha ialah pertengahan waktu pagi (24 minit selepas terbit matahari). 2. Surah ini diturunkan di Mekah. 3. Mengandungi 11 ayat. Di sebelah kanan kotak, terdapat ilustrasi tangan yang sedang menulis dengan pen. Di bahagian bawah kiri, terdapat logo ‘Pandai’. Latar belakang imej berwarna putih dengan hiasan segi tiga biru gelap di keempat-empat penjuru.