1: Tilawah Surah Asy-Syarh

1   Tilawah Surah Al-Insyirah
 
Maksud Ayat
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (١)
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ (٢)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ (٣)
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (٤)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا (٥)
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا (٦)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ (٧)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب (٨)
 
Imej ini menunjukkan empat fakta mengenai Surah Asy-Syarh dalam bentuk bulatan yang dihubungkan dengan anak panah menuju ke bulatan tengah. Bulatan tengah berwarna biru gelap dengan teks ‘Surah Asy-Syarh’. Empat bulatan di sekelilingnya mengandungi maklumat berikut: 1. ‘Surah ini dikenali juga sebagai surah al-Insyirah atau alam-nasyrah’. 2. ‘Surah ini menerangkan nikmat Allah berikan kepada Rasulullah’. 3. ‘Merupakan surah yang ke-94’. 4. ‘Surah ini diturunkan di Mekah’. Di bahagian bawah bulatan tengah terdapat logo ‘Pandai’.