Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk Membuat Keputusan

 
Bab ini adalah tentang analisis penyata kewangan dan perbandingan prestasi.
 
1.1

Analisis Penyata Kewangan dan Perbandingan Prestasi

 
  Analisis Penyata Kewangan  
  Analisis yang dilakukan ke atas butir-butir dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan sesebuah perniagaan.  
     
 
Tujuan Analisis Penyata Kewangan
  • Membantu pihak pengurusan menilai prestasi perniagaan dan seterusnya membuat keputusan kewangan perniagaan.
  • Membantu pihak luar membuat keputusan mengenai kemudahan kredit.
  • Membantu pihak pelabur membuat keputusan yang berkaitan dengan pelaburan.
 
  Analisis Nisbah  
  Satu kaedah untuk menginterpretasikan data-data kewangan tertentu yang terdapat dalam penyata kewangan.  
     
 
Jenis-jenis Nisbah Kewangan
  • Nisbah Keberuntungan
  • Nisbah Kecekapan
  • Nisbah Kecairan
 
  Nisbah Keberuntungan  
  Mengukur kemampuan sesebuah perniagaan dalam memperoleh keuntungan.  
     
 

Nisbah Keberuntungan

  • Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan (Tokokan)
  • Peratus Untung Kasar atas Jualan (Margin Untung Kasar)
  • Peratus Untung Bersih atas Jualan (Margin Untung Bersih)
  • Pulangan atas Modal
 
  Nisbah Kecairan  
  Mengukur keupayaan perniagaan membuat pelbagai jenis pembayaran kepada pihak luaran seperti pembekal dan bank yang mana ia menunjukkan keadaan mampu bayar sesebuah perniagaan.  
     
 
Nisbah Kecairan
  • Nisbah Semasa
  • Nisbah Ujian Asid
 
  Nisbah Kecekapan  
  Mengukur kecekapan perniagaan mengurus inventori, mengutip dan membayar hutang.  
     
 
Nisbah Kecekapan
  • Kadar Pusing Ganti Inventori
  • Tempoh Kutipan Hutang
  • Tempoh Pembayaran Hutang
 
Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan (Tokokan)
  • Mengukur peratus pertambahan pada kos barang bagi mendapatkan harga jualan.
  • Menunjukkan hubungan antara Untung Kasar dengan Kos Jualan.
  • Nisbah ini menunjukkan keberkesanan sesebuah perniagaan mengawal harga jualan dan kos untuk memaksimumkan keuntungan.
 
Peratus Untung Kasar atas Jualan (Margin Untung Kasar)
  • Untung Kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit Jualan Bersih.
  • Menunjukkan hubungan antara Untung Kasar dengan Jualan Bersih.
 
Peratus Untung Bersih atas Jualan (Margin Untung Bersih)
  • Mengukur Untung Bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit Jualan Bersih.
  • Menunjukkan hubungan antara Untung Bersih dengan Jualan Bersih.
  • Menunjukkan keberkesanan sesebuah perniagaan mengurus kos operasi atau kecekapan kendalian sesebuah perniagaan.
 
Pulangan atas Modal
  • Mengukur Untung Bersih bagi setiap ringgit modal yang dilaburkan.
  • Menunjukkan hubungan antara Untung Bersih dengan Modal Awal.
 
Nisbah Semasa
  • Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan menjelaskan semua Liabiliti Semasa mengikut masa yang ditetapkan.
  • Menunjukkan hubungan antara Aset Semasa dengan Liabiliti Semasa.
 
Nisbah Ujian Asid
  • Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek dengan cepat atau serta merta.
  • Menunjukkan hubungan antara Aset Semasa (kecuali Inventori Akhir) dengan Liabiliti Semasa.
 
Kadar Pusing Ganti Inventori
  • Menghitung kekerapan pusingan inventori dalam setahun.
  • Menunjukkan hubungan antara Kos Jualan degan Inventori Purata.
  • Dapat mengukur keupayaan sesebuah perniagaan menjual barang niaga yang menyebabkan modal perniagaan terikat pada inventori yang tidak dijual.
 
Tempoh Kutipan Hutang
  • Mengukur keupayaan atau kecekapan perniagaan membuat kutipan hutang daripada pelanggan.
  • Merupakan purata jangka masa yang diambil oleh pelanggan untuk membayar hutangnya.
 
Tempoh Pembayaran Hutang
  • Mengukur keupayaan atau kecekapan perniagaan membuat bayaran hutang kepada pembekal.
  • Merupakan purata jangka masa yang diambil oleh perniagaan untuk membayar hutang kepada pembekal.
 
 
Tujuan Perbandingan Prestasi Perniagaan
  • Mengetahui Kekuatan dan kelemahan perniagaan.
  • Merancang dan mengawal masa depan perniagaan.
  • Membuat keputusan mengikut matlamat perniagaan demi memaksimumkan keuntungan.
 

Dua jenis perbandingan prestasi perniagaan:

  1. Antara tempoh
    • Antara tempoh dalam tahun perakaunan semasa
    • Antara tempoh perakaunan
  2. Antara perniagaan dalam industri yang sama
 

Empat cara meningkatkan prestasi perniagaan:

  1. Meningkatkan jumlah jualan dengan menambahkan unit keluaran. Jualan boleh ditambah melalui perniagaan dalam talian.
  2. Mengurangkan kos jualan dan belanja operasi melalui kawalan dan penjimatan
  3. Menggiatkan aktiviti promosi untuk menarik pelanggan. Perniagaan juga boleh memperkenalkan produk dengan menyertai pameran.
  4. Meningkatkan pelaburan untuk menambahkan modal perniagaan.
 

Tujuan perbandingan antara perniagaan dalam industri yang sama

  • Mengetahui kedudukan perniagaan yang lebih baik
  • Membantu pihak pengurusan memperbaiki prestasi perniagaan