Kitar Semula

 

 Kitar Semula

 
Elemen Kitar Semula
 
Definisi
Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran

 

ELEMEN KITAR SEMULA PENERANGAN

Reduce (Kurangkan)

Amalan mengurangkan sisa pepejal untuk meminimumkan penggunaan sumber semula jadi.

Gunakan sesuatu sumber itu mengikut keperluan sahaja.

Reuse (Guna semula)

Penggunaan semula barangan secara berulang kali untuk mengurangkan penghasilan sisa.

Penggunaan sesuatu barangan secara maksimum dapat mengelakkan pembaziran.

Recycle (Kitar semula)

Amalan mengasingkan barangan mengikut jenis untuk menghasilkan produk yang sama jenis atau baharu semula.

Pengasingan mengikut jenis sisa menjimatkan masa dan memudahkan proses kitar semula.

 

 
Kepentingan Amalan Kitar Semula
 
  1. Menjana pendapatan dengan menghasilkan baja kompos menggunakan sisa makanan.
  2. Menjimatkan sumber semula jadi apabila mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula sumber.
  3. Mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih dan selesa untuk dihuni.
  4. Mengurangkan pencemaran apabila sisa diurus dengan sistematik.
  5. Mengurangkan kesan rumah hijau melalui proses kitar semula.
 
Amalan Kitar Semula di Malaysia
 
  • Amalan 3R
    • reduce, reuse dan recycle
  • Hari Tanpa Beg Plastik
    • Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang melaksanakan kempen ini pada 6 Julan 2009
    • Mengenakan bayaran RM0.20 kepada pelanggan yang memerlukan beg plastik
    • Beg mesra alam, beg kertas dan plastik biodegradasi digunakan untuk menggantikan beg plastik
  • Pengasingan Sisa di Punca
    • Dilakukan di rumah
    • Sisa pepejal diasingkan mengikut kategori; sisa kitar semula, sisa pukal/sisa kebun dan sisa baki
    • Kutipan sisa kitar semula dan sisa pukal dijalankan sekali seminggu
    • Kutipan sisa baki dilakukan dua kali seminggu
 
Amalan Kitar Semula di Negara-negara Lain
 

Kitar semula di Jerman

  • Ordinan Pembungkusan
    • Melibatkan pihak kilang dan pihak pemasaran
    • Pihak tersebut perlu mengutip bungkusan barangan daripada pelanggan semula
  • Duales System Deutschland GmBH
    • Semua kotak ditandakan dengan tanda hijau atau Green Dot oleh pengilang
    • Pengilang akan membayar yuran kepada agensi pemungut untuk mengutip kotak tersebut semula
  • Cara memungut bahan terbuang untuk dikitar semula
    • Penyediaan tapak pengumpulan dan tong kitar semula di jalan utama, kilang, kawasan perumahan dan perniagaan
    • Masyarakat mengisi sampah dalam plastik berlogo Green Dot yang diberikan secara percuma
    • Masyarakat boleh menghantar terus bahan yang boleh dikitar semula ke pusat pengumpulan
 

Kitar semula di Denmark

Denmark merupakan antara negara yang berjaya dalam pelaksanaan amalan kitar semula. Sistem pengumpulan sisa yang dijalankan di negara ini adalah sangat efisien. Hampir 67% daripada jumlah sisa keseluruhan di Denmark dikitar semula, 28% dilupus menggunakan incinerator dan hanya 5% sahaja dikembalikan semula ke tapak pelupusan sampah.

  • Program Pengembalian Deposit
    • Pengilang diwajibkan membayar deposit kepada kerajaan apabila menghasilkan produk yang dapat dikitar semula.
    • Deposit akan dikembalikan semula apabila pengilang mengitar semula produk yang dikeluarkan selepas digunakan.
  • Program Cukai Sisa
    • Pihak yang hendak melupuskan sebarang jenis sisa akan dikenakan cukai.
  • Program Waste 21
    • Menjelaskan secara terperinci tentang cara mengitar semula dengan cekap dan berkesan.
  • Program Subsidi Sisa
    • Pihak yang ingin membangunkan teknologi kitar semula akan diberikan bantuan kewangan oleh pihak kerajaan.
  • Program Cukai Hijau
    • Pihak yang hendak melupuskan sisa pepejal yang tidak mudah hancur seperti pembungkus plastik, bateri dan beg plastik akan dikenakan cukai.
  • Program Affaldsbekendtgoerelsen 1999
    • Menguatkuasakan undang-undang yang memberi definisi kepada sisa, menjelaskan jenis-jenis sisa dan menghuraikan cara pihak berkuasa tempatan menguruskan sisa pepejal di kawasan masing-masing.
 

Kitar semula di Sweden

Sweden ialah negara yang mengitar semula 99% daripada sisa buangan domestik dan hanya 1% sisa yang berakhir di pusat pelupusan sampah. Malahan, Sweden juga mengimport sisa dari negara lain untuk menjana tenaga elektrik melaluinya. Revolusi kitar semula di negara ini adalah contoh terbaik yang seharusnya diikuti oleh negara-negara lain.

  • Pencegahan Sisa
    • Penduduk digalakkan untuk memilih makanan yang perlu sahaja mengikut kesesuaian
    • Pembaziran sumber dan penghasilan sisa makanan yang berlebihan dapat dielakkan
  • Pemulihan Tenaga
    • Satu tan sisa buangan yang dibakar dalam incinerator akan menghasilkan 3MWh dan secara tidak langsung pemulihan tenaga dapat dijalankan
    • Sisa domestik digunakan untuk menjana tenaga, terutama untuk sistem pemanasan rumah
    • Lambakan sisa dapat dikurangkan dan isu masalah ruangan kawasan pelupusan sampah dapat diminimumkan
  • Guna Semula
    • Perabot dan pakaian yang masih elok boleh dihantar ke pusat guna semula yang berkonsepkan perbaiki, perkongsian dan guna semula
    • Garment Collecting, iaitu pemberian kupon rebat oleh H&M apabila pelanggan menyumbang pakaian terpakai
    • Matlamat guna semula adalah untuk membentuk sikap yang baik Kempen guna semula disebar secara meluas melalui media massa
  • Pelupusan
    • Sisa buangan domestik akan dikitar semula dan dihantar ke kawasan pemulihan tenaga
    • Sektor pembinaan yang menyumbang kepada sisa yang tidak boleh dikitar semula seperti asbestos perlu diuruskan oleh syarikat sendiri menggunakan incinerator di kawasan masing-masing
 
 

Kitar semula di Taiwan

Negara yang berkeluasan kira-kira 35 410 km² dengan kepadatan penduduk 699 orang/km². Penduduk Taiwan yang padat akan menerima kesan negatif jika bahan buangan tidak diuruskan dengan baik dan sistematik.

  • Akta Pelupusan Sisa
    • Mewajibkan pengilang dan pengimport bertanggungjawab ke atas produk yang dihasilkan
  • Garis Panduan Kitar Semula
    • Menerangkan cara pengurusan sisa pepejal termasuk kaedah menyimpan, panduan kitar semula, mengumpul dan memproses
  • Kempen Kitar Semula
    • Program ini dijalankan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar atau Taiwan Environmental Protection Adminstration (EPA)
  • Program 4-Dalam-1
    • Galakan kerajaan untuk menjalin kerjasama antara empat golongan, iaitu pihak masyarakat, pihak berkuasa bandar, syarikat kitar semula dan badan sukarela bagi menjalankan kitar semula