Sumber Hutan 

10 Sumber Hutan
 

Sumber hutan merupakan sumber boleh baharu.

Sumber hutan juga meliputi kawasan yang ditumbuhi oleh pelbagai jenis flora dan fauna yang hidup secara semula jadi di dalamnya.

Di Malaysia, iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun serta jumlah taburan hujan yang tinggi telah menggalakkan lagi pertumbuhan sumber hutan.

 
Kepentingan Pengurusan Sumber Hutan di Malaysia
 
 
Kepentingan Keterangan
Keseimbangan ekosistem

Komponen-komponen dalam ekosistem seperti komponen abiotik dan biotik sentiasa berinteraksi dan menghasilkan satu aliran tenaga dan rantaian makanan yang berterusan serta memelihara imbangan ekosistem.

Pengurusan sumber hutan secara terancang adalah perlu bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem ini.

Keperluan masyarakat setempat Fungsi hutan kepada masyarakat setempat penting sebagai sumber bahan makanan, membina tempat tinggal, menyediakan pelbagai peralatan dan sebagai sumber pendapatan.
Ekopelancongan

Sumber hutan penting dalam membangunkan aktiviti ekopelancongan.

Pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi seperti hutan lipur, air terjun dan melihat kepelbagaian flora dan fauna.

Contoh: Taman Negeri Royal Belum (Perak), Taman Negara Endau-Rompin (Johor) dan Taman Negara Niah (Sarawak).

Membekalkan sumber bahan mentah Pengurusan sumber hutan secara cekap dapat menjamin bekalan bahan mentah yang berterusan untuk masa hadapan seperti rotan, buluh, daun nipah, batang nibung dan daun mengkuang.
 
Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Hutan di Malaysia
 
Usaha memelihara dan memulihara sumber hutan perlu dijalankan untuk mengawal kegiatan penerokaan hutan tanpa kawalan kerana sumber hutan merupakan khazanah alam yang amat bernilai kepada manusia dan alam sekitar.
 
Tapak Ramsar
 
Definisi Peranan
Ramsar ialah senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui konvensyen tanah lembap di Iran pada tahun 1971 untuk pemuliharaan tanah lembap serta sumber-sumbernya. Menjaga tanah lembap khususnya hutan paya bakau yang mempunyai pelbagai jenis kehidupan.
 

Pemeliharaan

  • Tapak Ramsar dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan di Malaysia
  • Keindahan alam semula jadi dan landskap indah flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pelancong
  • Tapak Ramsar dipelihara sebagai salah sebuah destinasi pelancongan supaya tidak digunakan untuk aktiviti pembangunan

Pemuliharaan

  • Memulihara kawasan tanah lembap serta kepelbagaian biologi hutan paya bakau di negara Jabatan Perhutanan berperanan mengawal pengeluaran hutan bakau, terutamanya bagi industri kayu arang untuk keseimbangan ekosistem.
  • Contoh Tapak Ramsar di Malaysia ialah Tasik Bera (Pahang), Pulau Kukup, Tanjung Piai dan Sungai Pulai (Johor), Kuching Wetlands National Park (Sarawak) dan Lower Kinabatangan-Segama Wetlands (Sabah).
 
Geopark
 
Definisi Peranan
Geopark merujuk sesuatu kawasan yang terdapat tapak warisan geologi yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan lestari. Geopark berperanan mementingkan pembangunan sesebuah kawasan secara lestari. Elemen pembangunan ini dalam konsep geopark merangkumi pemuliharaan alam semula jadi.
 

Pemeliharaan

Memelihara dengan menjadikannya sebagai pusat ekopelancongan

Pemuliharaan

  • Pemuliharaan biologi, geologi dan budaya
  • Pemuliharaan bersepadu antara warisan budaya dengan alam semula jadi
  • Penggunaan sumber warisan secara lestari tanpa memusnahkannya
 
Taman Negara
 
Definisi Peranan
Merupakan satu kawasan atau tempat yang dilindungi oleh kerajaan supaya biodiversiti semula jadi kawasan berkenaan dipelihara dan dikekalkan Berperanan melindungi kepelbagaian biologi dan struktur ekologinya, menyokong ekosistem, mempromosikan pendidikan dan rekreasi.
 

Pemeliharaan

  • Memelihara dengan menjadikan taman negara sebagai pusat ekopelancongan
  • Memelihara flora dan fauna dalam hutan supaya tiada gangguan aktiviti manusia

Pemuliharaan

  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) telah membaik pulih hidupan liar dan juga hutan
  • Contohnya, Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah (Pahang) Taman negara juga memberi perlindungan kepada monyet belanda supaya tidak terancam spesiesnya dan juga menjadi tatapan untuk generasi akan datang
 
Pembangunan Lestari
 
Definisi Peranan
Pembangunan lestari ialah pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa ini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri. Sebagai satu gagasan pembangunan moden yang paling proaktif dan praktikal untuk menangani isu antara tuntutan pembangunan dengan pemuliharaan alam sekitar.
 

Pemeliharaan

  • Perintis pembangunan bandar pentadbiran dengan konsep teknologi hijau
  • Bandar yang dibina berasaskan bandar dalam taman Memelihara hutan dalam bentuk ekopelancongan dan hutan bandar
  • Contohnya, Hutan Bandar Putra (Johor)

Pemuliharaan

  • Usaha dan komitmen berterusan ke arah pembaikan kualiti persekitaran dan memastikan aktiviti pembandaran yang mengambil kira aspek pengurangan pelepasan karbon dan galakan ekonomi hijau (green business) dan gaya hidup karbon rendah (low carbon and green lifestyle)
  • Mewujudkan Taman Etnobotani (Putrajaya) yang bertindak sebagai pusat domestik dan pemuliharaan ex situ tumbuh-tumbuhan ubatan dan beraroma
  • Contoh pembangunan lestari: Putrajaya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
 
Peranan Agensi Dalam Pengurusan Hutan di Malaysia
 

Badan Kerajaan

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

  • Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar serta strategi berkaitan biodiversiti dan perhutanan melalui: (a) pengurusan hutan secara berkekalan (b) penyelidikan dan pembangunan perhutanan

Sabah Forestry Department

  • Bertanggungjawab dalam memberi perlindungan dan pemuliharaan rizab hutan berdasarkan konsep Pengurusan Hutan Lestari (SFM)
  • Merupakan penjaga kepada kira-kira 49.1% daripada jumlah keluasan tanah di negeri ini pada tahun 2013

Sarawak Forestry Corporation

  • Melaksanakan pengurusan hasil hutan, kawasan terlindung sepenuhnya, pemuliharaan hidupan liar, kawalan penuaian dan penguatkuasaan terhadap pematuhan serta penyelidikan dan pembangunan perhutanan

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

  • Berperanan mengekalkan integriti kawasan perlindungan bagi faedah penyelidikan, pendidikan, ekonomi, estetika, rekreasi dan fungsi ekologi
  • Meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penglibatan masyarakat mengenai keperluan dan kepentingan konservasi biodiversiti

Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM)

  • Berperanan menjana pengetahuan dan membangunkan teknologi yang bersesuaian untuk pemuliharaan, pengurusan, pembangunan dan penggunaan sumber-sumber hutan serta meningkatkan kesedaran terhadap peranan alam sekitar dan pemuliharaan hutan
 

Badan Bukan Kerajaan

Sahabat Alam Malaysia (SAM)

  • Mengadakan kempen untuk memastikan pembangunan dan pengurusan sumber semula jadi adalah secara lestari
  • Berperanan mendidik masyarakat umum mengenai keperluan pembangunan lestari

Malaysian Nature Society (MNS)

  • Melindungi dan memelihara kepelbagaian biologi yang kaya secara berkesan
  • Memberi kesedaran alam sekitar melalui pendidikan

The Wildlife Trade Monitoring Network (TRAFFIC)

  • Berperanan menguruskan perdagangan yang mampan melibatkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar tanpa merosakkan integriti sistem ekologBerperanan menguruskan perdagangan yang mampan melibatkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar tanpa merosakkan integriti sistem ekologi

WWF

  • WWF berperanan menghentikan kemusnahan persekitaran alam semula jadi melalui beberapa kaedah, iaitu: (a) memelihara kepelbagaian biologi dunia (b) memastikan sumber semula jadi boleh diperbaharu dan digunakan secara lestari (c) menjalankan penyelidikan dan kempen kesedaran awam

Global Environment Centre (GEC)

  • Menggalakkan perlindungan dan penggunaan lestari hutan serta tanah lembap