Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia

08 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
 
Gurun Panas
 

Kawasan Gurun Panas meliputi Gurun Thar, Gurun Arab, Gurun Iran, Gurun Mojave, Gurun Sahara, Gurun Atacama dan Gurun Besar Australia.

 
 
Ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi Ciri hidupan liar

Terdiri daripada tumbuhan xerofit.

Tumbuhan yang hidup di kawasan ini tumbuh secara jarang-jarang, akar panjang yang menjalar ke dalam tanah atau merebak di permukaan bumi untuk menyerap air dan daunnya berkilat, liat dan berbulu.

Contoh pokok: kaktus, prickly pear, semak samun berduri, rumput esparto dan pokok akasia bantut

Kebanyakan hidupan liar di kawasan ini adalah jenis nokturnal.

Hidupan liar di Gurun Panas menjimatkan tenaga dan air di dalam badan dengan berteduh di bawah pokok atau bersembunyi di dalam lubang dan hanya bergerak aktif pada waktu malam untuk mencari makanan.

Contoh hidupan liar: unta, kala jengking, tikus jerboa, cicak hutan, biawak pasir, musang fennec, addax antelope dan rusa gazelle

 
Hutan Monsun Tropika
 

Hutan Monsun Tropika yang mengalami musim kering dan musim hujan yang nyata tumbuh di kawasan India, Sri Lanka, Bangladesh, Filipina, Myanmar, Thailand and Laos.

 
 
Ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi Ciri hidupan liar

Tumbuh-tumbuhan di kawasan ini terdiri daripada tumbuh-tumbuhan berkayu keras seperti pokok jati, penaga, cendana, jelutung, buluh dan rotan.

Pokok-pokok dalam hutan ini tumbuh antara 20 hingga 30 meter.

Daun pokok yang banyak dan lebar bagi mendapatkan cahaya matahari Hujung daun berbentuk tirus Hutan ini jarang dan kelihatan berlapis-lapis tetapi tidak begitu nyata.

Kebanyakan haiwan di kawasan ini terdiri daripada haiwan yang berbulu nipis, kulit berkedut dan bersaiz besar.

Haiwan seperti rusa dan gajah terdapat di lapisan lantai hutan.

Di lapisan atas hutan pula terdapat monyet dan pelbagai jenis burung Terdapat juga haiwan jenis karnivor seperti harimau bengal, ular dan buaya.

 
Hutan Daun Luruh Sederhana
 

Kawasan Hutan Daun Luruh Sederhana meliputi kawasan Amerika Utara, Jepun, New Zealand, Amerika Selatan, Eropah Barat, Korea Selatan dan Australia.

 
 
Ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi Ciri hidupan liar

Pokok daun luruh mempunyai daun yang nipis dan lembut.

Batang pokok mempunyai kulit tebal untuk mengurangkan transpirasi semasa musim sejuk Batang pokok berbentuk silinder dan mempunyai cabang dahan yang lebih banyak.

Spesies pokok kayu keras sederhana sangat bernilai untuk kegiatan pembalakan.

Contoh spesies pokok yang terkenal termasuklah oak, ash, elm, berangan, maple, poplar dan bic

Hidupan liar yang hidup di kawasan ini terdiri daripada hidupan yang dapat menyesuaikan diri dengan perubahan musim.

Sesetengah hidupan liar seperti chipmunk berhijrah atau berhibernasi pada musim sejuk.

Contoh hidupan liar: White letter hairstreak, lesser purple emperor, rusa, badger, tupai merah, beaver dan musang merah.

Hidupan liar jenis burung adalah seperti burung belatuk hitam dan burung hantu

 
Hutan Konifer
 

Kawasan hutan ni meliputi Amerika Utara, Kanada Utara, Eropah dan Rusia.

 
 
Ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi Ciri hidupan liar

Kanopi pokok berbentuk kon untuk mengelakkan salji terkumpul di atasnya.

Batang pokok berkulit tebal, lurus dan tinggi Kepadatan pokok adalah sederhana.

Daun bersaiz kecil, halus dan berbentuk jarum untuk mengelakkan kehilangan air melalui proses transpirasi.

Permukaan daun bersalut lilin untuk mengelakkan ancaman fros Pokok konifer mempunyai akar yang pendek dan sesuai tumbuh di tanih podzol pada musim sejuk.

Contohnya: Pain, fir, sprus dan cedar.

Hidupan liar seperti burung dan binatang sangat aktif pada musim panas kerana mencari makanan.

Pada musim sejuk, rusa dan burung akan berpindah ke kawasan yang lebih panas di bahagian selatan.

Contoh hidupan liar adalah seperti beruang, moose, lynx dan tupai merah.

Hidupan liar jenis burung pula adalah seperti burung hantu, belatuk, burung blue jay dan burung raven.

 
Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
 

Pelancongan

  • Kebanyakan kawasan hutan semula jadi di dunia sesuai dijadikan sebagai pusat ekopelancongan
  • 81% daripada Hutan Monsun Tropika adalah terdiri daripada Erawan National Park di Thailand dan menempatkan hidupan liar yang hampir pupus.
  • Sebagai contoh gajah dijadikan sebagai pengangkutan untuk menjelajah kawasan Erawan National Park
  • Di kawasan Gurun Panas, unta turut dijadikan sebagai pengangkutan dan tarikan pelancong

Penghalang hakisan

  • Tumbuh-tumbuhan semula jadi memainkan peranan penting dalam menghalang hakisan tanah  
  • Daun yang besar mampu memecahkan butiran hujan dan mengurangkan kelajuan titisan air yang jatuh ke bumi
  • Akar pokok akan mengurangkan air larian permukaan dan menjadi penghalang hakisan  
  • Di kawasan paya air masin pula, pokok-pokok bakau dapat menghalang tindakan hakisan oleh air laut
  • Akar pokok bakau menguatkan struktur tanah serta menahan tindakan ombak di pinggir laut

Ekonomi

  • Batang pokok Hutan Konifer dan Hutan Monsun Tropika digunakan untuk tujuan pembalakan yang menghasilkan sumber kayu balak untuk dieksport dan juga membekalkan bahan mentah untuk membuat kertas
  • Aktiviti pembalakan telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan tersebut

Sumber perubatan

  • Penyelidikan di Barat telah mendapati bahawa tumbuh-tumbuhan bukan sahaja bernilai estetika malah boleh merawat pelbagai jenis penyakit   
  • Bahagian tumbuh-tumbuhan yang sering digunakan sebagai ubat atau ramuan ubat ialah daun, bunga, akar, kulit kayu dan hampas buah
  • Sebagai contoh, batang pokok prickly pear dapat mengurangkan tahap kolesterol yang tidak baik dalam badan seseorang dan dapat membantu mengekalkan kandungan gula dalam badan serta membantu merawat penyakit kencing manis
  • Pokok oak juga digunakan dalam menyembuhkan masalah cirit-birit, sakit tekak dan luka   
  • Daun pokok pain yang kaya dengan vitamin C boleh digunakan untuk membuat teh manakala biji pain berfungsi sebagai bahan antiseptik semula jadi untuk merawat luka