Pengangkutan di Malaysia

05  Pengangkutan di Malaysia
 
Pengangkutan Darat di Malaysia
 
Jaringan jalan raya di Malaysia
 
  • Malaysia mempunyai jaringan pengangkutan yang maju dan efisien.
  • Jaringan jalan raya lebih padat di Malaysia berbanding pantai timur, Sabah dan Sarawak.
  • Terdapat beberapa jenis jalan di Malaysia iaitu;
 
Gambar ini memaparkan jenis-jenis jalan yang terdapat di Malaysia dalam bentuk carta lingkaran. Teks utama di tengah lingkaran berwarna biru tua menyatakan
 
Lebuh raya di Malaysia
 
  • Dibina untuk mempercepat dan memudahkan perjalanan
  • Antara lebuh raya yang terdapat di Malaysia adalah:
 
 Gambar menunjukkan lebuh raya yang terdapat di Malaysia iaitu Lebuh raya Utara- Selatan (menganjur dari Bukit Kayu Hitam di Kedah ke Johor Bahru di Johor), Lebuhraya Pan Borneo (dalam pembinaan): salah satu projek infrastruktur terbesar negara yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak, Lebuhraya Persekutuan (menganjur dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Tun Razak (menganjur dari Segamat ke Gambang), Lebuh raya Kuala Krai- Gua Musang-Kuala Lipis, Lebuh raya Pantai Timur (menganjur dari Karak ke Kuala Terengganu) dan Lebuh raya Timur-Barat (menganjur dari Grik, Perak ke Jeli, Kelantan)
 
 

 

Jaringan landasan kereta api di Malaysia
 
  • Landasan kereta api yang pertama telah dibina dari Taiping ke Port Weld untuk mengangkut bijih timah yang mempunyai landasan sepanjang 13 km ini telah dibuka pada tahun 1885.
  • Landasan kereta api utama di Semenanjung Malaysia menganjur dari Padang Besar (Perlis) ke Johor Bahru (Johor).
  • Landasan kereta api dari Tumpat (Kelantan) menganjur ke Gemas (Negeri Sembilan).
  • Stesen Sentral Kuala Lumpur: merupakan pusat pengangkutan rel bersepadu Kuala Lumpur
  • Stesen Kereta Api Gemas: merupakan stesen persimpangan antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia
  • Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 km merupakan antara komponen utama di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang landasannya menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan (Pahang) hingga ke Tumpat (Kelantan).
  • Landasan kereta api di Sabah menghubungkan Tanjung Aru, Papar, Beaufort dan Tenom.
  • Perkhidmatan kereta api di Semenanjung Malaysia diuruskan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), manakala di Sabah oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah
 
Pengangkutan Udara dan Air di Malaysia
 
Lapangan terbang antarabangsa di Malaysia
 
  • Malaysia mempunyai sistem rangkaian lapangan terbang domestik dan antarabangsa yang lengkap, moden dan bertaraf dunia.
  • Antara lapangan terbang antarabangsa di Malaysia adalah:
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
 

 

 
Pelabuhan utama di Malaysia
 
 Gambar menunjukkan CIRI-CIRI PELABUHAN iaitu MEMPUNYAI JARINGAN DENGAN KAEDAH PENGANGKUTAN YANG LAIN, MEMPUNYAI JARINGAN DENGAN PELBAGAI AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN SOKONGAN dan TERLETAK DI KAWASAN PERAIRAN YANG TERLINDUNG
 
  • Pelabuhan merupakan rangkaian pengangkutan yang penting untuk urusan perdagangan.
  • Berikut adalah antara pelabuhan yang utama di Malaysia:
  • Pelabuhan Pulau Pinang: merupakan pintu masuk ke Semenanjung Malaysia dan mempunyai perkhidmatan feri dan marina.
  • Pelabuhan Kuantan: menyediakan perkhidmatan pemunggahan, penyimpanan dan penyerahan bagi pukal kering, pecah pukal, pukal cecair dan kargo berbahaya.
  • Pelabuhan Klang: pelabuhan utama yang dikenali sebagai Pusat Muatan Negara untuk kontena tempatan dan serantau yang terdiri daripada dua terminal, iaitu Northport dan Westport.
  • Pelabuhan Tanjung Pelepas: merupakan terminal kontena paling canggih di Malaysia yang mendapat pengiktirafan sebagai Process Compliant Port/Terminal of The Year (2017) dari Global Ports Forum.
  • Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar: pelabuhan khusus untuk mengendalikan kontena yang engendalikan hampir 70 peratus operasi kontena bagi seluruh Sabah.
  • Pelabuhan Bintulu: merupakan laluan tunggal eksport utama negara, iaitu gas asli cecair.
 

 

Pengangkutan Awam di Malaysia
 
Jenis pengangkutan awam Contoh
Pengangkutan awam jalan raya Bas, teksi, e-panggilan (e-hailing)
Pengangkutan awam jalan kereta api

Rel bersepadu seperti Monorel, KTM Komuter, KTM Antarabandar, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KLIA Ekspres/KLIA Transit (ERL), Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)

Pengangkutan awam udara Kapal terbang
Pengangkutan awam air Bot, feri
 
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Jaringan Pengangkutan di Malaysia
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan Keterangan
Bentuk muka bumi

Tanah tinggi: Pembinaan jaringan pengangkutan adalah sukar dan menelan kos yang tinggi.

Tanah pamah: Keadaan tanah yang rata sesuai untuk pembinaan jaringan pengangkutan.

Lembangan sungai: Pembinaan jaringan pengangkutan di kawasan berpaya menelan kos yang tinggi kerana perlu ditambak dan dibina jambatan.

Pinggir laut: Kawasan pinggir pantai yang berteluk sesuai dijadikan pelabuhan kerana keadaannya yang terlindung dan dalam.

Kemajuan teknologi

Pembinaan terowong SMART yang boleh berfungsi sebagai saliran air dan laluan kenderaan.

Pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Pulau Pinang yang merupakan jambatan terpanjang di Malaysia (24 km).

Pembinaan Lebuh Raya Timur-Barat yang merentasi tanah tinggi dan sungai.

Laluan bawah tanah bagi projek MRT yang menggunakan teknologi tinggi.

Dasar kerajaan

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertanggungjawab terhadap pengangkutan awam darat.

Salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bertujuan untuk menambah baik pengangkutan awam bandar.

Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM55 bilion untuk pelaksanaan projek East Coast Rail Line (ECRL) yang menghubungkan Lembah Klang ke pantai timur Semenanjung Malaysia dalam pembentangan Bajet 2017.

Dasar Penswastaan seperti pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan oleh PLUS Berhad dan perkhidmatan LRT serta bas oleh Prasarana Malaysia Berhad untuk meningkatkan kemajuan pengangkutan di Malaysia.

Kegiatan ekonomi

Jaringan pengangkutan dibina di kawasan yang terdapat sumber mineral seperti Kerteh dan Bintulu untuk memudahkan kerja penghantaran bahan, pemprosesan dan pemasaran sumber petroleum ke tempat lain.

Jaringan pengangkutan juga dibina di kawasan pertanian untuk memudahkan penghantaran dan pemasaran hasil pertanian.

Kawasan yang giat dengan kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perdagangan, perindustrian dan perlombongan mempunyai jaringan pengangkutan yang padat seperti Lembah Klang, Georgetown dan Ipoh.

 

Kepentingan Pengangkutan Darat, Udara dan Air di Malaysia
 

Darat

  • Membawa penumpang dan barangan: memudahkan mobiliti penumpang dan mempercepat proses mengangkut bahan mentah ke kilang atau pasaran. Contohnya, Lebuhraya Utara-Selatan.
  • Membangunkan bandar satelit: bandar satelit menyokong bandar raya berhampiran dan sesuai dijadikan kawasan kediaman dan perindustrian yang dihubungkan dengan bandar utama melalui bas, LRT dan Komuter. Contohnya, Petaling Jaya menjadi bandar satelit kepada Kuala Lumpur.
  • Mempertingkatkan darjah ketersampaian: menghubungkan kawasan pedalaman. Contohnya, Grik (Perak) dan Jeli (Kelantan) dapat dihubungkan melalui Lebuhraya Timur-Barat.
  • Meningkatkan sektor perniagaan: perkhidmatan kereta api kargo oleh Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dapat meningkatkan urusan perniagaan dan perdagangan. Perkhidmatan tren kontena, tren kargo konvensional dan landbridge/cross border (menghubungkan pelabuhan di Semenanjung Malaysia dengan pelabuhan di Thailand).
  • Pembangunan wilayah koridor ekonomi: menarik pelabur asing dan memberi tumpuan kepada pelabur tempatan. Contohnya, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) dan Sabah Development Corridor (SDC).
  • Membangunkan kawasan sekitar: pembinaan petempatan baharu dan memajukan kegiatan ekonomi. Contohnya, pembangunan Bandar Baru Nilai akibat pembinaan lebuh raya antara Kuala Lumpur dengan Seremban.
 
Udara
  • Menggalakkan integrasi nasional: menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah.
  • Meningkatkan darjah ketersampaian: membawa penumpang, mengangkut barangan, menggalakkan pelancongan serta menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar. Menjimatkan masa perjalanan.
 
Air
  • Menghubungkan kawasan pedalaman: mengangkut barang pukal dan penumpang dari kawasan pedalaman ke bandar. Contohnya, Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sabah).
  • Membawa penumpang dan barangan: membawa pelancong ke destinasi pelancongan. Contohnya, Sungai Tembeling (Pahang) untuk membawa pelancong ke Taman Negara. Membawa barangan. Contohnya, perkhidmatan feri Labuan-Menumbuk (Sabah) dan perkhidmatan bot seperti ke Pulau Tioman (Pahang) dan Pulau Langkawi (Kedah).
  • Mengendalikan urusan perdagangan: pengurusan perdagangan import dan eksport dengan negara luar. Contohnya, Pelabuhan Klang (Selangor), Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar (Sabah) dan Pelabuhan Kuching (Sarawak). Kos pengangkutan lebih murah serta penyediaan ruang kargo yang luas bagi mengangkut barangan pukal.
 
Kepentingan Pengangkutan Awam di Malaysia
 
  • Mengurangkan kesesakan lalu lintas: penggunaan sistem pengangkutan awam bersepadu dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.
  • Memajukan industri pelancongan: perkhidmatan teksi, bas dan rel bersepadu memudahkan pergerakan pelancong dalam negara.
  • Mengurangkan kos: penggunaan kenderaan awam lebih murah berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian.
  • Mempertingkatkan darjah ketersampaian: pengangkutan awam memudahkan kita sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat dan mudah.
  • Mengurangkan pencemaran udara: penggunaan pengangkutan awam seperti rel bersepadu dapat mengurangkan pembebasan asap kenderaan kerana menggunakan tenaga elektrik.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan: perkhidmatan teksi, bas dan rel bersepadu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
 

 

Amalan Pengangkutan Lestari
 
 Gambar menunjukkan KEPENTINGAN SISTEM PENGANGKUTAN YANG LESTARI iaitu dapat MENGURANGKAN KOS BAHAN API, MENINGKATKAN KESELAMATAN PENGANGKUTAN AWAM, MENGURANGKAN HAKISAN, MEMINIMUMKAN KEMUSNAHAN FLORA DAN FAUNA, MENGELAKKAN KESESAKAN LALU LINTAS dan MENGURANGKAN PELEPASAN BAHAN PENCEMAR KE UDARA
 
Contoh amalan pengangkutan lestari:
 
Penggunaan kereta elektrik dan hibrid Memelihara alam sekitar dengan mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida dan menjimatkan penggunaan bahan api.
Berkongsi kereta Mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya dan pembebasan gas karbon monoksida ke udara.
Penggunaan pengangkutan awam

Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Pengangkutan awam percuma oleh pihak kerajaan.

Contohnya, perkhidmatan bas bandar GO KL dan Bas Muafakat Johor.