Saliran

 

 

 Saliran

 
Pandang Darat Fizikal Peringkat Aliran Sungai
 

Air mengalir melalui lurah dan kawasan tadahan hujan di tanah tinggi ke kawasan tanah rendah akhirnya ke tasik dan laut.

Keadaan ini membentuk pelbagai pandang darat fizikal di setiap peringkat aliran sungai.

  • Peringkat Hulu Sungai
    • Lurah sempit berbentuk ‘V’
    • Bercerun curam
    • Aliran air yang deras
    • Banyak jeram dan air terjun
    • Terbentuk lubang periuk akibat hakisan
    • Contoh pandang darat fizikal: air terjun, jeram dan lubang periuk
  • Peringkat Tengah Sungai
    • Lurah berbentuk ‘U’ 
    • Menghasilkan susuh bukit berpanca
    • Berlaku hakisan sungai
    • Likuan sungai
  • Peringkat Hilir Sungai
    • Lurah semakin melebar dan cetek
    • Aliran sungai perlahan dan berliku-liku
    • Cerunnya lebih landai
    • Terbentuk tasik ladam, tetambak dan delta
    • Pemendapan sungai berlaku
 
Sungai Dan Tasik Utama Di Malaysia
 

Kebanyakan sungai di Malaysia berpunca dari kawasan tadahan hujan yang terletak di kawasan tanah tinggi.

Contoh sungai/tasik:

  • Sungai Pahang
    • Sungai Pahang terletak di negeri Pahang
    • Merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia, iaitu kira-kira 457 km
  • Tasik Kenyir
    • Terletak di hulu Sungai Kenyir
    • Merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara
  • Tasik Chini
    • Tasik Chini ialah tasik semula jadi
    • Terletak di daerah Pekan (Pahang)
  • Sungai Bernam
    • Sungai Bernam mengalir dari Gunung Liang Timur
    • Merupakan sempadan semula jadi antara negeri Perak dan Selangor
  • Tasik Bera
    • Tasik semula jadi terbesar di Malaysia
    • Terletak di daerah Bera (Pahang)
  • Sungai Endau
    • Sungai yang mengalir dari Banjaran Tahan di negeri Pahang
    • Sungai ini merupakan sempadan antara negeri Johor dan Pahang
  • Sungai Kinabatangan
    • Sungai yang mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu
  • Sungai Rajang
    • Sungai yang terpanjang di Malaysia
    • Panjang sungai ini kira-kira 563 km
    • Mengalir dari Banjaran Iran ke Laut China Selatan
  • Sungai Baram
    • Sungai yang berpunca dari Banjaran Iran dan mengalir ke arah barat
  • Loagan Bunut
    • Tasik semula jadi terbesar di Sarawak
    • Terletak kira-kira 120 km di tenggara Mir
 
Kepentingan Sungai Dan Tasik Di Malaysia
 

Kepentingan Sungai

  • Penjanaan Kuasa Hidroelektrik
    • Jana kuasa hidroelektrik ialah pembekal sumber tenaga elektrik yang utama di Malaysia.
    • Jana kuasa hidroelektrik dapat dibina kerana terdapat sungai-sungai yang beraliran deras.
    • Sebagai contoh, Empangan Pelagus (Sarawak) dan Empangan Kenering (Perak).
  • Sumber Pengairan
    • Air sungai menjadi sumber pengairan utama bagi kegiatan pertanian seperti penanaman padi.
    • Sungai Muda (Kedah) dijadikan rancangan pengairan untuk penanaman padi di Dataran Kedah−Perlis yang membolehkan padi ditanam sekurang-kurangnya dua kali setahun.
  • Kegunaan Domestik
    • Air sungai dijadikan sebagai sumber air untuk kegunaan domestik.
    • Antara sungai yang membekalkan sumber air untuk kegunaan domestik ialah Sungai Pahang, Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan.
  • Sempadan Semula Jadi
    • Terdapat beberapa batang sungai di Malaysia menjadi sempadan negeri dan sempadan antarabangsa.
    • Sebagai contoh, Sungai Bernam ialah sempadan antara negeri Perak dengan negeri Selangor manakala Sungai Golok ialah sempadan antarabangsa antara Malaysia dengan Thailand.
  • Sumber Protein
    • Sungai membekalkan sumber ikan air tawar seperti ikan lampam, tilapia, patin, jelawat dan kelah.
    • Sebagai contoh, Sungai Kinabatangan, Sungai Beruas dan Sungai Endau.
  • Pengangkutan dan Perhubungan
    • Beberapa batang sungai di Sarawak dan Sabah dijadikan jalan perhubungan antara kawasan pedalaman dan bandar.
    • Sebagai contoh, Sungai Rajang dapat dimudiki sehingga ke Kapit di pedalaman Sarawak.
  • Rekreasi dan Pelancongan
    • Beberapa batang sungai di Malaysia berarus deras, cetek dan jernih serta sesuai dijadikan kawasan rekreasi.
    • Sebagai contoh, Sungai Melaka terkenal dengan aktiviti rekreasi River Cruise manakala Sungai Sedim, Kulim (Kedah) dan Sungai Kiulu, Tamparuli (Sabah) terkenal dengan aktiviti meredah jeram (water rafting).

Kepentingan Tasik

  • Kegunaan Domestik
    • Tasik membekalkan sumber air untuk kegunaan harian kepada penduduk setempat.
    • Sebagai contoh, penduduk setempat di kawasan Tasik Bera (Pahang) menyalurkan air dari tasik ke rumah untuk kegunaan harian
  • Penjanaan Kuasa Hidroelektrik
    • Tasik dan sungai juga dijadikan tapak untuk menjana kuasa hidroelektrik kerana tasik mempunyai takungan air yang banyak.
    • Sebagai contoh, Empangan Temenggor (Perak), Empangan Murum (Sarawak) dan Empangan Kenyir (Terengganu).
  • Rekreasi dan Pelancongan
    • Tasik dijadikan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan.
    • Sebagai contoh, Tasik Chini, Tasik Bera, Tasik Kenyir, Tasik Titiwangsa dan Tasik Putrajaya.
  • Sumber Protein
    • Tasik membekalkan sumber ikan air tawar kepada penduduk setempat.
    • Keadaan habitat semula jadi tasik yang masih terpelihara membolehkan pembiakan pelbagai jenis ikan air tawar.
    • Sebagai contoh, Tasik Bera kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar seperti ikan baung, haruan, lampam dan sebarau.