Bentuk Muka Bumi

 

 

Bentuk Muka Bumi

 
Bentuk Muka Bumi Di Malaysia
 

Bentuk muka bumi di Malaysia

  • Tanah tinggi
    • Merujuk kepada kawasan ketinggian melebihi 180 m dari aras laut merangkumi banjaran gunung dan dataran tinggi.
      • Banjaran gunung di Malaysia terjadi akibat daripada proses lipatan.
      • Banjaran Titiwangsa tinggi di bahagian utara dan semakin rendah ke selatan Semenanjung Malaysia.
        • Kebanyakan banjaran terbentuk di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, pedalaman Sarawak dan di barat serta tengah negeri Sabah.
      • Kawasan tanah tinggi mempunyai suhu yang rendah.
        • Sebagai contoh, purata suhu di Cameron Highlands ialah 19°C, berbanding Kuala Lumpur 27°C.
  • Tanah Pamah
    • Tanah pamah ialah kawasan yang rendah dan ketinggian tidak melebihi 180 m dari aras laut.
    • Kebanyakan tanah pamah di Malaysia terdapat di lembangan sungai, dataran, delta dan dataran pantai.
    • Sebagai contoh, Dataran Kelantan, Dataran Kedah–Perlis, Delta Rajang dan Delta Segama.
  • Pinggir laut
    • Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km.
    • Malaysia dikelilingi Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Selat Melaka.
    • Terdapat pelbagai bentuk muka bumi pinggir laut seperti pulau, teluk, tanjung dan lagun.
    • Malaysia dikelilingi laut cetek yang terletak atas pentas benua (kawasan pinggir laut yang cetek berkedalaman sehingga 180 m dari dasar laut)  dikenali sebagai Pentas Sunda.
    • Di pinggir pantai terdapat ciri fizikal seperti pantai, tebing tinggi, tanjung, teluk, gerbang laut, batu tunggul dan batu sisa.
  • Saliran 
    • Saliran di Malaysia merujuk kepada sungai dan tasik.
    • Kebanyakan sungai berpunca dari kawasan tadahan hujan di tanah tinggi.
    • Selain sungai, terdapat tasik semula jadi dan tasik buatan manusia di Malaysia.
 
Lokasi Pelbagai Bentuk Muka Bumi Di Malaysia
 

Tanah tinggi

Di Semenanjung Malaysia

  • Tanah tinggi di Semenanjung Malaysia berpunca dari Dataran Tinggi Yunan di pedalaman negara China yang merentasi Thailand dan menganjur dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia.
  • Banjaran gunung di Semenanjung Malaysia merupakan gunung lipat tua yang stabil.
  • Banjaran Titiwangsa tinggi di utara dan menganjur semakin rendah ke selatan.
  • Banjaran Titiwangsa merupakan 'tulang belakang' Semenanjung Malaysia.
  • Contoh-contoh banjaran: Banjaran Tahan dan Banjaran Benom.
  • Contoh-contoh gunung: Gunung Korbu (2 182 m) dan Gunung Tahan (2 187 m ) (terletak di atas Banjaran Tahan).

Di Sabah dan Sarawak

  • Kawasan tanah tinggi terletak di pedalaman Sarawak dan Sabah.
  • Terdapat beberapa banjaran dan gunung di Sarawak dan Sabah.
    • Banjaran Crocker, Banjaran Trus Madi dan Banjaran Brassey terletak di Sabah.
    • Gunung di Sabah: Gunung Trus Madi dan Gunung Kinabalu (gunung tertinggi di Malaysia) yang terletak di Banjaran Crocker
    • Di Sarawak terdapat Banjaran Tama Abu, Banjaran Pergunungan Iran, Pergunungan Hose dan Banjaran Kapuas Hulu.
    • Gunung di Sarawak: Gunung Mulu
 

Tanah pamah

  • Tanah pamah ialah kawasan datar atau beralun yang berketinggian kurang daripada 180 m dari aras laut.
  • Kawasan tanah pamah Malaysia terdiri daripada delta, dataran pantai dan lembangan sungai.

Di Semenanjung Malaysia

Tanah pamah di Semenanjung Malaysia terletak di bahagian pantai barat dan pantai timur Dataran Kedah–Perlis, Dataran Hulu Sungai Perak, Dataran Kelantan dan sebagainya.

  • Dataran Kedah–Perlis
    • Bermula dari utara, iaitu di negeri Perlis seterusnya hingga ke selatan negeri Kedah
    • Kawasan tanah pamah yang rata terdiri daripada jenis tanih aluvium
    • Kawasan yang sesuai untuk penanaman padi
  • Dataran Kelantan
    • Tanah pamah yang rendah dan rata
    • Diliputi tanih jenis aluvium
    • Kawasan yang subur untuk kegiatan pertanian
  • Dataran Hulu Sungai Perak
    • Sambungan jaluran tanah pamah dari utara ke selatan negeri Perak
    • Kawasan tanah pamahnya luas
    • Kawasan tanah pamah sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi

Di Sabah dan Sarawak

Kawasan tanah pamah terletak di pantai timur dan pantai barat negeri Sabah. Dataran di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat. Dataran di sepanjang pantai barat negeri Sarawak pula merupakan tanah pamah yang luas. Delta Rajang membentuk lembangan yang luas di pantai barat negeri Sarawak.

  • Dataran Pantai Timur Sabah
    • Dataran di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat
    • Kawasan tanah pamah lebih lebar
    • Terdapat banyak kawasan berpaya
    • Sesuai untuk kegiatan pertanian seperti tanaman kelapa sawit, getah dan koko
  • Dataran Pantai Barat Sabah
    • Tanah pamah yang agak sempit dan terputus-putus
    • Terbentuk di kaki Banjaran Crocker
    • Sesuai untuk kegiatan perindustrian seperti di Likas dan Kepayan
  • • Dataran Pantai Barat Sarawak
    • Dataran yang luas dan terdiri daripada tanih yang subur untuk kegiatan pertanian seperti lada hitam, padi dan nanas
    • Sangat sesuai sebagai pusat petempatan dan pentadbiran
 
Pinggir Laut di Malaysia

 
  • Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut yang panjang.
  • Kedalaman laut di pesisiran Malaysia agak cetek, iaitu lebih kurang 180 m
  • Malaysia mempunyai kawasan pantai sepanjang kira-kira 4 800 km
  • Tebing tinggi terbentuk akibat hakisan ombak semasa air pasang
  • Gua merupakan kesan lekukan yang terbentuk akibat tindakan ombak terhadap tebing tinggi
  • Gerbang laut terbentuk disebabkan hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding gua laut.
  • Batu tunggul hasil daripada runtuhnya gerbang laut
  • Tanjung terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan lembut.
  • Teluk terbentuk akibat hakisan ombak terhadap  batuan lembut di pinggir pantai.
  • Pulau ialah daratan yang dikelilingi oleh laut, contohnya:
  1. Pulau Langkawi (Kedah)
  2. Pulau Redang (Terengganu)
  3. Pulau Sipadan (Sabah)
  4. Pulau Tatagan, Semporna (Sabah)
 

Saliran di Malaysia

  • Saliran di Malaysia merujuk kepada sungai dan tasik. Pada umumnya, sungai-sungai di Malaysia adalah pendek, beraliran deras dan berliku-liku
  • Selain itu, terdapat beberapa tasik semula jadi dan tasik buatan manusia.
  • Saliran di Malaysia:
    • Sungai Muda
    • Sungai Perak
    • Sungai Kelantan
    • Sungai Bernam
    • Sungai Pahang
    • Sungai Endau
    • Sungai Sugut
    • Sungai Padas 
    • Sungai Kinabatangan
    • Sungai Baram
    • Sungai Rajang
    • Sungai Batang Lupa
 
Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi Di Malaysia
 

Kepentingan Tanah Tinggi

  • Pelancongan
    • Kawasan tanah tinggi mempunyai pemandangan yang menarik, suhu yang nyaman, sesuai untuk pelancongan, contohnya:
      • Bukit Bendera (Pulau Pinang)
      • Gunung Kinabalu (Sabah)
      • Genting Highlands (Pahang)
  • Pertanian
    • Kawasan tanah tinggi sesuai untuk tanaman hawa sederhana seperti sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan, contohnya:
      • Cameron Highlands (Pahang)
      • Tanah Tinggi Kundasang (Sabah)
  • Jana Kuasa Hidroelektrik
    • Kawasan tanah tinggi menerima hujan yang banyak sesuai untuk penjanaan kuasa hidroelektrik, contohnya:
      • Empangan Kenyir (Terengganu)
      • Empangan Temenggor (Perak)
      • Empangan Chenderoh (Perak)
      • Empangan Bakun (Sarawak)
      • Empangan Batang Ai (Sarawak)
      • Empangan Tenom Pangi (Sabah)

Kepentingan Tanah Pamah

  • Petempatan
    • Kawasan tanah pamah yang rata serta struktur tanah yang stabil sesuai untuk petempatan, contohnya:
      • Kuala Lumpur
      • Alor Setar (Kedah)
      • Johor Bahru (Johor)
      • Sandakan (Sabah)
  • Perindustrian dan Perdagangan
    • Kawasan tanah pamah dilengkapi kemudahan infrastruktur asas berpotensi menjadi kawasan perindustrian dan perdagangan, contohnya:
      • Kawasan perindustrian Perai (Pulau Pinang)
      • Kawasan perindustrian Shah Alam (Selangor)
      • Kawasan perindustrian Kamunting (Perak)
  • Perhubungan dan Pengangkutan
    • Jalan raya, landasan kereta api dan lapangan terbang dapat dibina di tanah pamah, contohnya:
      • Lebuhraya Utara – Selatan
      • Lapangan terbang KLIA
      • Landasan kereta api Laluan Pantai Barat
  • Pertanian
    • Kawasan tanah pamah sesuai untuk pertanian, contohnya: 
      • Padi
        • Dataran Kedah – Perlis,
        • Dataran Kelantan dan Delta Rajang
      • Getah, kelapa sawit dan nanas
        • Dataran Johor

Kepentingan Saliran

  • Sempadan
    • Sungai di Malaysia berfungsi sebagai sempadan antarabangsa dan sempadan negeri, contohnya:
      • Sungai Golok - sempadan antarabangsa antara negara Malaysia dengan negara Thailand.
      • Sungai Bernam - sempadan antara negeri Selangor dengan Perak.
  • Perikanan
    • Sungai dan tasik penting untuk kegiatan penternakan dan penangkapan ikan air tawar, contohnya:
      • Sungai Endau (Johor)
      • Sungai Rajang (Sarawak)
      • Sungai Pahang (Pahang)
      • Tasik Kenyir (Terengganu)
  • Perhubungan dan Pengangkutan
    • Sungai juga digunakan untuk mengangkut kayu balak, contohnya:
      • Sungai Kinabatangan (Sabah)
      • Sungai Rajang (Sarawak)
      • Sungai Baram (Sarawak)
  • Pengairan dan Penjanaan Hidroelektrik
    • Sungai dijadikan empangan untuk penjanaan kuasa hidroelektrik, contohnya:
      • Empangan Tenom Pangi (Sabah)
      • Empangan Murum (Sarawak)
      • Empangan Kenering (Perak)
      • Empangan Pergau (Kelantan)

Kepentingan Pinggir Laut

  • Perikanan
    • Antara kawasan perikanan utama di Malaysia, contohnya:
      • Kuala Selangor (Selangor)
      • Kuala Muda (Kedah)
      • Sandakan (Sabah)
  • Pelancongan
    • Kawasan pinggir laut mempunyai pelbagai ciri fizikal yang mampu menggalakkan kegiatan pelancongan, contohnya:
      • Pulau Pangkor (Perak)
      • Pulau Sipadan (Sabah)
      • Pulau Tioman (Pahang)
  • Perlombongan
    • Kawasan pesisir pantai kaya dengan sumber mineral seperti petroleum dan gas asli.
    • Sumber ini terdapat di luar kawasan pesisir pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah.
  • Pelabuhan
    • Kawasan pinggir laut berteluk dan terlindung daripada tiupan angin kencang sesuai dijadikan tapak pelabuhan, contohnya:
      • Pelabuhan Klang (Selangor)
      • Pelabuhan Pasir Gudang (Johor